Setiap tempat mempunyai pemakaiannya yang sesuai dan tersendiri untuk dipakai. Sama ada pemakaian di tempat kerja, tempat percutian, pantai, gym dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi bagi para wanita, mereka sangat suka kelihatan bergaya dan menarik dalam setiap pemakaian mereka. Para wanita sudah tentu meminati gaun-gaun yang dapat menyerlahkan kecantikan diri masing-masing apatah lagi ketika pergi ke sesuatu majlis. Asyik pakai baju kurung sahaja, jadi bosanlah. Jika anda lebih selesa memakai baju kurung, tidak jadi masalah untuk anda memakainya. Dapatlah anda menjadi wanita melayu terakhir gitu.
Pemakaian muslimah tidak lagi menjadi masalah. Kini anda mempunyai pelbagai pilihan di kedai-kedai yang berbeza dan beberapa blogger fesyen muslimah untuk memberi inspirasi kepada anda. Tetapi apa yang masih menjadi masalah adalah pakaian muslimah untuk ke majlis. Ia sangat mencabar untuk mencari gaun ke majlis yang sederhana yang sebenarnya cantik dan tidak akan membuat anda kelihatan 10 tahun lebih tua. Oleh itu, saya memutuskan untuk mengumpul beberapa tips fesyen muslimah untuk membantu anda mencari pakaian muslimah yang sempurna untuk majlis seterusnya!
Pantsuits and Jumpsuit
Siapa kata anda hanya boleh memakai baju kurung dan dress di majlis perkahwinan dan pertunangan sahaja? Akhir-akhir ini, saya mendapati ada yang gemar memakai pantsuits dan jumpsuits ketika ke sesuatu majlis. Mereka memakainya pada majlis perkahwinan di mana mereka tahu mereka akan bergerak kesana sini dan menari sepanjang masa. Ianya seronok, ringan dan begitu feminin apatah lagi jika ianya berwarna cerah. Ada juga yang memakainya ketika majlis yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerja mereka yang selalu diadakan di hotel atau dewan dan juga majlis-majlis rasmi tertentu.
Unusual dress
Bukan selalu pakai gaun kan? Jadi, apabila ada seseorang menjemput anda ke majlis mereka, anda boleh menggayakan gaun-gaun menarik dan menawan yang tidak pernah lagi anda pakai. Terdapat banyak jenis gaun terkini antaranya ialah gaun singkat. Ada yang memakai gaun itu kerana ia sangat feminin dan apa yang paling disukai ialah panjangnya yang tepat diatas pada pergelangan kaki. Jadi, ia memberikan gaya vintage yang bergaya. Bagi siapa yang tidak menyukainya, anda boleh memakai gaun yang labuh dan panjangnya hingga ke pergelangan kaki anda. Anda akan kelihatan bergaya dan menawan dengan apapun gaun tersebut.
Abaya
Abaya ada dalam banyak gaya dan bentuk. Jadi, lihat dengan teliti dan belajar. Ada yang menggayakan abaya bersulam dengan seluar culotte. Bersulamkan perhiasan pada abaya tersebut dan potongan abayanya menjadikan keseluruhan pakaian itu sangat menyerlah dan menawan. Ia membuatnya kelihatan luar biasa. Anda akan kelihatan anggun dan menarik mata ramai orang apabila memakainya apatah lagi jika anda pergi ke majlis-majlis rasmi. Sudah tentu ramai orang berada di majlis tersebut kan? Jangan lupa untuk bergambar.
Bright Colours
Jangan takut untuk memakai warna-warna yang ceria. Saya suka pakaian hitam, ia sentiasa menjadi pilihan yang selamat tetapi akhir-akhir ini, saya menyukai warna-warna yang lembut dan cerah. Jadi, mari cuba baju yang berwarna ceria dan lembut seperti warna pastel. Ia akan membuat anda kelihatan lembut, menarik dan cantik ketika memakainya.
Ha, macam mana? Cantik kan? Saya harap anda semua terhibur dan tertarik dengan artikel 4 penggayaan muslimah untuk ke majlis yang saya kongsikan ini. Bolehlah anda semua cuba fesyen-fesyen yang saya nyatakan diatas. Ianya terpulang kepada anda semua sama ada ingin mengikuti gaya-gaya diatas ataupun tidak. Jika anda lebih selesa memakai baju biasa anda, itu tidak jadi masalah untuk anda gayakannya dengan gaya anda tersendiri. Saya hanya berikan idea lain sahaja untuk anda semua. Baiklah, sampai disini sahaja artikel ini. Jumpa anda lagi pada artikel yang seterusnya. Da daa~
Comments are closed.