Setiap tahun mempunyai trend fesyen yang seakan sama mahupun ada kelainan yang terbaru yang direka oleh para pereka fesyen. Pasti semua orang ingin kelihatan bergaya lebih-lebih lagi apabila keluar dari rumah masing-masing kan? Yalah siapa saja yang suka selekeh betul? Tidak kiralah anda memiliki duit yang banyak ataupun tidak, anda boleh sahaja bergaya mengikut kesukaan dan keselesaan anda sendiri. Terdapat pelbagai pakaian yang dijual dalam harga yang murah dan berpatutan untuk anda beli berdekatan dengan tempat anda semua. Jika anda mempunyai bajet yang banyak, anda boleh sahaja membeli dan memiliki banyak pakaian, beg, aksesori dan lain-lain yang berjenama di pasaran dan semestinya mengikut trend sekarang yang glamor.

 

pinterest.com

 

Bagi kebanyakan para wanita muda pada masa sekarang lebih terdorong memakai pakaian dengan gaya fesyen moden terbaru dan juga lebih kepada minimalis. Bukan hanya di negara luar sahaja yang terpengaruh dengan fesyen terkini, negara kita juga tidak ketinggalan untuk berfesyen mengikut trend terbaru tidak kira yang freehair mahupun wanita bertudung diluar sana. Tapi bukan semua tahu cara-cara untuk bergaya bagi para hijabis yang terkini. Jadi, disini saya ingin kongsikan tips bergaya pemakaian hijabis moden bagi tahun 2018 ini. Mari lihat.

Baju atau Top

Baju memain peranan penting dalam pemakaian semua orang sejak dari dulu lagi. Terdapat pelbagai rekaan terbaru dan juga yang simple untuk dipakai oleh para hijabis masa terkini. Blaus yang menjadi pilihan wanita bertudung semestinya long blouse, ruffle blouse, blaus kembang, off the shoulder blouse dipakai dengan inner didalamnya dan sebenarnya terlalu banyak rekaan terbaru yang direka khas untuk semua orang termasuk wanita bertudung.

 

instagram.com

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Kemeja juga menjadi pilihan trend 2018 ini kepada hijabis dan kemeja yang selalu dipakai pada masa sekarang ialah kemeja kosong berwarna putih mahupun warna-warna lain seperti warna pastel, warna bertona gelap dan banyak lagi. Kemeja yang bercorak juga menjadi trend sekarang dan corak kemeja popular ialah striped. Ketika memakai kemeja anda boleh tuck in sedikit lebihan baju di bahagian sebelah sahaja di dalam seluar untuk nampak lebih bergaya. Tshirt dan knitted top juga menjadi pilihan para wanita diluar sana kerana ianya selesa dan untuk pemakaian casual harian.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

koleksitudung.tumblr.com

 

Seluar

Para wanita yang berhijab masa kini gemar memakai seluar jeans, seluar kembang ataupun wide leg pants, seluar palazzo dan seluar bootcut. Pelbagai gaya dan stail yang boleh digayakan dengan setiap seluar yang ada dengan baju-baju seperti blaus, kemeja, tshirt dan banyak lagi. Seluar yang bercorak juga menjadi pilihan wanita moden masa kini dan antara corak popular ialah striped. Bagi wanita yang gemar berfesyen mereka akan memakai satu set suit iaitu memakai blazer dan seluar yang corak dan warna yang sama. Apabila memakai satu set blazer dan seluar tersebut, anda boleh memakai tshirt dan tuck in kan ke dalam seluar kemudian memakai blazer.

 

pinterest.ch

 

pinterest.ca

 

pinterest.com

 

Outer wear

Ramai hijabis suka mengenakan cardigan, vest dan blazer ataupun kemeja yang dipakai bersama tshirt didalamnya untuk pemakaian mereka. Pelbagai jenis outerwear yang terdapat di luar sana yang boleh anda semua gayakan pada kehidupan harian anda yang serba moden ini. Antaranya ialah long cardigan yang mempunyai panjang berlainan, cardigan bercorak mahupun kosong,  long vest yang berwarna pastel ataupun warna-warna neutral lain seperti hitam, kelabu dan lain-lain. Blazer juga dipakai oleh para wanita bertudung yang bekerjaya di tempat kerja mahupun secara casual. Kemeja boleh menjadi outerwear dengan memakai singlet ataupun tshirt didalamnya untuk kelihatan bergaya. Kemeja jeans juga menjadi pilihan wanita masa kini dalam pemakaian mereka untuk nampak lebih bergaya dan kelainan disitu.

 

akhbarak.net

 

fashionetter.com

 

pinterest.com

 

justtrendygirls.com

 

justtrendygirls.com

 

Skirt

Bukan sahaja seluar menjadi pilihan hijabis untuk dipakai dalam kehidupan harian mereka, skirt menjadikan wanita lebih kelihatan sopan, ayu, lemah lembut seseorang wanita akan lebih terserlah dan juga menunjukkan sifat feminin dalam diri mereka. Pelbagai jenis skirt yang boleh dipakai bersama blaus mahupun apapun baju yang dinyatakan diatas. Skirt yang popular pada tahun 2018 ini ialah pleated skirt.

 

pinterest.com

 

justtrendygirls.com

 

Dress

Dress juga menjadi trend bagi para hijabis diluar sana dan seperti skirt, dress juga melambangkan kelembutan dan keayuan seseorang wanita. Pelbagai stail dan rekaan terdapat dipasaran yang anda boleh dapati. Antara ciri-ciri dress yang sesuai dengan wanita bertudung ialah dress yang labuh, panjang sehingga kaki dan berlengan panjang. Dress bercorak mahupun tidak bercorak juga kelihatan cantik dipakai untuk para hijabis. Apabila memakai dress yang bercorak, tudung yang dipakai perlulah tidak bercorak supaya pemakaian anda tidak kelihatan serabut. Jika dress anda tidak bercorak pula, tudung anda tidak jadi masalah kalau ianya tidak bercorak juga kerana ianya tidak akan nampak serabut.

 

pinterest.com

 

Tudung

Sudah nama pun hijabis mestilah bertudung kan? Jadi, tudung amatlah penting bagi para wanita hijabis. Jenis tudung yang menjadi pilihan tahun 2018 ini ialah shawl dan juga bawal. Ada yang bercorak mahupun tidak bercorak. Tudung yang berwarna pastel dan tidak bercorak menjadi pilihan kebanyakan wanita masa kini. Pelbagai gaya tudung yang anda boleh dapati di internet untuk anda gayakan dalam kehidupan harian anda semua mengikut keselesaan masing- masing. Pada masa kini, ramai yang mengenakan gaya tudung yang simple dan cepat untuk digayakan dan mereka ada yang tidak menggunakan sebarang pin atau kerongsang pun. Dan paling utama ialah warna tudung anda perlulah seimbang dengan warna pemakaian anda. Barulah semua orang tidak henti melihat anda!

 

hijabstyle.co

 

mdwardrobe.com

 

Ha! Cantik dan menarik kan?  Saya harap artikel ini dapat membantu anda semua dalam mengetahui tips bergaya pemakaian hijabis moden 2018 diatas. Berjumpa lagi pada artikel menarik yang seterusnya. Bye!!