Kini, masyarakat di negara kita semakin terdedah dengan pelbagai pemikiran, budaya dan ekspresi diri termasuklah dalam fesyen. Himpunan idea dapat dilahirkan dalam mengembangkan cara berpakaian dan industri fesyen wanita dan perkara ini turut menerima tempiasnya dalam industri fesyen muslimah.

 

outlookaub.com

 

Tidak seperti dahulu, industri fesyen muslimah pada masa kini semakin berkembang maju dan mendapat penerimaan dari seluruh dunia sehingga mampu mempengaruhi penampilan menerusi pemakaian sesuatu hijab dan juga pakaian itu sendiri. Perlahan-lahan tetapi sudah pasti, kelak kita akan melihat lebih banyak gaya kesederhanaan muslimah di dunia fesyen arus perdana.

Terdapat ramai pereka muslimah telah tampil dengan pelbagai idea berani dan rekaan yang menarik khusus untuk fesyen ini dalam pertunjukan fesyen atau lebih dikenali dengan fashion show.

Dian Pelangi, Nealofar, Rina Salleh adalah di antara nama besar dalam dunia fesyen muslimah di peringkat antarabangsa.  Pertunjukan fesyen muslimah yang diadakan antaranya adalah seperti Modanisa London Modest 2017 yang berlangsung pada program London Muslim Lifestyle Show 2017 , April 2017 yang lalu telah mendapat sambutan yang sangat hangat dan luar biasa dari masyarakat penggemar fesyen di seluruh negara .  Disertai lebih dari 26 pereka fesyen muslimah dari seluruh negara dan yang membanggakan terdapat ramai pereka dan pengusaha fesyen Malaysia turut tidak ketinggalan menyertainya diantaranya adalah seperti Jubahsouq, Aidijuma, Liyana Ghaus, Fatin Suhana dan ramai lagi.

 

muslimlifestyleshow.com

 

muslimlifestyleshow.com

 

muslimlifestyleshow.com

 

Selain dari itu, terdapat pelbagai lagi pertunjukan fesyen khusus untuk muslimah telah berlangsung antaranya pertunjukan IMFDF Modest Fashion Event 2017 di Toronto, Kanada pada Ogos yang lalu. Tidak ketinggalan juga bagi pereka fesyen Muslimah Tanah Air, mereka turut memaparkan hasil rekaan mereka pada Kuala Lumpur Fashion Week 2017.Dan terbaru, akan berlangsungnya Tokyo Modest Fashion Show 2017 pada 21 sehingga 23 November ini di Jepun.

 

Dari apa yang kita dapat lihat sehingga kini, sedikit sebanyak gelombang fesyen muslimah kian bercambah dan berpengaruh di seluruh dunia, ia semakin diminati bukan hanya oleh kaum muslim sahaja malah diterima dengan baik dari pelbagai kaum sehinggakan jenama fesyen seperti Uniqlo, Mango, Tommy Hilfiger dan DKNY juga memasuki gelanggang itu.

 

Untuk menjadi cantik adalah merupakan harapan dan semestinya keinginan yang dikongsi oleh mana- mana wanita di dunia. Sudah tentu wanita Muslim turut memiliki perasaan yang sama tetapi ingin kekal menegaskan ajaran dan syariat Islam juga. Muslimah tidak cederung kepada penampakan badan mereka. Tetapi sebaliknya, lebih menumpukan menutup badan untuk melihatkan keindahan yang paling sesuai untuk diri mereka. Fesyen muslimah yang penuh kesederhanaan ini berjaya mendapat perhatian industri pakaian fesyen di dalam dan di luar negara.

 

muslimlifestyleshow.com