Bagi para wanita yang bertudung pasti anda semua mempunyai masalah dalam memilih tudung yang sesuai dengan pemakaian anda pada setiap hari kan? Sebabnya bukan semua tudung sesuai dengan sesetengah pakaian anda. Kadang-kadang sampai rasa stress memikirkan yang mana tudung dan baju yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai banyak pilihan baju dan tudung untuk dipakai dalam pemakaian harian anda. Pening kepala sampai tak jadi keluar pun ada. Ada juga yang rasa tak cukup tudung untuk dipakai kerana warna dan jenis tudung yang ada tidak sesuai dengan baju dan pakaian anda pada hari tersebut. Kena beli barulah nampaknya.

 

mymymy-givemelove.tumblr.com

 

Memang cukup struggle untuk memilih tudung yang betul-betul match dengan pakaian kan? Itu kerana anda mempunyai pakaian yang berlainan warna dan rekaan selain hanya berwarna hitam. Kebanyakkan orang mempunyai masalah sama iaitu masalah dalam memilih tudung mana yang sesuai dengan pakaian pada setiap hari. Jadi, saya memutuskan untuk membuang masalah itu dengan memberi panduan untuk menyelesaikannya. Pada artikel ini, saya akan kongsikan tips dan cara yang ideal untuk gayakan tudung yang sepadan dengan pakaian anda.

 

Tudung berwarna neutral

Tudung berwarna putih, hitam dan beige boleh dipadankan dengan idea-idea pakaian yang tidak pernah sudah yang ada dalam almari pakaian anda. Sama ada pakaian anda berwarna-warni, mempunyai jalur atau semua blok warna, ketiga-tiga warna itu tidak pernah salah untuk digayakan dengan semua pakaian. Maka, jika anda masih tidak mempunyai warna yang sesuai dengan pakaian anda, anda boleh gayakan dengan tudung berwarna neutral. Jadi, pada para wanita bertudung, boleh dikatakan wajib untuk anda memiliki tudung berwarna putih, hitam dan beige untuk kesenangan anda.

 

instagram.com

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Pilih warna yang lebih cair dan cerah

Sekiranya anda tidak suka memadankan tudung warna yang sama dengan pakaian anda, anda boleh memilih tudung warna yang lebih cerah atau lebih gelap daripada warna pakaian anda. Anda juga boleh memilih untuk memakai warna tudung sama seperti warna skirt atau seluar anda, contohnya jika anda memakai seluar putih dan baju berwarna lain, pakai tudung berwarna putih yang sama dengan seluar putih tersebut. Barulah padanan warnanya seimbang.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Tudung printed atau bercorak

Tiada yang setanding dengan tudung printed atau bercorak yang cantik untuk menjadikan pakaian muslimah anda tampil bergaya! Jika anda berani, pakai tudung yang bercorak itu dengan baju bercorak yang berlainan dan jika anda ingin selamat, gayakannya dengan pakaian berwarna yang plain atau dikatakan baju kosong tanpa corak. Tiadalah nampak serabut kerana tudung anda sudah bercorak, jadi baju anda tidak perlu mempunyai corak pun.

 

hijab.dream.co.id

 

idntimes.com

 

Tudung berwarna neutral dengan pakaian bercorak

Jika anda benar-benar suka memakai pakaian bercorak, anda tidak boleh salah dalam memilih tudung. Anda perlu pilih tudung yang ada warna sama dengan salah satu warna dalam corakan pakaian anda. Atau anda boleh memilih untuk memakai tudung berwarna neutral seperti putih, hitam dan beige. Jadi, anda  tidak perlu pening kepala lagi dan boleh mula cuba gayakannya daripada sekarang.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Gunakan palet warna untuk memadankan warna yang berbeza

Jika anda suka mencampurkan dan memadankan warna yang berbeza, anda boleh menggunakan mana-mana palet warna untuk melihat warna yang saling melengkapi dengan cara yang terbaik seperti coklat dan hijau, biru dan merah jambu, kuning dan merah dan juga kelabu dengan ungu. Maka, tidak jadi masalah bagi anda untuk menggabungkan warna-warna kesukaan anda dalam pemakaian anda. Cumanya janganlah sampai semua warna nak dipakai dalam satu masa. Padanan dua warna sudah mencukupi untuk dipakai dalam kehidupan harian kita.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Jadi, macam mana? Menarik kan? Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dalam mengetahui panduan pilih tudung terbaik bagi pakaian anda. Baiklah, sampai disini sahaja artikel saya pada kali ini, jumpa anda lagi dalam artikel lain yang lebih menarik. Bye!