Beriadah di kolam renang, atau di kawasan yang berair seperti kawasan air terjun dan pantai adalah cukup sinonim di kalangan masyarakat kita pada hari ini baik kaum lelaki mahupun yang perempuan. Tetapi yang banyak menghadapi masalah pakaian ketika melakukan aktiviti air tentu sekali adalah kaum wanita Muslimah atau lebih popular di gelar Hijabista. Majoriti dari kalangan wanita Muslimah merasakan challenging untuk mencari pakaian yang sopan dan sesuai dibawa pakai semasa berkelah di kawasan pantai, sungai, air terjun atau kolam renang.

 

letashasfasionworld.blogspot.my

 

Pakaian renang muslimah kini boleh didapati dengan cukup mudah di negara kita, tetapi pakaian ini belum mendapat tempat di kalangan wanita muslimah lebih-lebih lagi yang bertudung/ berhijab.Sudah diketahui umum kebanyakan kolam renang sama sekali melarang pemakaian baju seperti “t-shirt”, seluar track dan lain lain. T-shirt dan blaus biasanya melekap pada tubuh apabila basah dan membuatkan ramai wanita merasa tidak selesa untuk mandi manda atau bermain air.

 

Baju renang Muslimah adalah pilihan yang tepat bagi wanita yang bertudung untuk menjalani aktiviti air. Baju renang Muslimah pada kebiasaannya adalah diperbuat daripada kain polyester iaitu campuran dari lycra atau spandex yang tidak menyerap air. Pengunaan bahan untuk baju renang Muslimah adalah  sangat penting untuk menjaga keselamatan pemakai terutamanya apabila berada di dalam air.

 

Berikut adalah petua dan tips yang boleh digunakan apabila melakukan aktiviti di kawasan berair  tanpa bimbang sekiranya pakaian basah terkena air.

  1. Jumpsuit merupakan antara pakaian yang sesuai untuk aktiviti air kerana gabungan blaus di bahagian atas yang bersambung terus dengan seluar panjang di bawahnya. Tidak perlu risau tentang risiko baju terselak berbanding gabungan seluar panjang dengan t-shirt atau kemeja.

 

busanamuslimodern.com

 

  1. Pilihlah pakaian yang berwarna gelap contohnya seperti kelabu, hitam, coklat atau biru gelap yang membantu menyembunyikan susuk tubuh daripada menonjol.

bukalapak.com

 

  1. Sewajarnya hindarilah daripada memakai pakaian yang berwarna cerah terutama putih dan rona pastel kerana ia membolehkan bentuk badan kelihatan jelas sekiranya pakaian basah.

 

magazine.banananina.co.id

 

  1. Pakaian yang mempunyai corak seperti flora dan geometri juga sesuai dipakai untuk mengaburkan ilusi bentuk tubuh berbanding pakaian warna polos.

muslimahclothing.com

 

  1. .Pakailah pakaian dalam khas untuk aktiviti luar seperti ‘sports bra’ kerana ia dapat membantu menyokong postur tubuh dan memberi lebih keselesaan ketika melakukan aktiviti air.

 

haleemaswimwear.com

 

  1. Elakkan daripada memakai fabrik yang jarang dan mudah melekap pada badan apabila basah sama ada untuk baju dan juga seluar.

 

  1. Pilih tudung seperti tudung instant yang hanya perlu disarung supaya dapat melakukan aktivit dengan mudah  dan menyenangkan pergerakan anda.

 

bazariaonline.com

 

  1. Sebaiknya pinkan tudung anda pada bahagian bahu dan dada agar ia menutup dan membendung kawasan badan yang berisiko untuk terbuka atau terselak.

 

  1. Antara seluar yang paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda adalah seperti jenis seluar palazzo, harem, tracksuit yang longgar dan memberi banyak ruang untuk bergerak.

 

myblacksilhouette.wordpress.com

 

  1. Seeloknya sekira ingin membeli pakaian renang khas untuk muslimah, pilihlah potongan yang longgar, jenis fabrik yang selesa dan saiz yang bersesuai dengan anda.

 

Apapun baju renang yang anda gunakan, anda hendaklah mengutamakan untuk menutupi seluruh bahagian aurat.Pilihlah baju renang yang tepat,terutama yang dapat menutup bahagian dada agar tidak menjadi perhatian.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga berjumpa lagi di lembaran akan datang.