Hijab. Perkataan ini bermaksud imej wanita Islam yang cantik dipadankan dengan selendang atau tudung di kepala mereka bagi menyembunyikan rambut dari pandangan. Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan bagi mereka yang mengamalkan amalan menutupi rambut di kepala ini disamping ia dapat meningkatkan lagi kecantikan seorang wanita dengan menyembunyikan sesuatu yang perlu bagi orang ramai yang mempunyai tanggapan memperlihatkan rambut adalah perlu bagi wanita kerana ia mahkota mereka disamping mampu mempamerkan kecantikan. Disebabkan itu, pemakaian hijab telah meningkat sejajar perubahan arus fesyen dunia. Kini, kita dapat lihat bahawa semakin ramai wanita telah mula memakai tuung tanpa ragu-ragu dan yakin, sekaligus menempatkan industri fesyen muslimah begitu popular kini di peringkat antarabangsqa sehingga mampu manjadikan London sebagai Tuan rumah industri fesyen dengan mempamerkan banyak koleksi hijab, tudung dan pakaian yang menutupi badan.

Oleh kerana tudung telah menjadi sebahagian besar fesyen pada masa ini, suka untuk admin berkongsi sedikit sebanyak cara atau style hijab untuk anda gayakan pada masa tertentu mengikut kesesuaian. Islam adalah agama yang boleh ditemui di serata dunia. Justeru, gaya sesuatu tudung dan hijab dapat dipakai dalam pelbagai cara oleh wanita bergantung pada keadaan contohnya seperti bentuk muka, cuaca, perayaan dan pelbagai lagi. Jom kongsi beberapa gaya yang boleh digunapakai oleh anda.

  • Gaya hijab mudah
  • Hijab tanpa pin

Sekiranya  anda terlewat untuk ke tempat kerja atau ke kelas gaya ini merupakan gaya yang paling sesuai kerana anda tidak perlu menggunakan sebarang pin atau melilit tudung anda. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan meletakkan tudung atau selendang panjang di kepala dan kemudian selempangkan satu bahagian tudung di atas bahu. Dan, YOU READY TO GO!

 

pictame.com

 

  • Gaya hijab menutupi dada

Pernahkah anda membeli tudung yang mempunyai cetakan imej atau motif yang cantik? Mestilah pernah kan! Jadi gaya ini sesuai bagi menonjolkan kecantikan hijab anda. Pin kan tudung dan gayakan tudung tersebut menutupi dada sekaligus ia dapat mempamerkan keindahan motif yang terdapat pada sesuatu tudung itu .

 

inspirasihana.com

 

  • Hijab dengan aksesori di atasnya

Tambahan sedikit kilauan yang cantik dan bersinar untuk hijab lama anda yang membosankan dengan hanya meletakkan perhiasan yang anda ada di meja hias anda! Cara yang sangat terbaik dan mudah adalah dengan memasukkan beberapa cincin anda ke sudut hijab anda yang agak longgar dimana ia tergantung di sebelah wajah anda. Selain itu,terdapat pelbagai lagi cara dapat digunakan melaui penggayaan hijab bersama aksesori. Anda hanya perlu bersikap yakin dan kreatif jadi sudah tentu hasilnya pasti akan mempersonakan.

Oh ya! Walaupun anda hanya seorang wanita muslim yang suka penampilan yang penuh kesederhanaan , anda juga masih boleh kekal kelihatan sangat anggun dan tampak mewah dengan padanan warna hijab dan pakaian yang sesuai.

Tudung disemai sebelah sisi mungkin salah satu daripada gaya hijab yang paling biasa di seluruh dunia. Dan untuk alasan yang baik juga kerana ia adalah gaya yang paling mudah dan paling praktikal untuk dipakai sehari-hari.

