Wanita muslimah kini semakin bijak bergaya tidak kira semasa perayaan dan sambutan tertentu ataupun hari biasa. Selain daripada majlis atau acara sambutan tertentu, pakaian ketika ingin bercuti ataupun dalam English nya travelling menjadi salah satu aspek yang cukup mengelirukan bagi sesetengah kaum hawa kerana runsing ingin memilih pakaian yang bersesuaian untuk dibawa bersama meskipun sudah sedia maklum tentang tujuan perjalanan. Seandainya diberi pilihan tentu sahaja, keseluruhan almari turut ingin dibawa bersama.

 

medium.com

 

Meskipun demikian, adalah penting untuk kita kaum hawa, memilih pakaian yang sesuai, dan mudah digayakan sekali gus menitikberatkan keselesaan pakaian agar percutian berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips yang dapat dikongsikan bersama untuk percutian anda!

 

pinterest.com

 

  • Hijab ringkas

Gaya hijab yang ringkas adalah sangat disarankan ketika sedang bercuti ataupun travel. Lebih-lebih lagi dengan jadual perjalanan dan aktiviti percutian yang kadang kala mungkin agak padat, jadi adalah lebih baik menggayakan hijab dengan lebih ringkas. Selain itu, sudah tentunya gaya hijab yang rumit akan mengakibatkan lebihan masa dalam memastikan penggayaan hijab itu baik. Nah, lebih baik menggunakan penggayaan yang lebih ringkas ,betul tak? Jimatkan masa, mudah bergerak dan selesa!

 

  • Kaca mata hitam

Apabila bercuti atau travel, kaca mata hitam merupakan salah satu aksesori kelengkapan yang penting bagi menambahkan gaya yang lebih elegen! Tetapi pemakaian kaca mata juga hendaklah bersesuaian dengan gaya hijab anda. Beberapa tips yang dapat diberikan adalah sekiranya anda mengenakan tudung instant, sebaiknya elakkan dari memakai kaca mata yang besar dan berbingkai hitam kerana akan mengakibatkan kepala anda kelihatran lebih bersar berbanding kebiasaannya. Kemudian, penggunaan tudung bawal kebiasaanya adalah sesuai dengan kebanyakan bentuk kaca mata dan sekiranya anda menggunakan tudung lilit pula, ia boleh disesuaikan dengan kebanyakan kaca mata hitam kerana kain tudung boleh digayakn secara lebih longgar ataupun mengikut kesesuaian.

 

beehijab.com

 

  • Pakaian ketat

Bagi memudahkan anda untuk bergerak dengan lebih bebas, adalah baik sekiranya anda tidak memakai pakaian yang ketat dan disarankan memakai pakaian yang longgar serta menyerap peluh agar percutian anda berjalan dengan lancar.

 

  • Pemilihan Blaus

Pemilihan blaus yang padan dan sesuai juga adalah merupakan salah satu aspek yang penting. Sebagai contoh, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam sekiranya anda melawat negara yang beriklim tropika dan panas kerana pakaian berwarna ini boleh menyerap haba. Sewajarnya, memakai pakaian yang dihasilkan dari bahan kapas selain mempunyai potongan yang longgar bagi memudahkan pergerakan anda.

 

  • Seluar yang sesuai

Apabila bercuti atau melancong, seluar merupakan antara pakaian yang terpenting dibawa. Kepelbagaian seluar mengikut keadaan dan kesesuaian sesuatu masa itu juga haruslah dititikberatkan. Antara seluar yang mesti dibawa adalah seluar jeans kerana ia dapat dipadankan dengan pelbagai jenis blause atau baju yang anda ingin gayakan. Selain itu, seluar yang berpotongan longgar seperti palazzo juga boleh dibawa bagi anda yang ingin bercuti kerana ia dapat memudahkan pergerakan anda disebabkan bukaan kaki yang cukup luas selain dapat memberikan keselesaan yang baik untuk anda.

 

  • Sweater

Sekiranya anda melawat ke negara sejuk, hendaklah dipastikan membawa sweater bersesuaian dengan keadaan cuaca kerana serba sedikit ia dapat membantu menghangatkan tubuh.

 

neenaanuar.blogspot.my

 

  • Maxi / Dress

Pakaian seperti maxi atau bahasa melayunya dikenali sebagai dress yang labuh juga merupakan salah satu pakaian sesuai dibawa ketika  melancong. Selain daripada itu, kaftan juga elok dibawa ini adalah kerana bagi persediaan sekiranya terdapat sebarang acara  atau majlis khususnya berdekatan pantai atau kolam renang kerana ia dapat menimbulkan imej professional disamping menyerlahkan kesantunan dan nilai feminin pada kaum wanita.

 

  • Pakaian renang

Apabila melancong atau bercuti adalah seeloknya untuk membawa sekali baju renang muslimah anda kerana sekiranya ada kelapangan masa di hotel atau tempat penginapan anda dapat bermandi manda sambil berehat berdekatan kolam lagi lagi sekiranya lokasi pelancongan anda berdekatan pantai, anda dapat meluangkan masa menikmati air laut. Bila lagi nak bermandi manda di tepian pantai kan!

 

  • Kasut

Pemilihan kasut adalah antara factor penting dalam pemilihan pakaian ini kerana ia akan membawa anda ke tempat yang anda inginkan! Pilihlah kasut yang memiliki tapak rata sebagai contoh seperti kasut bersarung, atau boleh juga mengenakan sandal lebih-lebih lagi bagi individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu anda melancong. Jika anda melawati negara yang beriklim sejuk, but adalah merupakan pilihan yang tepat untuk digayakan!

 

Walau apa pun pakaian yang anda pilih untuk dipakai dan digunakan ketika bercuti dan melancong, adalah menjadi keutamaan untuk anda menjaga aurat seorang muslim. Siapa kata, tutup aurat tidak boleh bergaya? Bantahan sama sekali! Fesyen itu luas, jadi jangan ragu-ragu dan kekal konfiden dengan diri anda sebagai seorang muslimah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda tips ketika bercuti dan melancong sama ada diluar negara mahupun di dalam negara. Jadi, dah sedia untuk bercuti, jom packing!