Hai kepada para pembaca blog yang sangat dikasihi sekalian.  Apa fesyen Baju Raya anda tahun ni ya ? Masih sama jenis seperti tahun-tahun lepas?  Haaa, tanpa mahu untuk kelihatan sama seperti tahun sebelum ini,  apa kata anda cuba pula jenis fesyen baju raya berenda.  Baju berenda ini sangat popular sejak dari zaman dari datuk nenek kita tau.  Baju raya berenda sangat unik kerana hasil tambahan berompol renda dari kelihatan simple sehinggalah yang kelihatan berenda berat.  Mahu lihat fesyen raya popular yang berenda tahun ini? Ha, ayuhlah kita meneliti setiap klasik baju renda yang agak popular sehingga menjadi trend semula ini.

 

Stail baju berenda ini tidak semestinya hanya dengan baju kurung sahaja tau.  Ia juga terdiri daripada blaus, seluar dari pelbagai jenis, dan juga pelbagai lagi yang menarik.  Malah di hari raya juga ramai yang menggayakan dengan yakin fesyen berenda ini.

Jubah Renda :

 

aliexpress.com

 

Haa, lihatlah ini, jubah juga ada yang fesyen jenis berenda.  Malah kegunaan jubah berenda ini amat memudahkan para pemakainya.  Sesekali apa salahnya anda memakai fesyen berlainan diHari Raya.  Raya kan setahun sekali.  Pasti meletop dan menjadi tarikan ramai wanita yang berkeinginan untuk berjubah di tahu raya baru ini.

 

Dan ini juga.  Meletop kan!

haqqi.com.

 

Baju Kurung Renda :

 

bajumuslimodern.com

 

Wau! tahukah anda sehingga kini permintaan wanita untuk memakai baju kurung moden sangatlah menjulang tinggi.  Tambahan lagi dengan lace yang dipadankan pada fesyen tersebut sangatlah membuatkan pakaian tersebut kelihatan glamour ketika memakainya.  Selain iu, renda baju di bahagian bawah jga amatlah menarik kerana renda baju tersebut kelihatan terletak molek dan kemas.  Sipemakai pasti kelihatan elegen dan anggun dihari mulia nanti.

 

Selain daripada baju kurung renda,  terdapat lebih lain lagi fesyen berenda yang kian popular sekarang ni tau!  Tahukah anda Jubah juga ada yang berseluar.   Jika anda mempunyai keyakinan tinggi, ianya tidak menjadi masalah untuk bergaya fesyen yang unik.  Sesekali apa salahnya kan  bertukar citarasa.

Jubah Seluar Renda :

 

pinterest.com

 

Yaa! ini lah dia fesyen unik yang diperkatakan diatas tadi.  Cantikkan!  ramai juga dikalangan artis dan model mengambil keputusan menggayakan fesyen berlainan ini.  Rendanya juga adalah kain yang lebih cerah untuk mengetahui bahawa itu adalah renda.  Seterusnya, ia juga mengikuti syarak untuk wanita menjaga aurat.  Apalagi cubalah degan yakinnya.  Pasti anda akan nampak berlainan dari biasa.  Tidak adalah kelihatan sama sahaja seperti tahun yang lepas. huhuhu.

 

Kurung Moden Renda :

Mahukan trend baju yang moden untuk digayakan dihari raya?  Apa kata anda uba gayakan kurung moden yang popular di masa kini.  Ia nya amat cantik dan sesuai dipakai oleh wanita yang berkeyakinan tinggi.   Wanita yang memakainya pasti kelihatan anggun dan ideal.  Ini lah contoh kurung moden yang cantik itu.

 

 

carousell.com

 

Okay, ini lah dia baju kurung terpopular untuk masa kini.  Cantikkan!  kurung tersebut mempunyai renda di bahagian hadapan dan membuatkan baju tersebut kelihataan unik dan berlainan serta nampak beralun. Si pemakai pasti kelihatan cantik dan nampak tinggi kerana jenis kain tersebut juga adalah sejenis mini kembang payung.  Dengan dipadankan heels akan membuatkan wanita yang menggayakannya kelihatan wowzer!

 

Untuk tambahan renda lain pula ada juga boleh sahaja mencari atau menempah baju anda di my-baju.net untuk menempah pakaian raya anda seperti dibawah ini.

 

hanalluna.com

Elegen, cantik, simple dan bergaya.  Itulah yang diingini oleh wanita untuk penampilan yang baru ketika berhari raya.  Bukan sahaja berhari raya boleh pakai bergaya seperti fesyen baju renda seperti diatas tau.  Hari dan majlis lain juga pasti boleh.   Tambahan kurung diatas adalah renda dari kain tersebut akan buatkan sipemakai kelihatan tinggi dan cantik.  Jadinya tunggu apa lagi wanita cantik.  Fikir dan buatlah keputusan dengan bernas ya!  Fesyen baju  kurung amatlah penting untuk kelihatan elegen di masa tertentu.

Blouse Renda :

 

hanalluna.com

Cantik betul tau fesyen blouse berenda ini.  Jenis renda ini adalah rekaan di pinggang dan kebawah.  Lawakan!  Apa lagi wanitaku,  bergayalah dengan blouse terkini berenda seperti diatas ini. tidak perlulah untuk bermanik ataupun bercorak yang keterlaluan.  Cukup dengan renda simple ini mampu membuatkan anda yang memakainya kelihatan bergaya dan simple.

 

hanalluna.com

 

Yang diatas ini pula seperti renda di bahagian dada dan terus kebawah.  Wau! sangat ,menarik dan pasti akan digemari ramai wanita yang mencari blouse tersebut.  Blouse kosong seperti diatas ini sesuai digayakan seluar seperti palazzo ataupun slack.  Pasti meriah raya tahun ini dengan gayaan baru yang dipakai oleh anda yang ingin mencuba kelainan dari masa ke semasa.

Shawl dan Tudung Renda :

 

ikw.com

Para wanita yang memakai tudung pasti tringinkan shawl yang cantik dan terbaru.  Haa, shawl berendakan ada!  Apa kata anda mencuba menggayakan shawl  yang popular ini di hari raya.  Pasti anda akan diperhati oleh wanita yang geram kerana kecantikan renda shawl tersebut. Huhuhu, sesekali apa salahnya menggayakan shawl yang berlainan.

 

 

benanghijau.com

 

Ini pula dari fesyen yang tudung.  Nampak cantikkan?  Haa, rendanya halus dibawah tudung itulah yang menyerikan lagi tudung tersebut dan sipemakai akan bertambah cantik kerana tudung renda tersebut sangat simple dan elegen.

 

Bagaimana para wanita berfesyen sekalian.  Apa kata anda mencuba fesyen berlainan dihari raya ini.  Pasti sangat cantik dan meletop tau!  Dengan fesyen yang baru dan popular akan membuatkan si pemakai kelihatamn sangat berkeyakinan.  Oh ya!  fesyen seperti diatas juga sangat sesuai ke pejabata dan majlis perkahwinan rakan anda dan selainnya acara berkumpul teman lama.  Majlis rasmi yang lain juga sangat sesuai tau!  Mencuba sesuatu yang berlainan itu akan menghasilkan sesuatu perkara yang puas hati.  Baiklah sampai kita berjumpa lagi di blog seterusnya ya!  Sekian.