Industri fesyen baju melayu tanah air semakin hari semakin cukup popular dan dikenali di serata dunia. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai ciri-ciri baju yang tersendiri perlu dititikberatkan. Setanding mereka yang dewasa, fesyen pakaian baju melayu untuk kanak-kanak juga semakin moden mengikut tahun ke tahun dan peredaran zaman serta tidak ketinggalan mendapat perhatian dari umum.

 

makchic.com

 

Membeli mahupun menempah pakaian kanak-kanak hendaklah dirancang dengan baik oleh ibu bapa khususnya dan terdapat beberapa ciri yang perlu di ketahui ibu bapa supaya anak-anak bukan sahaja dapat bergaya seperti dewasa malah selesa dan teruja untuk memakai sesuatu pakaian itu.

 

manjakuhappy.com

 

siewkayphotography.blogspot.my

 

Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan tips bagi memilih dan memadankan kanak-kanak dengan pakaian seperti baju melayu dan baju kurung untuk mereka:

 

Saiz

  • Saiz merupakan medium yang sangat penting dalam memilih pakaian kanak-kanak kerana mereka cepat membesar dan ukuran badan mereka tidak sama antara seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Pada kebiasaannya memilih saiz 1 tahun lebih besar dari saiz kanak-kanak itu adalah lebih baik. Ini adalah kerana pakaian itu dapat dipakai dalam jangka masa yang lama.
  • Tetapi terdapat juga kanak-kanak yang saiznya lebih kecil dari umur mereka, jadi bagi ibu bapa yang menghadapai masalah sebegini bolehlah menempah pakaian untuk anak-anak mereka.
  • Saiz pakaian yang lebih kecil dari saiz sebenar kanak-kanak tersebut akan menyebabkan mereka sukar untuk bergerak dan meneroka dengan lebih banyak, jadi hal ini hendaklah diambil berat oleh para ibu bapa.

 

Jenis Kain

  • Kain adalah faktor yang sangat penting dalam pemilihan baju untuk kanak-kanak. Adalah disarankan supaya memilih pakaian dari kain kapas(cotton) agar kanak-kanak dapat berasa selasa dan bergerak dengan lebih mudah. Tambahan lagi, pada usia sebegini mereka sangat lasak, aktif untuk meneroka alam sekiling.
  • Pilihlah fabrik yang tahan serta mudah serta mudah dicuci. Pastikan juga warna baju yang tidak mudah luntur setelah dicuci.

 

Kualiti Produk

  • Pakaian dan aksesori kanak-kanak memang agak mahal, dan badan kanak-kanak menjadi lebih besar dalam masa yang singkat. Oleh itu, anda perlulah memberikan tumpuan kepada kualiti pakaian tersebut dan bukannya kuantiti. Melabur dalam beberapa tetapi berkualiti tinggi perkara-perkara yang baik dan ia juga bertahan lama. Tambahan lagi anda akan berkeyakinan bahawa anda akan sentiasa mempunyai sesuatu pakaian untuk dipakaikan kepada anak anda sama ada ia adalah untuk majlis makan malam keluarga atau hari sekolah.
  • Di samping itu, produk murah juga mungkin akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit sensitif anak anda sehingga menyebabkan ruam dan alahan.

 

Warna

  • Utamakan memlih warna-warna yang ceria dan terang untuk kanak-kanak seiring sifat mereka yang aktif bebas dan riang.
  • Aksesori merupakan salah satu elemen yang penting dimana hendaklah memilih pakaian yang mempunyai aksesori sangat minimum. Ini adalah kerana dikhuatiri aksesori tersebut akan mudah tertanggal. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang dalam proses membsar dan lasak.
  • Selain itu, aksesori yang banyak pada pakaian juga akan mengakibatgkan kanak-kanak rimas dan juga boleh mengakibatkan bahaya kerana dikhuatiri tercucuk pada anggota badan mereka.

 

Kesesuaian Masa.

  • Elemen ini hendaklah diambil berat bagi ibu bapa kerana, keadaan cuaca di Malaysia sentiasa berubah-ubah. Bagi kanak-kanak untuk memakai baju melayu atau baju kurung dengan fesyen atau jenis kain yang tertentu bergantung pada kesesuaian masa. Sebagai contoh sekiranya ingin menggayakan anak anda ke majlis perkahwinan, pilihlah pakaian melayu yang tidak panas kerana dikhuatiri anak akan berasa tidak selesa sekiranya pakaian mereka terlalu tebal ataupun kain yang tidak serap peluh. Pilihlah kain yang senang untuk serap peluh agar anak anda mampu kekal selesa sepanjang hari.

 

http://www.jakel.my/product/baju-kurung-70/

 

fashionvalet.com

 

Justeru, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan tugas yang besar dalam memilih fesyen yang sesuai untuk anak-anak anda, walaupun ianya kelihatan seperti topik yang agak remeh. Sebagai kanak-kanak yang sedang membesar adalah penting bagi mereka untuk sedar betapa pentingnya mereka untuk berpakaian dengan baik dan menyerlahkan diri mereka melalui trend fesyen, sekali gus mampu memupuk diri mereka menjadi lebih yakin. Sehingga di sini sahaja perkongsian pada kali ini, dan insyaallah kita jumpa lagi di entri yang seterusnya!