Bahan chiffon adalah kain yang diperbuat dari kapas, sutera, serat sintetis atau polyester yang bersifat lembut dan menerawang sekali gus dapat menimbulkan kesan tinggi pada pemakai yang kurang tinggi. Pakaian dari Chiffon telah mula dipakai sejak bertahun tahun lama lagi namun kini kaedah canggih telah memberikan kesan yang baik dan elegen dalam pemakaian kain bersifat chiffon ini.

 

nova.grid.id

 

Tekstur atau permukaan bahan ini cukup unik dan digemari wanita kerana walaupun bersifat licin, nipis, ringan dan transparent ia dapat menghasilkan pakaian yang cukup baik. Namun begitu, melalui teknik layering, chiffon yang nipis boleh digubah menghasilkan pakaian dan busana muslimah yang cantik dan elegen.

 

www.aliexpress.com

 

Kebiasaannya, chiffon akan digandingkan dengan bahan yang lain bagi menghasilkan pakaian muslimah yang berkualiti. Menggabungkan bahan chiffon dengan chiffon juga atau bahan lain seperti satin, cotton dan sebagainya adalah agak rumit  dan tidak mudah kerana ia memerlukan pengalaman dan kemahiran namun apabila pakaian itu siap ,ia akan menghasilkan pakaian atau busana yang cukup anggun, cantik apabila digayakan dan mempunyai kualiti yang baik.

 

Bahan atau material Chiffon ini telah mendapat perhatian dan diminati kebanyakan pereka fashion dan penjual pakaian muslimah. Busana Chiffon atau sifon merupakan busana muslim yang paling banyak diminati kaum hawa di seluruh dunia ini kerana ia memiliki banyak kelebihan. Bahan atau materialnya yang sejuk dipakai dan tidak mudah rosak malah senang di gosok merupakan antara penyebab utama ramai memilih pakaian dan busana dari bahan ini.  Sifat-sifat sejuk udara dalam bahan chiffon sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab menyebabkan pemakai- pemakai tidak berasa terlalu panas apabila memakainya.  Chiffon mempunyai ‘draping’ efek yang kemas pada pemakainya lebih-lebih lagi amat sesuai dalam design baju yang berbentuk one piece dress atau jubah muslimah.

 

Dalam menghasilkan sesuatu pakaian atau busana muslimah yang cantik dan berkualiti, ketelitian dan kecekapan dalam pembuatan busana adalah sangat penting selain daripada memiliki rekaan yang baik. Setiap pereka dan penjual pakaian muslimah sekurang-kurangnya akan mempunyai satu koleksi pakaian yang dibuat daripada chiffon dan hendaklah ditegaskan agar penjual atau pereka pakaian muslimah menitikberatkan makna muslimah dari pakaian tersebut agar ciri-ciri pakaian seorang wanita islam dapat diterapkan tanpa luar dari maksud nya.

 


theonemall.com

 

www.alibaba.com

 

Adakah anda tahu cara untuk menjaga pakaian atau busana yang bersifat chiffon? Antara langkah yang boleh digunakan bagi menjaga pakaian ini adalah dengan mencuci atau membasuh dengan menggunakan softener/ detergen yang lembut dan direndam dalam masa 20 hingga ke 30 minit. Selain itu, sekiranya menghantar pakaian tersebut ke dobi/ laundry, hendaklah memastikan agar pekerjanya mengetahui pencuci apa yang sesuai digunakan mengikut jenis-jenis material supaya pakaian yang dihantar tidak rosak semasa proses dobi. Kemudian, sekiranya ingin menggosok pakaian yang dibuat dari chiffon adalah seeloknya menggunakan suhu yang bersesuaian dan tidak terlalu panas kerana dikhuatiri pakaian akan cepat rosak.

 

Inilah serba-sedikit tips yang dapat dikongsikan berkenaan pakaian dan busana muslimah yang dibuat daripada bahan chiffon Semoga ianya dapat memberi manfaat dan seterusnya dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat. Sekian, sehingga bertemu di ruangan yang seterusnya. Bijak memilih, bijak bergaya!