 

idegaya.com

 

  • Hijab dengan anting-anting

Masih boleh menggayakan anting-anting walaupun berhijab! Tidak bermaksud apabila bertudung kita tidak boleh memakai anting-anting ya. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya simpulkan hijab yang dipakai sedikit di belakang telinga anda dan juraikan anting-anting yang dipakai untuk melengkapkan gaya anda!

Selain daripada itu, terdapat satu lagi cara atau kaedah hijab yang sesuai untuk mempamerkan anting anda walaupun memakai tudung iaitu dengan memakai tudung gaya turban. Bungkus tudung atau selendang yang dipakai sepanjang garis rambut dan kemudian simpulkan ia di atas leher anda (bukan di bawah dagu). Gayakan satu bahagian selendang anda di bahu dan letakkan anting-anting untuk penampilan anda.

 

pictame.com

 

  • Hijab dengan pakaian:
  • Gaya Hijab Untuk Gaun

Jika kita mengenakan gaun persis seorang puteri, maka wajarlah kita menggayakan hijab yang akan menambah rupa Diraja tersebut. Gaya tudung turban ataupun serban dalam warna yang sama seperti gaun sesuai dipakai dan ditambah dengan aksesori seperti rantai atau kalung mewah di sekitar mahkota kepala si pemakai untuk menambah sentuhan yang elegen dan sempurna untuk imej anda.

 

pinterest.com

 

  • Gaya Hijab Orang Arab

Dalam penggayaan tudung Arab, dapat disimpullkan bahawa semakin ianya besar, adalah lebih baik. Wanita Arab suka menaikkan jumlahnya apabila datang kepada gaya tudung mereka. Mereka biasanya mengikat rambut mereka dengan tinggi dan membalut selendang atau hijab tersebut beberapa kali di sekitar kepala mereka untuk membuat hijab mereka kelihatan sebanyak mungkin.

 

f9vision.com

 

  • Gaya Hijab Untuk Kacamata

Apabila anda memakai cermin mata, sewajarnya tidak membalut tudung anda terlalu erat di sekitar kepala kerana ia akan menyebabkan penggayaan hijab itu menjadi tidak elok. Untuk kesan yang baik, adalah dengan untuk menutup rambut anda inner hijab atau anak tudung dan memakai tudung/ selendang anda di sekitar kepala bagi mendapatkan keselesaan sepanjang hari sekiranya ingin mengenakan kacamata.

 

pictame.com

 

  • Gaya Hijab Moden

Wanita moden biasanya menggunakan gaya yang paling berfungsi,mudah dan minimalis. Tudung monochrome yang digunakan tanpa sebarang pin adalah menjadi kegilaan dan permintaan tinggi pada masa kini.

 

pictame.com

 

  • Gaya Hijab Musim Panas

Hijab yang longgar dan memberi ruang udara yang banyak adalah cara yang sesuai untuk dipakai apabila cuaca panas.. Pakai selendang atau tudung kapas yang besar dan memberi cukup ruang pengaliran udara di sekeliling kepala untuk mengalahkan panas terik. Hendaklah memastikan untuk tidak melilit selendang atau hijab terlalu rapat di leher bagi mengelakkan berpeluh terlalu banyak.

 

pictame.com

 

Terdapat bermacam lagi cara yang boleh digunakan bagi wanita muslim yang berhijab. Setanding arus kemodenan fesyen semasa, kini hijab juga dijulang tinggi sehingga ke persada dunia dan diterima umum sekaligus dapat menaikkan lagi nama Islam dan dijadikan salah satu fesyen yang cukup terkenal. Bukan hanya bergaya dari fesyen sahaja, malah umat Islam dapat menjaga kesantunan budaya Islam dengan menutup aurat. Harapan admin, semoga fesyen muslimah samada dari segi pakaian mahupun hijab akan tetap menjadi pilihan dan berterusan sejajar dengan arus pemodenan. Sehingga ini perkongsian kita pada kali ini, nantikan topik berikutnya di ruangan seterusnya ya!