Dalam dunia yang serba laju dengan perkara baharu ini juga sering dikaitkan dengan fesyen trending yang diglamourkan sendiri oleh masyarakat yang membangun.  Fesyen sememangnya tidak ketinggalan zaman dek keranan peneraju dan pereka berhempas pulas mereka design terkini sehingga diikuti ramai dari kalangan artis, orang-orang popular dan juga selanjutnya.

Kali ini pasti ramai yang tercari dan ingin mengikuti perkembangan fesyen yang sentiasa dipadan hanya kepada orang ke pejabat sahaja.  Eh, cuma dipejabat sahaja kah ni?  Haaa, semestinya tidak!  Fesyen kasual ini tidak kira dari kalangan lelaki dan wanita telah dipadankan dengan popular sehingga ianya tidak menjadi pakaian seharian ke pejabat sahaja tau!  Tetapi telah sampai dikalangan selebriti tempatan tentang populariti fesyen kasual ini.  Okay, jom kita tengok jenis fesyen dan gaya yang simple kasual baik lelaki mahupun wanita.

Okay! apa kata kita berbicara tentang hal Lelaki dahulu.

 

pinterest.com

Bak kata mat salleh pun omaigadd! sangatlah smart, kacak dan bergaya rupanya fesyen kasual lelaki ya.  Ingatkan perempuan sahaja yang sesuai dengan gaya kasual. Hahaha.  Fesyen seperti diatas ini telah ramai digayakan untuk ke pejabat jika syarat pemakaian ke pejabat mereka adalah kasual. Kebiasaannya lelaki yang suka kasual akan memakai t-shirt didalam jaket mereka dan berkasut yang agak santai.  Jaketnya pula tidak semesti jaket yang selalu orang menggayakannya hanya untuk ke mesyuarat pejabat sahaja ya.  Kemeja loose yang kosong juga sangat sesuai digayakan asalkan kelihatan kasual dan kemas.

 

Yang ini pula lain sikit ya.  Macam fesyen diatas adalah gaya yang dipadankan dengan kemeja loose yang kosong berserta t-shirt didalamnya.  Tetapi ini pula adalah ‘business casual attire’ yang sering dipakai ketika menghadiri mesyuarat dan juga ke majlis-majlis rasmi.  Ianya amat sesuai kerana nampak sangat seperti formal.  Ya lah, syarikat zaman sekarang semestinya banyak yang berpakaian seperti casual dan t-shirt kan.  Jadi, ini lah dia!

 

gentlemansgazette.com

Tadaaa~~ ini lah yang dimaksudkan dan diceloteh business casual attire tu.  Kacak betul model tu gayakan fesyen kasual seperti di atas.  Eh, kalau pasangan anda gayakan pasti kacak jugakan.  Apa kata para lelaki diluar sana tukarkan gaya anda seperti kaual diatas ni.  Pasti puas hati punya!

 

Anda si lelaki pujaan mahu tahu kah sebagaimana fesyen yang agak basic untuk nampak kasual tapi kemas?  Okay tengok ni. (scroll bawah ya bukan tengok tepat dengan perkataan ‘tengok ni’)

 

pinterest.com

 

ha, ni la dia permulaan kasual untuk anda cuba bagi sesiapa yang rasa ragu-ragu nak berfesyen kasual ni.  Ha apa kata anda cuba sahaja dulu.  Sebab belum cuba belum tahu.  Mana lah tahukan bila  pakai terasa hensem sangat dan sampai tak tukar-tukar baju untuk sentiasa kasual saja. Hahaha!

 

Untuk dibahagian kasut pula, masih ada juga orang tertanya dan konfius macam mana gaya kasut yang selayaknya untuk kasualkan?  Ok,  ni lah dia kaqsut yang selalu dipakai oleh lelaki kasual.

 

aliexpress.com

 

Bagi lelaki yang ingin pergi ke kelas belajar, haa sesuai lah kasut ni untuk anda.  Kemas, simple dan kasual.  Dan ini juga tau!

 

modlivingdecor.com

Haa lawa kan!  kulit pula tu jenis kain dia.  Anda si lelaki wajar memakai kasual ni tau.  Sebab lelaki sekarang juga amatlah mementingkan kualiti diri juga semesti wanita lakukan.

Okay, untuk wanita pula mari kita lihat kasual yang popular digayakan dimasa sekarang ni.

Bagi wanita pula semestinya kasual itu adalah pakaian yang sangat bergaya walaupun untuk ke pejabat.  Terkadang boleh dikatakan untuk ke pasar juga perlu berkasual.  Gituu~

 

letashasfasionworld

Wauuu~  agak bergaya juga kasual zaman sekarang ni.  Untuk wanita bertudung, anda boleh menggayakan kasual seperti diatas ini.  Amatlah sesuai untuk ke pejabat dan anda pasti akan kelihatan anggun.

 

modelmuslims.com

 

Ini pula kasual yang sesuai digayakan untuk ke kelas bagi wanita yang masih menuntut belajar.  Casual kan!  gayaan ini pula sangat ramai digayakan oleh wanita ke mall dan ke tempat yang sesuai untuk digaya seperti majlis keramaian dan juga sambutan hari lahir.  Huhuhu,  bagi mereka yang tidak berhijab adalah sangat senang untuk bergaya, manakala bagi wanita yang berhijab, anda tidak perlu risau untuk bergaya kasual kerana banyak fesyen kasual yang ditunjukkan oleh orang ramai dan cara menggayakannya.

 

Anda mahu tahu jenis pakaian kasual wanita?  Haaaa jum scroll.

 

123mamanet.com

 

Nah, ini lah set lengkap kasual bagi wanita yang ingin menggayakannya.  Cantikkan!  anda jangan ragu-ragu dahulu sebelum mencuba.  Cakap dalam hati anda sendiri bahawa anda mahu  cantik!

Okay ada lagi tau!  Nah tengok lah puas-puas ya.  Mana tahu ada yang menjadi kegemaran anda.

 

wanista.com

 Wauu dan wauu sangan elegen kan dengan skirt panjang.  Akan bertambah cantik lah wanita Malaysia kita ini kan.

 

Okay lah, rasanya disini sahajalah perbincangan dalam fesyen kasual yang sangat utuh di pemikiran para lelaki dan wanita.  Mana tidaknya, fesyen kasual amatlah popular dan kreadibiliti sangat untuk digayakan dengan sempurna.  Bagi mereka yang rasa kurang yakin dengan fesyen kasual, apa kata anda lihat sahaja mereka yang menggayakannya selepas itu pasti akan akan cemburui kecantikan dan keanggunan mereka.  Jadinya cubalah.  Semoga inti ini dapat memuaskan hati anda.  Byeee~~~~