Pada zaman yang semakin maju kini, tidak kira samada wanita atau lelaki mereka sudah mulai mementingkan gaya termasuklah golongan kanak-kanak. Bukan hanya mementingkan gaya sahaja malah keselesaan sesuatu pakaian itu amatlah dititikberatkan bagi mereka yang gemar dan lebih memilih untuk menempah pakaian mereka. Ini adalah kerana pada kebiasaannya pakaian siap yang dibeli selalu mempunyai kekurangan antaranya seperti lengannya sedikit singkat atau terlabuh, manakala bahagian pinggang terlalu longgar dan sebagainya.

 

Adakah anda perasan, kini semakin ramai orang menempah baju order made sekarang berbanding dengan yang ready made? Ini kerana pakaian ready made yang berada di pasaran semakin hari semakin keterlaluan mahalnya. Lagi pula,didapati bahawa pakaian yang ditempah akan tahan lebih lama, dan pastinya meningkatkan kualiti yang berbeza berbanding pakaian yang ready made.

 

Setiap dari individu memiliki ukuran dan bentuk badan yang berbeza-beza. Pakaian yang elok dan baik sudah tentunya adalah pakaian yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai mengikut bentuk badan masing-masing. Sekiranya kita ingin menempah pakaian, tukang jahit akan mengukur bahagian badan yang signifikan untuk memastikan pakaian yang dijahit menepati ukuran badan individu tersebut. Hal ini membuatkan semakin ramai orang tertarik untuk menempah pakaian berbanding membeli yang siap oleh sebab mereka dapat pakaian yang khusus menepati ukuran mereka.

 

Setiap pakaian yang ditempah oleh pelanggan sudah pastinya dapat memberi peluang untuk pelanggan menambahkan ciri-ciri yang diinginkan. Sebagai contoh, mereka ingin menambah labuci, manik, atau poket dan sebagainya pada pakaian. Dengan penambahan cir ciri ini sudah tentunya dapat meraih lebih banyak minat dan menambahkan lebih ramai dari kita untuk menempah pakaian dari tukang jahit.

 

 

Fabrik atau kain kebiasaannya disediakan oleh individu yang ingin menempah sendiri atau terdapat juga sebilangan mereka yang suka sekiranya tukang jahit turut sediakan kain. Yang menariknya, jika pelanggan/ si pemakai yang menyediakan kain, mereka dapat memilih kain yang menepati citarasa mereka mengikut keselasaan yang mereka inginkan manakala sekiraya tukang jahit sediakan sudah pastinya tukang jahit akan menyediakan fabrik yang berkualiti lebih dari baju yang dijual siap. Tukang jahit berkualiti sangat menitikberatkan ketepatan. Setiap inci bahagian badan akan diukur secara tepat dan sempurna. Nah, sudah tentunya hasil pakaian yang ditempah pasti akan memuaskan hati!

 

Menempah pakaian dari tukang jahit kini semakin mudah dan senang! Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga berbanding membeli pakaian siap. Kebiasaannya untuk pakaian, kita perlu pergi ke kedai/butik dan kemudiannya memilih baju, mencuba mengikut saiz yang tersedia dan berikutnya membayar pakaian tersebut. Sekiranya tiada pakaian yang berkenan di hati dan sesuai kita terpaksa berjalan dan mencari dari satu loksi ke lokasi yang lain sehingga jumpa. Sebaliknya, apabila menempah baju, ia jauh lebih jimat kerana hanya menuju ke sebuah lokasi sahaja dan kita boleh dapatkan pakaian yang diingini. Tidak perlu khuatir mencuba baju kerana anda boleh membawa contoh baju yang diinginkan dan juga sudah pastinya semuanya diukur mengikut kesesuaian badan individu. Dan yang paling bagusnya,sekiranya pakaian tidak muat atau terdapat sebarang ketidakpuasan dari si pemakai, tukang jahit akan terus membuat pakaian yang baru atau alter. Selain itu, pakaian yang ditempah sangat jarang untuk rosak kerana jahitannya yang lebih teliti, sukar koyak dan lebih tahan lama. Ringkasnya, baju yang ditempah daripada tukang jahit memang berbaloi dengan nilainya.