Assalamualaikum..Selamat hari Isnin semua..Sebut tentang hari Isnin ni,ramai la yang wat muka seposen..mana taknya,hari ni hari permulaan minggu kecuali negeri-negeri yang start hari dengan Ahad tu sila kecualikan diri anda ye..hehe..dalam fikiran tu asyik dok mengira je bila la nak sampai hari jumaat..malas rasanya nak bangun dan bersiap pergi kerja..semuanya jadi si siput..berjalan pun slow je..di tambah pula dengan cuaca yang super mendung dan sejuk ni,lagi la sayang nak tinggalkan bantal dan selimut tu..bertabah je la wahai hati ye..nak tak nak memang nak kena bangun pun..kalau tak gi kerja,hujung bulan karang takde gaji pula..nanti nak makan apa pulak kan..nak beli baju baru pun takleh..huhu..

 

oh..baru teringat hari ni hari Isnin 14 november 2016,fenomena supermoon akan terjadi malam ni..pada yang tak tahu apa tu supermoon,saya copy paste dari wikipedia tentang supermoon ye..so kredit info pada wikipedia..Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun.Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee. Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri ufuk. so korang yang ada kamera canggih tu sila la amik gambar ye..share la kat fb ke,instagram ke..boleh la kitorg yang takde kamera canggih ni menumpang tengok keindahan ciptaan Allah ni..promise tau korang..hehe..

 

ok..dah cukup becerita tentang bulan..meh kita citer pasal baju pulak ye..dah nama pun blog baju kan..Kali ni nak bercerita tentang si hitam yang anggun..korang jangan salah faham pula ye..si hitam ni bukan manusia ye..si hitam ni saya refer pada jubah hitam atau lebih dikenali dengan abaya..Rasanya ramai je yang suka pakai abaya..sebab apa abaya diminati? Pertama sekali abaya ni dicipta untuk pemakai yang menyukai pakaian yang sederhana dan mudah..kebiasaannya,abaya menggunakan fabrik yang tidak mudah renyuk atau dalam erti kata lain kain yang tak senang berkedut..jadi mudah nak pakai abaya pada bila-bila masa dan keadaan terutamanya wanita yang mempunyai anak kecil..stress tau kalau kita dah seterika baju cantik-cantik,tapi bila kuar dari kereta dengan anak kecil,baju dah kedut sejuta..nak meleleh rasa air mata..haha..yang keduanya,abaya direka untuk menutup badan wanita dengan sempurna kerana konsep abaya ni longgar..yang pakaian mengikut bentuk badan tu tak dipanggil abaya ye.. itu dipanggil dress walaupun ia berwarna hitam..abaya selalunya direka dengan bentuk payung, A-shape atau lurus ke bawah..kerana itu abaya ni sangat sempurna untuk memberikan rasa selamat pada pemakai..Abaya juga kebiasaannya berwarna hitam..secara lumrahnya warna hitam ni memberi ilusi kepada saiz badan seseorang..kerana ia berwarna gelap,si pemakai akan kelihatan lebih kecil dan kurus..sebab yang ketiga ni la faktor utama kenapa saya suka pakai abaya..rasa slim semacam..haha..

 

picture1-3

pinterest

 

Abaya selalunya direka dengan perincian yang menarik contohnya manik-manik hitam atau gelap,sulaman bunga yang comel atau pun lace..kalau dilihat pada negara Arab,di mana penduduk wanita memakai abaya sepanjang masa..kebanyakan abaya mereka tiada corak atau motif..hanya jubah yang kosong..tapi yang menghairankan mereka tetap kelihatan anggun dan menarik..contoh paling mudah yang kita boleh lihat ialah pelancong arab di KLCC..cantik-cantikkan jubah mereka..memang bila sekali terpandang,sure akan toleh sekali lagi..bukan sebab nak tengok wanita arab tu tapi sebab kagum dengan keindahan abaya yang dipakai.

 

Dengan kecanggihan fesyen dan juga sifat kreatif pereka fesyen,abaya kini lebih moden dan befesyen..Warnanya juga tidak lagi hanya berwarna hitam tetapi direka dengan pelbagai warna menarik..Rekaannya juga bertambah kompleks dengan potongan-potongan yang lebih elegan dan juga perincian yang lebih menonjol..

 

picture2-3

pinterest

 

Untuk saya,saya lebih menggemari sesuatu yang simple..lebih kepada tradisional..jadi pilihan abaya kosong lebih menarik minat saya dengan potongan berbentuk payung atau A-cut..saya tidak menggemari perincian yang menonjol tetapi lebih mengkagumi jenis fabrik yang digunakan..sekiranya fabrik yang digunakan berkualiti,ia pasti dapat menyerlahkan keanggunan seseorang..

 

picture3-3

pinterest

 

Bagi saya tidak ada salah dan betul di dalam berfesyen..tepuk dada tanyalah selera..setiap orang ada kegemaran masing-masing..So jangan lupa janji anda pada saya..sila share ye gambar supermoon anda..mana la nak tau tetiba termuncul pula cik sailormoon ke..hehe