Anda pasti tahu bahawa setiap tahun ada sahaja pereka fesyen mencipta fesyen baru yang boleh dijadikan fesyen harian untuk kita pakai pada tahun-tahun baru. Tapi kena tengok juga lah sama ada ianya sesuai untuk dipakai dalam kehidupan harian kita ataupun tidak. Lebih-lebih lagi pada kita yang beragama islam kerana kita ada cara pemakaian kita yang perlu kita patuhi dengan menutup aurat dan berpakaian sopan. Tahukah anda setiap pemakaian kita ada fungsi yang berlainan? Ramai diantara kita yang main pakai sahaja tanpa mengetahui cara memilih dan memakai pemakaian yang sesuai dengan setiap situasi.

 

luxurytraveldiary.com

 

bahrain-confidential.com

 

pinterest.com

 

Bagi mereka ianya tidak penting dan lagi selesa berpakaian mengikut keselesaan masing-masing. Ya, ianya tidak salah untuk anda berpakaian ikut keselesaan anda tapi bagi kita yang perlu pergi ke sesuatu majlis ataupun tempat-tempat rasmi takkan nak berpakaian casual seperti tshirt dan seluar jeans sahaja. Perlulah hormat majlis orang kan? Kalau bersukan pula, takkan nak pakai baju kurung ataupun jeans pula. Jadi, anda perlu memilih pakaian yang sesuai dengan situasi. Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan stail fesyen harian 2018 untuk anda semua. Mari kita lihat.

 

Casual Style

Stail kasual untuk lelaki yang sentiasa dipakai sejak dulu hingga sekarang ialah baju T berkolar, baju tshirt tanpa kolar dan juga kemeja kosong mahupun bercorak bersama seluar jeans ataupun slack. Jika nak lagi bergaya untuk pemakaian kasual, anda boleh memakai tshirt nipis bersama outerwear seperti kemeja tanpa berbutang. Anda boleh tambahkan aksesori seperti tali pinggang, jam, topi atau cermin mata hitam untuk nampak lagi smart dan bergaya. Kasut yang boleh dipakai untuk stail kasual ialah kasut sandal, sneakers atau kasut canvas.

 

flashmode.org

 

huew.co

 

Bagi para wanita pula, pemakaian kasual mereka boleh dipakai bermacam-macam gaya tetapi perlulah kena juga dengan situasi. Baju tshirt lengan panjang dan kemeja yang kosong mahupun bercorak sememangnya menjadi pilihan ramai dalam pemakaian kasual untuk wanita. Trend corak pada masa kini ialah corak striped dan ianya menjadi pilihan wanita mahupun lelaki untuk memakainya. Seluar yang sesuai untuk kasual ialah jeans, slack, palazzo ataupun seluar wide leg yang terdapat pelbagai jenis kain.

 

adworks.pk

 

adworks.pk

 

Feminine Style

Wanita yang sukakan gaya feminin boleh memakai gaun kasual dengan padanan aksesori minimalis seperti rantai, gelang dan cincin. Jika tidak gemar memakai gaun, blaus yang bermacam-macam jenis dan rekaan, baju-T berlengan panjang ataupun tshirt yang dipakai bersama pelbagai outerwear seperti cardigan atau vest bersama skirt panjang juga adalah alternatif untuk tampil feminin. Kasut bergantung dengan keselesaan masing-masing sama ada jenis bertumit atau tapak rata kerana kedua-duanya sesuai untuk keluar bersantai.

 

fustany.com

 

minaz.com

 

Sporty Style

Baju-T dengan padanan seluar jogger dan seluar line tepi yang viral menjadi trend remaja masa kini untuk kelihatan sporty ketika keluar bersantai. Mungkin kerana ia selesa dipakai lebih-lebih lagi ketika keluar pada hari yang panas. Ia juga alternatif untuk anda tampil bergaya pada hujung minggu tanpa kelihatan membosankan. Anda juga boleh memakai baju tshirt berkain jersi, sweater ataupun hoodie mengikut kesukaan masing-masing. Outerwear yang sesuai bagi stail sporty ialah jaket denim, jaket bomber, jaket kulit. Kasut yang kebiasaannya untuk sporty ini iaitu kasut kanvas, sneakers dan kasut sukan yang pelbagai rekaan.

