“ Cantiknya baju ni tapi kenapa mahal sangat (*menangis*”)?”

Tentu ramai yang sentiasa menghadapi masalah sebegini ketika ingin membeli sesuatu pakaian itu. Kebiasaannya apabila harga yang ditawarkan di butik dan kedai adalah agak tinggi melebihi bajet seseorang individu lantas menyebabkan individu tidak dapat mengenakan pakaian yang diidamkan. Namun begitu, anda kini tidak perlu khuatir lagi sekiranya ingin mendapatkan pakaian yang anda mahukan, iaitu caranya adalah dengan menempah baju! Pandai memilih tukang jahit, maka anda akan dapat harga upah bagi jahitan yang sangat berpatutan bersesuian dengan design yang anda inginkan berbanding dengan harga asal yang ditawarkan di pasaran.

 

calacara.com.my

 

zalora.com.my

 

Tentu ramai yang sentiasa menghadapi masalah sebegini ketika ingin membeli sesuatu pakaian itu. Kebiasaannya apabila harga yang ditawarkan di butik dan kedai adalah agak tinggi melebihi bajet seseorang individu lantas menyebabkan individu tidak dapat mengenakan pakaian yang diidamkan. Namun begitu, anda kini tidak perlu khuatir lagi sekiranya ingin mendapatkan pakaian yang anda mahukan, iaitu caranya adalah dengan menempah baju! Pandai memilih tukang jahit, maka anda akan dapat harga upah bagi jahitan yang sangat berpatutan bersesuian dengan design yang anda inginkan berbanding dengan harga asal yang ditawarkan di pasaran.

 

Terdapat pelbagai cara bagi mendapatkan tukang jahit. Terdapat tukang jahit yang memiliki kedai dan ada juga yang tidak memiliki kedai. Perkara yang paling penting sekiranya anda mencari tukang jahit adalah dengan mengetahui lokasi mereka dan skil mereka.

 

Selain itu, sekiranya terdapat website, baca dan fahamilah terlebih dahulu tentang sesebuah website tersebut dan mendapatkan harga, terma dan syarat serta bagaimana untuk menempah sama ada secara terus dengan tukang jahit ataupun tidak. Selepas itu, sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat tukang jahit yang bersesuaian dengan bajet yang anda tetapkan adalah dengan survey beberapa harga dari tukang jahit yang berbeza, dan pilihlah tukang jahit yang dapat memenuhi citarasa dan boleh memenuhi pakaian idaman permintaan anda samada pakaian yang mudah atau yang pelbagai fesyen.

 

Berikutnya, apa yang penting sekiranya ingin menempah pakaian adalah dengan mengetahui bila anda inginkan baju untuk siap dan sewajarnya memaklumkan kepada tukang jahit masa yang anda inginkan baju siap ataupun boleh bertanya kepada tukang jahit berapa lamakah tempoh baju siap sekiranya anda jadi untuk menempah dengan mereka. Selalunya selepas pakaian siap, anda akan terus ke lokasi tukang jahit untuk membuat pembayaran tempahan dan kemudian mendapatkan pakaian siap anda. Apa yang baiknya apabila anda mengambil pakaian yang telah siap di lokasi tailor sendiri adalah anda dapat mencuba pakaian dan sekiranya terdapat alteration pada mana-mana bahagian baju, tailor dapat membetulkannya pada masa itu juga. Tetapi ada juga sesetengah pelanggan lebih suka memilih untuk tukang jahit menghantar pakaian itu secara pos dan kebiasaanya proses penghantaran akan di caj harga tambahan.

Antara baju yang mendapat permintaan tinggi dari individu untuk ditempah adalah seperti berikut :

1. Baju Melayu

  • Kaum adam lebih suka menempah baju melayu dan ini adalah kerana dengan menempah baju melayu,mereka dapat pakaian mengikut saiz yang sesuai dengan potongan badan mereka kerana kebanyakan lelaki memiliki tubuh yang berbeza, ada yang tegap, kurus, dan extra saiz.

 

wanista.com

 

fashionvalet.com

2.  Baju kurung moden yang bermacam design

  • Sejajar dengan arus pemodenan pada masa kini, turut seiring maju fesyen pakaian melayu lebih-lebih lagi baju kurung moden. Lambakan design yang dihasilkan oleh ramai pereka yang kreatif dan terkenal mendapat perhatian umum masyarakat berbilang bangsa dan kaum khususnya bagi kaum melayu. Antaranya peplum dengan kain fishtail, baju kurung 2,3 layer dan sebagainya.

 

lovelysuri.com

 

calacara.com.my

3.  Blouse

  • selain itu blouse juga mendapat banyak permintaan dari individu. Ada yang memiliki lenga yang kembang, ada yang tiga suku, bersulam, dan sebagainya. Pakaian ini sekiranya ditempah adalah lebih murah.

 

lilypetuna.com

 

zara.com

 

Dan pelbagai lagi pakaian yang boleh ditempah. Berbagai fesyen boleh ditempah dan boleh didapati dengan harga yang sangat berbaloi sesuai dengan citarasa anda. Caranya, hanyalah dengan mencari tukang jahit mahir yang dapat menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk anda. Adakah anda ingin mencari tukang jahit, tapi tidak tahu bagaimana? Mudah sahaja! Anda boleh layari my-baju.net dan dapatkan tukang jahit yang anda inginkan di sini. Semua tukang jahit yang terdapat di MyBaju mampu merealisasikan permintaan anda!

Pssst meh nak bisik,.. dengar cerita tukang jahit di seluruh Malaysia boleh didapati dengan sangat mudah melalui MyBaju. Betul ke? Tak percaya, jom “checkitout” Mybaju sekarang !