Wanita muslimah yang berhijab pada masa kini tidak lagi terbatas dan susah untuk bersukan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis pakaian sukan khusus untuk wanita muslimah dan yang penting sekali kita boleh membuat pilihan terbaik sendiri dalam mendapatkan pakaian mengikut keselesaan masing-masing.

 

nashata.com

 

Kebanyakan wanita tidak peka tentang pemakaian untuk aktiviti sukan mereka. Apabila disebut sahaja tentang sukan ataupun gimnasium, ia kebiasaannya selalu dikaitkan dengan pakaian ketat yang kurang sopan sehingga terdapat segelintir diantara kita sukar dan tidak yakin untuk melakukan aktiviti senaman khususnya di tempat awam.

 

Justeru, kini kita tidak perlu khuatir tentang bersukan lagi kerana fesyen adalah bebas. Pakaian sukan boleh disesuaikan dengan konsep suai padan dan amat penting sekali dalam memilih sesuatu pakaian bagi mendapatkan keselesaan yang maksimum kepada si pemakai. Nah, barulah kita bersemangat untuk bersukan!

 

shop.nashata.com

 

Antara baju yang boleh digunakan adalah seperti sehelai baju lengan panjang dan sebaiknya labuh potongan baju di paras bawah punggung dan dipadankan dengan tudung instant menutupi bahagian dada. Lebih sesuai sekiranya material atau fabric kain dari nilon kerana lebih ringan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menambahkan beban tambahan pada badan kita ketika bersukan dan ianya bersifat “friendly” dengan peluh. Kain yang digunakan untuk bersukan perlulah di ambil kira. Selain nilon, kain yang digunakan perlulah dari kain kapas yang menyerap peluh atau pun kain yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk yang baik.  Kain yang bersesuaian adalah penting bagi penjagaan kulit anda dan mampu mengelakkan dari berlakunya sebarang infeksi pada permukaan kulit sekiranya berpeluh. Sebagai contoh, renang memerlukan pakaian yang diperbuat daripada spandex yang ringan kerana ia bertindak balas dengan air dan kebanyakan kolam renang meletakkan syarat pemakaian baju renang yang khusus.

 

Selain itu, kita juga boleh mengenakan t-shirt biasa sekiranya tidak mempunyai baju berlengan panjang yang sesuai. T-shirt ini kemudiannya dipadankan bersama sarung tangan muslimah yang tidak jarang , tidak terlalu tebal dan seeloknya tidak singkat. Tudung khas yang labuh untuk bersukan juga boleh menutup sebahagian tubuh badan untuk menutup bahagian atas badan, akan kelihatan sopan dan mudah bergerak sekiranya di pin rapi.  Shawl atau selendang tidak sesuai digunakan ketika bersukan kerana mudah tersangkut dan  mungkin akan mengganggu aktiviti sukan kita. Tudung yang kita pilih untuk bersukan hendaklah mudah dipakai dah tidak memberi kesan panas pada bahagian kepala. Fabrik tudung yang sesuai digunakan adalah seperti kain licra serta microfiber kerana kain mengikut ukuran bentuk kepala kita dan dapat mengelakkan ia dari mudah bergerak ataupun terjatuh. Berhati-hati lah apabila menggunakan pin di tudung, pastikan ia tidak mudah tertanggal kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pada bahagian badan.

 

shop.nashata.com

 

Sekiranya tudung tersebut labuh, boleh juga cuba untuk masukkan bahagian yang labuh dalam baju. Seterusnya, jika tidak mahu memakai tudung ketika bersukan, kita juga boleh menggunakan baju yang mempunyai penutup kepala serta anak tudung yang dapat menutup bahagian rambut.

 

Walau apa jua pakaian yang kita pilih untuk bersukan, keselesaan amat dititikberatkan supaya kita boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Kita juga perlu pastikan pakaian tersebut tidaklah terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar bagi memudahkan pergerakan sewaktu bersukan. Pilihlah baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang tepat mengikut ukuran badan kita asal menutup aurat dengan sempurna.  Sekian sahaja perkongsian pada topik kali ini, semoga bertemu di ruangan yang seterusnya!