Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Cuaca pagi ni mendung..Sejuk pulak tu..Mula la berangan macam kat Cameron Highland..haha..Apa pun memang sejak 2 minggu lepas cuaca kat sini selalu mendung..bila petang hujan turun dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..time ni saya suka buka tingkap luas-luas supaya angin dapat masuk ke rumah..udara dalam rumah rasa fresh dan sejuk..rasa selesa betul..Part kegemaran saya time hujan ni ialah duduk kat tepi tingkap sambil mendongak ke langit, lihat tititsan hujan jatuh dari langit..syahdu betul..hehe..teringat masa zaman kanak-kanak dulu,saya cukup suka air hujan jatuh kat atas muka..rasa macam dapat treatment urutan muka..pastu berkubang kat lopak air atas padang bola..best betul..balik rumah kena cubit dengan mama sebab baju kotor kena lumpur..haha..padan muka saya..walau terasa pahit sedikit kenangan tu sebab kena cubit tapi yang manisnya lebih banyak..so takde penyesalan..haha..keras kepala betul..time sejuk-sejuk ni part paling tak bestnya perut asyik lapar..Ya Rabbi..baru je makan sejam perut dah berirama keroncong balik..mula la adegan buka tutup pintu peti ais..dah tu,bila berat naik,mula la rasa nak nangis..masa makan tak ingat dunia..huhu..apa nak buat..dilema orang perempuan..sabar je la..

 

Bila cerita tentang hujan ni,terasa nak cerita pasal tudung..ni cerita tudung yang orang perempuan pakai tau..bukan tudung saji..korang jangan salah faham pula..hehe..so apa kaitan hujan ngan tudung?macam ni ceritanya.. bila seseorang tu memakai tudung,kepala dan rambut akan terlindung dari hujan..so selamat la rambut dari kebasahan oleh air hujan..tu je ceritanya..hehe..apa pun,dalam agama Islam,seorang wanita tu memang dituntut untuk menutup auratnya termasuklah rambut,leher dan dada..Di Malaysia,boleh dikatakan majoriti wanita Islam memakai tudung dan bilangan golongan ini bertambah dari sehari ke sehari lantaran dari kesedaran kewajipan menutup aurat dan juga trend-trend tudung yang bervariasi dan semakin bergaya..

 

Pada tahu 90 an,tidak banyak trend tudung yang diketengahkan..Tudung hanya diapakai secara biasa dengan diletakkan pin di hadapan tudung atau di bahu..Saya pula ketika itu masih dalam sekolah menengah..Jadi takde la sangat menitik beratkan fesyen tudung ni..hanya pakai secara selesa untuk seorang pelajar sekolah..Kemudian,pada tahun 2000,cetusan idea dari Wardina Safiya telah menggegarkan industri fesyen tudung..Cara pemakaian Wardina sangat sederhana tapi menarik di mana ekor sebelah tudung di pinkan di atas kepala..mana tidaknya,si Wardina pun memang cantik orangnya..Jadi terserlahlah gaya tudung tersebut..

 

Contoh gaya tudung wardina

picture1-2

pinterest

 

Kemudian, muncullah pelbagai jenama lain dari pereka tudung..Antara yang menjadi ikutan adalah tudung dari rekaan Aidijuma, tudung bawal dan yang tebaru ialah tudung satin pucci..Rekaan tudung ini menjadi kegemaran wanita Malaysia kerana penggunaan fabrik yang mudah bentuk,selesa serta corak dan warna yang mengikut trend..Antara tudung yang paling saya suka ialah tudung bawal kosong yang tidak mempunyai apa-apa corak..Ini kerana ia sangat mudah digayakan dengan apa sahaja jenis baju dan juga majlis tidak kira rasmi atau pun mjlis keraian..pada suatu ketika dahulu,tudung bawal hanya direka kosong dengan jahitan penmat tepi tapi kemudia beransur menjadi lebih trendy dengan jahitan sulaman dan lace di bahagian tepi tudung..pada tahun 2009 (rasa-rasanya lah..), tudung bawal menjadi satu trend kembali apabila jenama bawal kangaroo memasuki pasaran..ia hanyalah tudung kosong tetapi dihasilkan engan pengeluaran warna yang sangat menarik dan bervariasi..Ia dijual dengan harga yang sangat murah antara RM 7-RM 10 sehelai..

 

Namun kini saya amat meminati tudung daripada jenama Aidijuma kerana tudung yang dihasilkan sangat mudah dibentuk dan kurang keronyok walaupun selepas dibasuh..Tudung Aidijuma dihasilkan dengan motif-motif corak yang sangat menarik dan juga kreatif..corak-corak yang digunakan sangat muda dan bersesuai dengan segenap umur wanita dari remaja yang bersekolah hingga ke wanita dewasa..

 

Bawal Aidijuma

picture2-2

pinterest

 

Rasanya sampai di sini dulu penceritaan saya tentang tudung..Pada blog yang akan datang, saya akan bercerita pula tentang selendang atau lebih dikenali sebagai shawl yang kini menjadi trend besar dalam negara..so,bertemu lagi kita pada blog seterusnya..terima kasih kerana sudi membaca..semoga hari anda semua ceria..