Fesyen wanita sahaja kian memuncak dan mencapai tahap populasi yang terhangat.  Lelaki tiada yang popular ke dalam berfesyen?   Haa, mestilah ada.  Malah model yang memperagakan pakian yang popular juga kebanyakannya dari para lelaki juga tau.  Sampaikan pereka fesyen juga kebanyakannya adalah dari golongan adam ni tau.  Jadi, tidak peliklah jika lelaki lebih mengetahui ciri dan jenis fesyen yang terbaik dan sesuai untuk wanita.

 

Untuk fesyen lelaki yang terhangat di masa kini sangatlah banyak.  Malah mereka kaum adam juga suka akan fesyen dari luar negara.  Fesyen semestinya adalah kuasa dunia yang luas.  Ayuh kita lihat 10 tren yang menjadi fesyen terhangat untuk para lelaki.

 

Suit Berwarna

Kebiasaannya lelaki tidak gemari suit yang berwarna selain dari warna hitam.  Tetapi fesyen yang kian memuncak dan menguasai dunia ini terbukti bahawa suit berwarna amat sesuai dengan lelaki.  Selain dari cuma berwarna hitam suit lelaki boleh juga digayakan dengan warna biru atau kelabu.  Ada juga tau yang memakai suit warna selain daripada itu. Huhuhu keberanian dan keyakinan yang ada akan membuatkan seorang lelaki tampak sangat macho.

 

sihatcomelceria.com

 

Tetapi bagi lelaki yang tidak menggemari warna yang selain dari hitam untuk suit mereka, jangan pula mencuba dengan hanya sekilas sahaja.  Pengsan pula orang sekeliling yang melihat anda nanti. hahaha

 

Kemeja dan slack

 

Setiap lelaki mesti ada sesuatu pakaian yang sememangnya dijadikan khas untuk fesyen yang afdal bagi mereka.  Sesuatu pakaian yang sudah wajib itu seperti kemeja dan slack akan menjadi pilihan utama setiap para lelaki kerana membuatkan mereka kelihatan macho dan style.   Salah satu yang wajibnya adalah kemeja putih dan slack hitam.  Haa, biasalahkan lelaki sememangnya suka perkara yang mudah dan cepat siap.  Jadinya bila terlambat mahupun tergesa kemeja putih dan slack hitam adalah sesuatu pakaian yang bernas untuk dipilih.

 

 

bukalapak.com

 

Selepas ini, biar sahaja lah kemeja putih dan slack yang akan menjadi baju wajib  bagi lelaki.  Hahaha, biar simple asalkan kehenseman itu terserlah.

 

Casual Style Dan Seluar Pendek

Untuk fesyen lelaki yang santai,  seluar separuh pendek sangat digemari oleh kaum lelaki.   Untuk fesyen yang terhangat pada masa sekarang ini,  para lelaki akan menjadikan seluar separa pendek ini pakaian keutamaan apabila pergi kemana-mana dan bersiar-siar.  Haa, semestinya sesuatu fesyen yang tidak keterlaluan dan simple adalah rutin utama yang mereka pilih.  Huhuhu, dalam banyak pakaian yang ada pasti ade terselit pakaian seluar pendek yang mereka gemari.

 

 

maskulin.com

 

Itu dia fesyen yang duwujudkan dari zaman 90 an kini menjadi fesyen hangat dan popular untuk para lelaki.   Dengan padanan t-shirt disertakan dengan kemeja yang tidak berbutang akan membuatkan lelaki tersebut mempunyai penampilan yang menarik dan maskulin.

 

 Sut Jalur Lelaki

Terkadang sut lelaki yang dari edisi dahulu akan kian menghangatkan trend untuk pada masa akan datang.  Sut yang dari zaman datuk nenek kita boleh sahaja trend nya diikuti dan digayakan pada masa kini.  Seperti di pejabat mahupun hadiri majlis rasmi.  Sut seperti ini sangat sesuai.

 

 

jamaisvulgaire.com

 

Yaa.  Inilah sut yang menjadi trend terhangat sekarang ni tau.  Pakaian kasual yang sangat membuatkan lelaki nampak macho. Huhuhu.

 

Kasut Putih

Semenagnya dunia lelaki pasti akan ada sesuatu perkara yang wajib untuk mereka gayakan.  Contoh seperti t-shirt putih, seluar jeans biru dan topi adalah perkara yang wajib bagi lelaki apabila mereka malas hendak berfesyen.  Tetapi masih lagi menampakkan mereka semua sangat kasual dan kemas.  Okay, tidak ketinggalan juga dengan kasut. Kasut putih adalah pemakaian yang paling memperlihatkan lelaki nampak tampan dan segak.

 

 

pinterest.com

 

See! memang nampak smart tau jika lelaki memakai kasut putih sebagai padanan yang simple untuk gayaan harian mereka.

 

Kurta Moden

Untuk padanan dan fesyen hari raya yang kini kian mendatang.  Fesyen lelaki yang semakin memuncak naik ini adalah kurta moden.  Haa . pakaian asalnya dari India dan Pakistan kini semakin tertarik untuk warna lain yang memakainya.  Segak betul apabila melihat para jejaka yang halal memakai sut kurta moden.  Untuk para isteri mahupun pasangan. apa kata anda menghadiahkan kurta untuk pasangan anda.  Pasti tidak terlepas pandang selepas ni. Hehehe!

 

 

anamarza.com

 

Ya, kurta juga boleh sahaja dipakai untuk ke pejabat.  Kebiasaannya dipakai semasa di penghulu hari iaitu jumaat untuk para lelaki solat jumaat.  Lepas ini boleh lah lelaki menukar gaya hari jumaat mereka dengan pakaian kurta.

 

Sweater dan Cardigan Lelaki

Eh memakai cardigan ni perempuan sahaja ke? pelik ke lelaki memakai cardigan?  Haa jangan cepat tuju kata tau dekat lelaki.  Fesyen mereka juga ada yang meletup-letup dalam berfesyen sama dengan wanita.  Cardigan dan sweater adalah sesuatu fesyen yang dipilih oleh para lelaki dan untuk kesantaian mereka .

 

 

lookastic.comenim

 

Cardigan dan sweater adalah perkara yang sama bagi lelaki.  Manakala wanita pula cardigan dan sweater adalah sesuatu pakaian yang berlainan tau.  Huhuhuhu!

 

 

sandipointe.com

 

Ini pula sweater bagi lelaki tau. Cantik juga jika wanita memakainya. Tak apalah baju lelaki wanita juga boleh memakainya. huhuhu.

 

Okay lah semua . itu sahaja perkongsian saya setakat ini ye. Mana  la tahu selepas ini ada fesyen lain pulakan.  Jadinya, sekiranya anda mahukan berfesyen.  Teruskan berfesyen dengan senang.  Kerana fesyen dapat membuatkan anda berasa sangat yakin.  Semoga coretan ini dapat membantu anda si pembaca.  Daaaa!