Pasti ramai yang berminat dengan kain chiffon kan? Kain chiffon merupakan antara kain yang popular digunakan dalam pembuatan pakaian terutamanya baju. Sudah banyak rekaan dan stail-stail baru lebih lagi yang bertemakan moden. Ramai orang terutamanya para wanita menginginkan stail-stail moden untuk nampak lagi anggun dan menawan serta dapat meningkatkan keyakinan diri ketika keluar dari rumah. Semestinya chiffon menjadi antara pilihan hati wanita di luar sana. Pasti anda sudah tahu kain jenis chiffon itu macam mana kan? atau masih ada yang tertanya-tanya tentang kain chiffon? Mari saya terangkan lebih terperinci lagi tentang kain chiffon dan saya teruskan dengan rekaan blaus moden untuk kain chiffon di pasaran.
Kain Chiffon adalah bahan yang lembut, halus, bertekstur jarang serta ianya mengikut kontur bentuk tubuh anda maka ianya memerlukan lining untuk dipakai. Sifatnya yang mengikuti bentuk tubuh, kain jenis ini tidak disarankan untuk digunakan oleh orang yang berbadan gempal atau berisi. Kelebihan kain chiffon ini adalah ianya sejuk atau tidak panas dipakai. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.
- Double Chiffon
Kain lebih selesa, tebal dan tak jarang berbanding kain chiffon biasa. Pelbagai lagi rekaan yang lawa dan menarik boleh didapati daripada online dan juga butik-butik busana yang lain. Contoh stail blaus moden yang menggunakan double chiffon seperti di bawah.
- Chiffon Plain
- Chiffon bercetak (Printed Chiffon)
- Chiffon Paisley
- Chiffon Tribal
Cape Overlay Chiffon Blouse Dusty Rose
Sebenarnya terlalu banyak lagi stail-stail lain blaus chiffon yang terdapat di pasaran. Semua trend dan gaya ini adalah beberapa cara terbaik untuk menyesuaikan fesyen anda dengan cuaca panas dan lembab di Malaysia ini. Perubahan di beberapa tempat kecil boleh meningkatkan keselesaan anda dan kelihatan bergaya juga. Lihatlah semua gaya panas dalam industri fesyen. Tempah lah baju dengan stail-stail yang anda minat di laman web kami yang menyediakan semua trend terbaru dalam dunia Muslimah dalam sekelip mata. Sekian itu sahaja daripada saya. Jumpa di artikel seterusnya yang lagi menarik.
Comments are closed.