Kebaya adalah salah satu jenis fesyen yang masih tidak lekang dan luntur untuk digayakan kepada para wanita dari zaman hulu sehingga kini. Pernahkah anda berfikir kebaya adalah fesyen yang lapuk dan ditelan zaman wahai para wanita? Semestinya ada yang terfikir sebegitu. Tetapi!  jangan disalah ertikan , kerana kebaya juga mampu membolosi dunia fesyen muslimah terkini sehingga menjadi terhangat diatas permintaan ramai. Pastinya, mereka yang menginginkan kebaya pasti ada citarasa tersendiri  untuk digayakan.

 

Kebaya Nyonya

Sudah tidak asing lagi nama kebaya nyonya kepada masyarakat umum. Kebaya nyonya ini adalah pakaian tradisi bagi orang melayu cina yang duduk di melaka yang digelar ‘Baba Nyonya”. Kebaya warisan ini sangat diminati ramai dan tidak pernah luntur permintaannya untuk digayakan oleh wanita. Dengan kain yang lembut dan cantik serta tambahan aksesori manik dan sulaman bunga sangat membuatkan wanita yang menggayakannya kelihatan cantik dan klasik. Dengan dipadankan kain batik atau boleh juga kain songket, pakaian kebaya nyonya akan kelihatan lebih menawan. Nah! ini lah contoh kebaya nyonya yang popular. Menawankan!

 

trendbajukebaya.com

 

Kebaya Labuh

Kelangsingan adalah sesuatu yang membuatkan kaum wanita sangat inginkan. Mereka juga sebolehnya akan memilih pakaian yang tidak kelihatan besar serta tidak terlalu ketat untuk kelihatan cantik. Kebaya labuh adalah kebaya yang terhangat yang diingini para wanita sejak dulu sehingga digelar warisan oleh zaman moden ini. Dengan kain contton yang lembut akan menambahkan keselesaan dan sejuk apabila memakainya. Hanya dengan kebaya yang kosong sudah menaikkan lagi aura kecantikan dan keklasikkan wanita ketika menggayakannya. Ingin mengenakan busana kebaya ini pada hari raya atau hari hari lain? Ha! cubalah. Pasti puas hati!

 

maqillakualalumpur

 

Kebaya Moden

Kebaya moden, kebaya yang dulunya adalah warisan semua kini telah diubah rekaan yang lebih moden dan cantik. Dengan tambahan corak dan manik pada kebaya pasti menarik perhatian para wanita untuk memakainya. Sememangnya perempuan kalah kepada kecantikan kan! Kebaya moden jugak pernah membolosi peringkat fesyen di Malaysia. Tidak kira pada hari raya sekalipun atau hari-hari yang penting. Kebaya Moden pasti akan menjadi pilihan yang banyak untuk digayakan. Tahu? Ada juga yang mahu menambah kilauan-kilauan mengikut  citarasa tersendiri. Kerana sememangnya pilihan untuk memakai Kebaya Moden amat lah tinggi kalau diikutkan dari permintaan para wanita tidak kira umur.  Jeng! Cantikkan Baju Kebaya Moden Terkini!

 

lovelysuri.com

 

Kebaya Kimono

Kimono. Sudah semestinya kita tahu bahawa itu adalah pakaian tradisi negara Jepun. Tetapi sebahagian para wanita di Malaysia sangat suka dengan rekaan dan gaya yang dipakai oleh wanita di negara Jepun. Jadi, apa salahnya ada fesyen kimono di bumi Malaysia pula kan! Pasti sangat unik apabila kita menggayakannya. Kini, terkeluarlah fesyen terkini iaitu Kebaya Kimono. Wau! cepat betul populariti baju Kebaya Kimono ini mengembang. Sampai lenguh tukang jahit menyiapkan tempahan pelanggan. Kerana, Kebaya Kimono sangat unik dan tampak menarik apabila digayakan di majlis perkahwinan dan acara sebagainya. Bukan sahaja wanita dewasa yang boleh memakainya, malah remaja kini yang semakin pandai berhias juga membuat pilihan dengan memakai gayaan Kebaya kimono. Apa yang penting, Kita sebagai wanita haruslah berani mencuba fesyen yang semakin memuncak menembusi populariti ini. Betul kan! Jadi, jika para wanita diluar sana bingung seperti mana rekaan Kebaya kimono, Nah! ini lah dia fesyen Kebaya Kimono yang Popular itu.

 

fashionvalet.com

 

Banyak juga kepelbagaian Baju Kebaya. Kan! ada yang tradisional, ada juga yang terkini dan popular. Apa tuggu lagi wanita sekalian! Gayakan lah Kebaya mengikut keselesaan anda. Malah, Kebaya yang digayakan bukan sahaja untuk ke acara majlis biasa, tetapi boleh jugak di tokok tambah meletakkan pelbagai hiasan seperti manik, tambahan kain lace dan bermacam sulaman pun boleh dipadankan. Sampaikan ada yang memakainya di majlis bahagia sendiri. Wah! Popular betul Kebaya – kebaya sekarang ya. Belum gayakan belum tahu kecantikkan Kebaya. Selamat Menggayakan busana Kebaya!