Setiap wanita menginginkan kehidupan yang sempurna dengan memiliki sebuah keluaga yang lengkap dan diceriakan dengan kehadiran anak-anak. Sudah tentunya kehidupan anda akan berubah dari hidung sendiri kepada hidup berdua sesudah berkahwin dan dikurniakan pula anak-anak mengikut rezeki masing-masing.

 

pinterest.com

 

 

Kehamilan adalah merupakan suatu berita yang paling gembira buat pasangan yang telah berkahwin dan menunggu cahaya mata. Kebiasaannya, ibu yang mengandung pertama kali sedikit keliru dan kelam kabut dalam persediaan yang harus dilakukan. Tahniah diucapkan bagi anda yang sedang hamil! Anda bakal bergelar seorang ibu. Walaupun begitu, anda tidak perlu khuatir dari segi pemakaian sewaktu mengandung kerana kini terdapat pelbagai fesyen ibu mengandung muslimah yang boleh digayakan mengikut trend fesyen dan tidak ketinggalan zaman seperti dahulu kala.

 

Berikut adalah tips dan cara terbaik yang boleh anda pertimbangkan bagi memilih Pakaian Muslim Terkini untuk Wanita Mengandung :

  1.  Keselesaan

Memakai pakaian yang selesa adalah merupakan faktor utama dalam memilih jenis baju Muslimah terkini yang sesuai untuk wanita mengandung/hamil. Bagi memberikan keselesaan maksimum adalah elok sekiranya anda memakai kain/material yang diperbuat daripada serat semulajadi. Pilihan kain dari kapas juga adalah sangat disarankan untuk dipakai oleh wanita yang mengandung. Ibu mengandung biasanya mempunyai tahap metabolism lebih tinggi daripada biasanya, anda akan merasa penat dan banyak berpeluh, oleh kerana itu pilihlah baju hamil dari bahan-bahan yang sejuk seperti kapas lebih selesa dipakai daripada bahan sintetik, bahan tenunan dan pakaian longgar juga akan membuat anda merasa sejuk maka tubuh anda akan terasa lebih hangat. Carilah baju yang dapat menutup perut anda sepenuhnya. Selain dari pemilihan jenis material, wanita hamil juga hendaklah memilih fesyen yang berukuran lebih panjang dan tidak mempunyai design yang terlalu sarat bagi memudahkan pergerakan anda

 

2.  Warna

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana meskipun anda mengandung, tidak bermakna anda tidak dibenarkan menggunakan warna yang terang dan bercorak. Jadi, jangan risau dan ragu-ragu untuk melakukan memadankan kepelbagaian warna pada penampilan anda untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

 

3.  Penggunaan Pakaian yang bersesuaian

Terdapat pelbagai design baru untuk wanita yang sedang mengandung di mana ia disesuaikan dengan aktiviti, masa dan majlis yang tertentu. Bagi pakaian harian, anda sangat digalakkan memakai pakaian muslim yang lebih santai supaya dapat berada dalam keadaan yang selesa selain pakaian yang anda pakai juga wajarlah dipadankan untuk wanita yang mengandung iaitu tidak terlalu ketat dan mempunyai saiz yang lebih besar.

 

Bagi wanita mengandung yang ingin menghadiri upacara atau majlis yang tertentu, anda kini tidak perlu lagi risau kerana pada masa kini, terdapat pelbagai fesyen dan design yang khusus direka bagi wanita mengandung.

 

Tambahan, kepada wanita mengandung yang mempunyai pelbagai aktiviti di luar, antaranya adalah  seperti wanita yang mempunyai kerjaya,terdapat banyak pakaian Muslim yang diilhamkan untuk anda pakai sebagai penampilan anda semasa berada di pejabat. Biasanya pakaian Muslim terkini untuk wanita berkerjaya adalah senang dicari dan dijumpai dengan bercirikan formality tetapi masih memudahkan pergerakan anda untuk melakukan suatu kerja atau aktiviti.

muslimaheshoppe.blogspot.my

 

putumerry.blogspot.com

 

zolace.com

 

baju-mengandung-muslimah.blogspot.my

 

Wanita yang mengandung pada kebiasaannya selalu mengalami perubahan badan dan acap kali menghadapi masalah dan kesukaran dalam memilih pakaian Islam yang betul. Walau bagaimanapun, ini bukan menjadi masalah lagi buat anda kerana seiring dengan fesyen dan trend pakaian yang semakin berkembang, wanita yang mengandung hari ini masih boleh memperlihatkan keanggunan dengan memakai baju Muslim yang sesuai untuk wanita hamil.