Semua orang pasti ingin sentiasa kelihatan cantik, kacak dan bergaya kan? Ianya tidak jadi masalah bagi anda semua berusaha untuk buat diri anda selalu tampak trendy dan bergaya tidak kira anda lelaki mahupun perempuan. Begitu juga pada ibu yang mengandung. Pada semua wanita mengandung, jangan risau! Sekarang ini telah banyak baju yang cantik-cantik untuk anda semua pakai dan gayakan pada setiap hari mahupun untuk ke majlis-majlis setiap tahun. Tiada alasan untuk tidak kelihatan cantik walaupun ketika anda sedang mengandung. Bukan hanya baju-baju biasa sahaja yang ada, baju-baju untuk raya dan dress pun juga ada yang sesuai untuk ibu mengandung.

 

my.carousell.com

 

Pada setiap tahun pasti ada sahaja rekaan terbaru yang anda sendiri akan tidak ketinggalan untuk melihat dan mencuba baju-baju terbaru tersebut sama ada ianya selesa dan sesuai untuk dipakai ataupun tidak. Biasanya Ibu-ibu yang mengandung dari dulu lagi pakai apa sahaja yang ada asalkan muat. Tak begitu? Itu tidak jadi masalah untuk anda semua pakai semua baju yang anda suka tapi bagi anda yang ingin memakai baju yang sememangnya dibuat untuk wanita yang mengandung boleh sahaja anda cari dan beli di kedai terdekat ataupun laman web di internet. Jadi, pada artikel kali ini saya ingin kongsikan beberapa fesyen baju maternity 2018 untuk anda semua. Mari kita lihat.

 

Blaus

Terdapat pelbagai rekaan yang menarik dan cantik-cantik bagi anda yang mencari blaus untuk ibu yang mengandung. Sama ada anda yang ingin memakainya ataupun anda membelinya untuk diberikan hadiah kepada bakal ibu itu tidak jadi masalah. Anda tidak perlu runsing dan malu untuk bergaya kerana semua orang berhak untuk kelihatan kemas dan cantik mahupun bergaya pada setiap hari. Nah, disini saya akan sediakan gambar-gambar blaus yang bergaya khusus untuk wanita mengandung.

 

furbymoms.com

 

mumsluv.com

 

fashionvalet.com

 

mumsluv.com

 

Seluar

Bukan hanya ada blaus sahaja yang ada dan sesuai untuk ibu mengandung, seluar juga ada dijual yang ditujukan pada anda yang pregnant. Selalunya para bakal ibu elak daripada memakai seluar kerana perut sudah semakin besar dan tidak muat untuk dipakai. Ianya tidak menjadi masalah kerana sememangnya ada seluar yang selesa dan sesuai untuk ibu mengandung. Seluarnya yang dijahit selesa dipakai walaupun perut semakin besar. Yalah, sudah namapun mengandung mestilah perut makin bertambah besar kan? Jadi, tidak ketinggalan untuk anda semua memakai seluar walaupun sedang mengandung. Mari kita lihat gambar-gambar maternity pant yang cantik dan sesuai yang saya kongsikan dibawah. Pasti anda akan ingin mendapatkannya.

 

fashionvalet.com

 

fashionvalet.com

 

furbymoms.com

 

furbymoms.com

 

lemama.my

 

Baju Raya

Tidak ketinggalan juga bagi anda yang mengandung untuk kelihatan cantik dan bergaya pada hari raya. Seperti blaus yang ada, baju-baju raya juga ada banyak rekaan dan stail yang menarik untuk anda miliki pada hari bahagia disamping keluarga tersayang. Anda juga boleh memakainya ketika ada majlis-majlis yang akan diadakan pada setiap tahun. Maka, tiada alasan lagi bagi anda untuk tidak bergaya walaupun ketika sedang mengandung. Semestinya ada sahaja pakaian yang cantik dan selesa untuk anda semua tidak kira siapapun kita. Dibawah adalah gambar-gambar baju raya yang cantik untuk bakal ibu diluar sana.

 

furbymoms.com

 

furbymoms.com

 

furbymoms.com

 

furbymoms.com

 

lemama.my

 

lemama.my

 

Jubah & Gaun

Jubah sudah semestinya sesuai dan selesa dipakai untuk para ibu mengandung diluar sana tidak kira waktu kerana ianya senang dipakai dan agak longgar. Ianya bagi ruang untuk perut yang akan semakin membesar dan anda akan menyukainya. Bukan sahaja jubah sahaja yang ibu mengandung boleh pakai, gaun juga seperti jubah cuma ianya lebih meriah dan bergaya ketika memakainya. Anda akan kelihatan anggun dan manis ketika memakai gaun yang cantik walaupun anda sedang mengandung. Seperti yang lain, terdapat gambar-gambar jubah dan gaun pada tahun 2018 ini untuk anda lihat dibawah.

 

lemama.my

 

lemama.my

 

Jadi, macam mana? Cantik dan menarik bukan? Tiada masalah lagi bagi anda yang mengandung untuk kelihatan cantik dan bergaya dengan baju-baju yang selesa untuk dipakai. Baiklah, saya harap anda semua terhibur dan suka akan artikel fesyen baju maternity 2018 yang telah saya kongsikan pada kali ini. Jumpa anda lagi pada artikel lain yang lebih menarik. Bye bye ~