 

vintagetopia.co

 

enveritasenergy.com

 

blog.gotomalls.com

 

twitter.com

 

Street Style

Jaket denim, jaket bomber atau jaket kulit dengan padanan seluar denim koyak, jeans ketat mahupun legging cukup praktikal untuk digayakan ketika keluar bersantai. Malah, fesyen ini membolehkan anda bermain dengan warna dan tidak terhad kepada warna klise seperti hitam atau putih sahaja. Untuk kelihatan lebih swag, jadikan topi sebagai aksesori tambahan untuk menyerikan penampilan anda dan juga cermin mata hitam yang mempunyai pelbagai jenis dan rekaan yang menarik.

 

theneatfit.com

 

popsugar.com

 

Formal Style

Pemakaian formal pula, anda boleh gayakan kemeja kosong, kemeja bercorak jalur, suit ataupun tuxedo bagi lelaki. Pelbagai jenis dan rekaan suit yang menarik dan mempunyai kualiti kain yang tinggi boleh dipakai sejak dari dulu lagi. Tapi pada masa kini, suit bukan hanya digayakan dengan warna hitam, biru dan kelabu sahaja. Warna-warna lain juga digunakan dalam pembuatan suit dan begitu juga dengan corak-coraknya. Sudah pelbagai corak dibuat untuk suit pada masa kini. Anda juga boleh gayakannya ketika adanya majlis-majlis rasmi.

 

pl.aliexpress.com

 

vogue.com

 

Tidak ketinggalan juga bagi wanita, pemakaian suit juga dipakai oleh kaum wanita seperti mana lelaki memakainya. Bagi pemakaian formal wanita moden yang bekerjaya, mereka lebih menyukai memakai blazer dengan padanan slack ataupun palazzo bootcut untuk kelihatan bergaya dan trendy. Kasut yang menjadi kepentingan sejak dari dulu lagi ialah kasut tumit tinggi yang bertutup.

 

pinterest.com

 

instagram.com

 

Event Wear

Para lelaki akan memakai suit ataupun tuxedo untuk kelihatan bergaya dan smart untuk pemakaian majlis-majlis rasmi. Barulah anda dianggap sopan dan menghormati majlis itu sendiri. Paling tidak pun, anda boleh memakai kemeja yang menarik berpadankan seluar slack. Bagi majlis-majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis perayaan pula, anda boleh memakai kemeja dengan padanan seluar jeans beserta kasut sandal, kasut kanvas ataupun kasut kulit untuk kelihatan bergaya. Elakkan memakai tshirt dan selipar kerana anda akan kelihatan selekeh dan seperti tidak menghormati majlis tersebut.

 

ilm.com.pk

 

rosaurasandoval.com

 

pinterest.com

 

inspinre.com

 

Wanita suka bergaya dengan pelbagai jenis baju dan gaun yang menarik ketika majlis-majlis yang diadakan. Kebiasaannya, mereka akan memakai pelbagai rekaan gaun yang cantik-cantik dan menawan. Bagi yang mahukan kelainan, anda boleh memakai jumpsuit atau blazer dengan padanan seluar palazzo bootcut mahupun slack ketika pergi ke majlis-majlis rasmi selain asyik memakai gaun sahaja. Lain pula dengan majlis perkahwinan, anda perlu memakai baju yang sopan seperti baju kurung, gaun ataupun blaus yang berpadankan skirt panjang. Jangan pula berpakaian mengalahkan pengantin pula. Terasa pula pengantin tu.

 

urbanmodesty.com

 

astuces-hijab.com

 

magazine.job-like.com

 

i.pinimg.com

 

aquila-style.com

 

Jadi, macam mana? Saya harap anda semua terhibur dan dapat mengetahui tentang stail fesyen harian 2018 yang saya kongsikan pada kali ini. Baiklah, sampai disini sahaja. Jumpa lagi pada artikel lain yang lebih menarik. Da daaa~