Pasti ramai yang berminat dengan kain chiffon kan? Kain chiffon merupakan antara kain yang popular digunakan dalam pembuatan pakaian terutamanya baju. Sudah banyak rekaan dan stail-stail baru lebih lagi yang bertemakan moden. Ramai orang terutamanya para wanita menginginkan stail-stail moden untuk nampak lagi anggun dan menawan serta dapat meningkatkan keyakinan diri ketika keluar dari rumah. Semestinya chiffon menjadi antara pilihan hati wanita di luar sana. Pasti anda sudah tahu kain jenis chiffon itu macam mana kan? atau masih ada yang tertanya-tanya tentang kain chiffon? Mari saya terangkan lebih terperinci lagi tentang kain chiffon dan saya teruskan dengan rekaan blaus moden untuk kain chiffon di pasaran.

 

alibaba.com

 

Kain Chiffon adalah bahan yang lembut, halus, bertekstur jarang serta ianya mengikut kontur bentuk tubuh anda maka ianya memerlukan lining untuk dipakai. Sifatnya yang mengikuti bentuk tubuh, kain jenis ini tidak disarankan untuk digunakan oleh orang yang berbadan gempal atau berisi. Kelebihan kain chiffon ini adalah ianya sejuk atau tidak panas dipakai.  Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.

 Saat ini, seiring dengan perkembangan zaman dan juga teknologi, maka bahan
yang digunakan untuk membuat kain chiffon pun semakin pelbagai. Antara jenis
chiffon yang sesuai untuk blaus:

 

  • Double Chiffon

Kain lebih selesa, tebal dan tak jarang berbanding kain chiffon biasa. Pelbagai lagi rekaan yang lawa dan menarik boleh didapati daripada online dan juga butik-butik busana yang lain. Contoh stail blaus moden yang menggunakan double chiffon seperti di bawah.

 

 

 

lazada.com.my

  • Chiffon Plain 
Kain chiffon plain menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain. Ianya sesuai untuk pemakaian di tempat kerja dan pakaian harian.

 

 

 

  • Chiffon bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak. Boleh membuat padanan bersama seluar ataupun skirt mengikut keselesaan masing-masing. Corak yang ada dapat memeriahkan lagi pakaian dan menunjukkan sifat feminin bagi pemakainya. Tak kira peringkat umur tua mahupun muda boleh memakai baju chiffon yang bercorak.

 

 

 

  • Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley. Terdapat pelbagai lagi corak boleh didapati di internet mahupun butik dan kedai pakaian berdekatan.

 

 

  • Chiffon Tribal

 

Mempunyai motif bercorak tribal. Coraknya agak unik dan seakan sama dengan chiffon paisley. Boleh pakai ketika beriadah ataupun bersiar-siar.

 

 

Ada juga chiffon yang lain seperti blend chiffon, viscose chiffon, polyester chiffon, silk chiffon, cerutti chiffon, paris chiffon dan crepe chiffon.
Dibawah adalah gambar contoh stail blaus moden chiffon yang ada di pasaran.

 

Chiffon Kaftan Top

 

 

Cape Overlay Chiffon Blouse Dusty Rose

 

poplook.com

 

Sebenarnya terlalu banyak lagi stail-stail lain blaus chiffon yang terdapat di pasaran. Semua trend dan gaya ini adalah beberapa cara terbaik untuk menyesuaikan fesyen anda dengan cuaca panas dan lembab di Malaysia ini. Perubahan di beberapa tempat kecil boleh meningkatkan keselesaan anda dan kelihatan bergaya juga. Lihatlah semua gaya panas dalam industri fesyen. Tempah lah baju dengan stail-stail yang anda minat di laman web kami yang menyediakan semua trend terbaru dalam dunia Muslimah dalam sekelip mata. Sekian itu sahaja daripada saya. Jumpa di artikel seterusnya yang lagi menarik.