Fesyen.  Semestinya banyak terdiri daripada pakaian wanita di dunia perfesyenan ini.  Tidak kira dari segi fesyen apa sekalipun.  Pasti  keutamaan bagi setiap wanita adalah cantik, bergaya dan elegen.  Selain dari fesyen baju dan juga blouse,  terdapat satu fesyen yang berlainan dan sangat cantik serta cepat digemari oleh wanita dimasa kini.  Apa fesyen tersebut?  haa, semestinya adalah seluar palazzo.  Fesyen seluar palazzo ini sangat disukai oleh para wanita dari generasi muda sehinggalah dewasa.  Huhuhu, tak pelik jika kemana-mana sahaja pasti ada wanita yang menggayakan seluar palazzo.

 

dams-happy.ru

Palazzo juga digemari oleh semua wanita tidak kira dari pelbagai bangsa juga dan muslimah.  Hal ini kerana palazzo adalah seluar yang besar dan kemas.  Ia juga matlah sesuai dengan wanita muslimah yang ingin menggayakan palazzo.  Kerana palazzo ada juga seperti seluar yang labuh. Jadinya wanita muslimah tidak perlu risau tentang aurat.  Huhuhu. Hebat kan!

 

outfittrends.com

 

Ini pula sejenis palazo yang senteng.  Palazzo seperti ini sudah terkenal lagi sejak zaman lama.  Hal ini kerana palazzo seperti ini adalah klasik.  Sampaikan orang di luar negara juga sangat menggemarikan palazzo senteng ini.  Selain itu palazzo ini amat simple, senang dan kelihatan mudah. Wanita juga akan kelihatan cantik ketika menggayakannya.

Palazzo senteng ini juga amat sesuai juga dipakai dengan heels.  Wanita akan nampak cantik dan tinggi apabila menggayakan fesyen palazzo.

Haa, anda mahukan palazzo berbunga kecil? okay, lihat lah seperti dibawah ini.  Jenis palazzo yang berkain jenis chiffon ini adalah sangat selesa dipakai ketika melancong, atau pun melancong di tempat musim panas di luar negara.  Hal ini kerana ramai para pelancong yang datang ke Malaysia memakai seluar palazzo ini.

 

hobikitaumn

 

Wanita yang muslimah, anda tidak perlu risau tentang terhadnya pakaian.  Kerana palazzo seperti diatas juga sangat boleh dipakai oleh wanita muslimah. Huhuhu.  Jadi bagaimana?  dapatkan segera palazzo yang menarik dan digemari anda ya!

Anda si wanita hebat pernahkah mencuba gayaan palazzo denim?  haa, ramai jugak dikalangan wanita kita ini mempunyai keyakinan rendah untuk mencuba palazzo denim.  Hal ini satuhalnya palazzo denim adalah fesyen yang jarang dipakai dan sangat retro.  Haa, cantik tau kalau menggayakannya!

 

 

princessuna

 

Okay, inilah dia palazzo denim ala retro tu.  Lawa kan! bagi mereka yang berasa kurang yakin dengan palazzo denim ini, anda cuba lah dengan warna yang gelap seperti hitam atau biru gelap.  Belum cuba belum tahu tau.  Hehehe,  Palazzo juga sangat sesuai dibawa ke kerja.

Huh,  asyik pula dengan palazzo biasa tetapi menarik.  Mahu lagi lihat palazzo yang lebih statik dan cantik?  Yaa! inilah yang dinamakan palazzo menarik dan elegen.  Palazzo Lace amatlah digemari ramai wanita sehingga tukang jahit terima banyak tempahan. Huhuhu.  Palazzo Lace juga banyak digayakan oleh wanita ketika hari raya, ke pejabat dan juga ke pusat membeli belah.  Huuu cantik tau!

Haaa, ini dia.

 

 

Inilah dia palazzo dipenuhi dengan lace bunga besar.  Menarik kan?  Lace pula kelihatan sangat halus dan amat cantik.  Anda patut mencuba gayakan palazzo lace ini tau!  Klasik.

Selain itu pula, palazzo satin juga termasuk dalam top palazzo dalam kalangan dunia fesyen.  Kain satin sememangnya licin dan lembut.  Ha, jadinya adalah sangat elegen untuk sesiapa yang menggenakan palazzo satin tersebut.

 

 

cooliyo.com

 

Yaa! ini lah dia palazzo satin yang cantik dan popular.  Ramai wanita memakai palazzo ini kerana palazzo satin sangat sedang dan mudah digayakan.

Wau, banyak juga kan fesyen palazzo yang ada dan sesuai digayakan oleh semua generasi wanita.  Tidak kurang juga dengan wanita berhijab.   Ya lah, wanita yang berminat dengan fesyen adalah amat berusaha untuk kelihatan bergaya dan menarik serta elegen.  Oleh itu, cuba anda gayakan fesyen termeletop pada masa kini iaitu Jumpsuit Palazzo ini.

 

aabcollection.com

 

Fuh, meletop betul rekaan fesyen jumpsuit palazzo ini tau.  Pasti sesiapa yang menggayakan jumpsuit seperti ini akan kelihatan anggun saja tau. Palazzo jumpsuit ini sesuai dibawah ke pejabat mahupun ke majlis keramaian.

Terdapat banyak juga fesyn berkenaan beropol atau renda.  Palazzo juga mempunyai fesyen yang beropol lembut tau.  Jika anda sesekali mencuba fesyen beropol ini iaitu palazzo pasti anda akan anggun di saat itu.

 

infashionmania.com

 

Jika anda sudah selalu memakai palazzo denim atau selainnya.  Palazzo beropol adalah pilihan terbaik dan bernas. Ia juga kelihatan seperti and memakai skirt dan amat sesuai digayakan dengan blouse plain mahupun berbunga. huhuhu.

 

jdwilliams.co

Ini pula fesyen yang tidak ketinggalan lagi iaitu palazzo pleated.  Dalam gambar sahaja sudah kelihatan anggun, apatah lagi apabila memakainya.  Sangat anggun dan tertib sekali untuk menggayakannya. Palazzo ini juga sangat sesuai dipakai ketika ke pejabat tau wanita semua.  Jadinya, cuba lah sesekali anda menggayakan palazzo pleated ini ya.

 

Okay, itu sahajalah hasil gaya pemakaian palazzo yang terkini dan popular.  Anda sebagai wanita haruslah sesekali keluar dari kepompong dan melonjak ke dunia perfesyenan.  Sesungguhnya, fesyen adalah sesuatu yang melonjakkan semangat wanita. Hehehehe!  Oleh itu berusahalah bergaya sehabis mungkin.  Sampai di sini sahaja perkongsian kita ya. Selamat Sejahtera ya semua!