Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai rakyat Malaysia yang dirindui..Dah lama betul tak update blog..Sampai bersawang jadinya..haha..Maaf ye..Semenjak dua menjak ni banyak dok berfikir hal ehwal dalaman negara..Dengan nilai matawang yang semakin jatuh, harga petrol meningkat, harga minyak meningkat..aduhai..lemah rasa perasaan ni..So, hari Ahad lepas terpaksalah keluar untuk melapangkan fikiran yang serba kusut ni..haha..malahan kalau tak kusut pun memang kaki window shopping pun..Semua itu hanyalah alasan untuk menyedapkan hati sahaja..Tengah-tengah dok melayan mata,tetiba dengan tak sengajanya terlanggar sorang budak perempuan ni..Punya la baik adabnya,lansung tak marah malah dia pulak yang minta maaf kat saya..Dah la lawa,baik akhlak pulak tu..bertuah sapa dapat bermenantukan budak tu..eh..yang lelaki jangan nk bergetar tulang rusuk la,tulang kaki la..toksah nk ngada-ngada ye..hehe..ok..back to the story,masa sesi meminta maaf tu,saya terperasan baju yang budak tu pakai..dia pakai baju kurung la..patutlah menyerlah semacam je..yela kan..slalu orang gi shopping complex pakai jeans,blouse ala-ala santai je kan..takde la kita nk perhati sgt sbb dah biasa tengok..tapi bila pakai je pakaian tradisional Melayu, terserlah betul penampilan budak tu..memang lain dari yang lain..So lepas ni silalah pakai baju kurung ye kalau nak gi shopping tu..(pesanan khas untuk diri sendiri juga J )

Pada sesiapa yang tak tahu baju kurung tu apa, meh saya nak cerita sikit.. Mengikut penerangan dari Wikipedia baju kurung ialah pakaian tradisional wanita Melayu sejak zaman dahulu lagi. Baju kurungĀ  dijadikan pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia dan Malaysia.

 

picture1

pinterest

feature1a

duahiljab

 

Baju Kurung biasanya digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan juga majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden. Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.Terdapat pebagai jenis baju kurung di Malaysia yang masih menjadi kegemaran wanita-wanita pelbagai bangsa dan agama..Antaranya ialah baju kurung pesak, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah,baju kurung moden

 

Baju Kurung Pesak

picture2

pinterest

 

Baju kurung pesak adalah jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu di Malaysia. Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah dengan adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju.

 

Baju Kurung Pahang

picture3

pinterest

 

Sama seperti baju kurung pesak, baju kurung Pahang juga mempunyai pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Apa yang berbeza adalah pesak bagi baju kurung ini mempunyai potongan yang lebih lebar daripada baju kurung baju pesak.

 

Baju Kurung Kedah

picture4

pinterest

 

Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain.

 

Baju Kurung Moden

picture5

pinterest

 

Seterusnya pula adalah rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak.

 

Baju Kurung Peplum

picture6

pinterest

 

Dan jenis baju kurung yang paling digemari ramai adalah baju kurung peplum. Baju kurung ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju.