Alhamdulillah, semakin ramai yang menggunakan platform MyBaju untuk mencari berbagai jenis tempahan pakaian atau baju muslim dan muslimah.  Contoh pakaian adalah baju kurung traditional, baju kurung peplum, baju kurung pleated, jubah, muslimah dress, baju melayu cekak musang, baju melayu teluk belanga, tudung dan shawl.  Malah ada yang mencari tailor untuk jahit pukal dan baju tema sekeluarga.  Setiap hari, MyBaju dihujani dengan pertanyaan mengenai Tailor serta permohonan sebutharga secara online.  Alhamdulillah, tailor-tailor yang menjahit baju individu dan juga baju-baju jahit pukal mendapat tempahan dari pelanggan-pelanggan yang menggunakan platform MyBaju.

 

 

MyBaju ialah platform khas untuk pengguna-pengguna mencari tailor-tailor pilihan mereka.  Misi MyBaju ialah untuk mempermudahkan pengguna-pengguna dan tailor-tailor untuk berhubung dan jesteru itu dapat meningkatkan lagi taraf dan perkembangan industri  baju muslim dan muslimah tempatan dengan teknologi ICT.  Visi MyBaju pula ialah untuk menjadi peneraju  dan portal baju tempahan muslim dan muslimah pilihan no. 1 di Malaysia dan seluruh dunia.

 

Sejak setahun yang lalu, tailor-tailor telah dijemput untuk mendaftar dan memuat naik gambar-gambar rekabentuk baju atau produk mereka secara percuma.  MyBaju memberikan perkhidmatan dari segi menghubungkan pelanggan yang sudah bersetuju dengan syarat-syarat tempahan dengan tailor tertentu yang dipilih.  Pemilihan tailor bergantung sepenuhnya pada pelanggan, kerap kali pelanggan memilih tailor yang berhampiran dengan dirinya dari segi lokasi samada dari tempat kerja atau dari rumah.  Terdapat juga sebilangan pelanggan yang mengutamakan criteria lain seperti design baju atau kemahiran tertentu.  Setiap Tailor diberikan laman sendiri atau Tailor Page yang boleh di edit dan dikemas kini seberapa kerap yang tailor ingini.  Pelanggan-pelanggan boleh tertarik dengan gambar atau kandungan tertulis di laman tailor ini.  Oleh itu, laman tailor seharusnya memaparkan secara representative untuk perniagaan tailor, bermakna MyBaju menyarankan dan menggalakkan semua tailor untuk memuat naik dan menulis seelok-eloknya atau sejelas-jelasnya mengenai bisnes dan produkdan juga menulis seruan-seruan menarik.  Tailor juga tidak perlu segan-segan untuk menulis mengenai dirinya sebagai tailor kerana kedai yang besar-besar telah diasaskan oleh satu atau dua tailor sahaja pada mulanya dan menjadi besar dan sukses apabila tempahan semakin banyak diterima dan disiapkan.

 

pinterest.com

 

Laman Tailor di MyBaju adalah seumpama kedai atau sudut yang khusus untuk pengguna-pengguna mengenali siapakah tailor dan apakah kebolehan tailor.  Samada hanya menjahit baju individu atau keluarga sahaja, mahupun hanya menjahit atau biasa menjahit secara pukal sahaja untuk butik-butik online dan kedai butik, ataupun boleh menjahit kedua-dua baju individu dan pukal, maklumat ini adalah penting untuk pengguna tahu maka kriteria tersebut dipaparkan di laman tailor di dalam MyBaju.

 

Selain daripada itu, laman tailor mewakili perniagaan tailor dan menjadi seakan-akan kaunter informasi mengenai kepakaran dan perkhidmatan-perkhidmatan yang tailor tawarkan.  Dari itu, MyBaju telah memberi platform muat naik dan senaraikan produk secara online, di mana tailor boleh menyenaraikan produk-produk atau design-design yang berkaitan dengan perkhidmatan tailor tersebut, tanpa had bilangan produk.  Lebih banyak  bilangan gambar dan deskripsi produk-produk, lebih bagus demi mencerminkan keupayaan tailor atau perniagaan tailor.  Dengan erti kata lain, laman tailor yang kurang gambar dan kurang penjelasan terperinci tidak akan menggambarkan perniagaan atau reputasi tailor yang sebenarnya.

 

 

Alhamdulillah, kini semakin ramai tailor-tailor yang sudah memperkemaskan dan menambah senarai produk-produk beserta gambar-gambar yang sedap mata memandang dan menarik untuk dilihat oleh pengguna-pengguna MyBaju.

 

MyBaju secara amnya memaparkan senarai tailor-tailor mengikut kawasan ataupun senarai seluruh Malaysia secara am.  Setiap kedudukan nama tailor itu berdasarkan mata terkumpul apabila tailor upgrade pelan, atau memasukkan cover foto, muat naik foto-foto produk dan menulis deskripsi produk dan berbagai lagi informasi yang tailor masukkan ke dalam laman tailor.  Dengan ertikata lain, adalah amat penting untuk tailor menaikkan ranking atau kedudukan tailor sendiri di dalam senarai tailor-tailor di MyBaju dengan menambah lagi produk-produk dan gambar dan menulis lebih banyak lagi mengenai perkhidmatan atau mengenai perusahaan tailor termasuklah sejarah tailor, dasar ataupun promosi terkini produk-produk sebagai contohnya.  Kedudukan di dalam senarai dan ranking adalah amat penting kerana ranking yang lebih tinggi menarik lebih ramai pelanggan-pelanggan.

 

 

Selain daripada maklumat-maklumat mengenai tailor dan produk, cover photo atau gambar muka depan pada laman tailor juga adalah amat penting kerana ia menjadi pintu depan laman tailor yang mencerminkan perkhidmatan dan perasaan pada perniagaan tailor.  Sekiranya cover photo itu tidak melambangkan perniagaan atau reputasi tailor ataupun tidak menarik keinginan pengguna untuk klik dan lihat dengan lebih lanjut, tailor besar kemungkinan akan terlepas peluang tempahan dari pengguna-pengguna yang saban hari menggunakan portal MyBaju.  Oleh itu, design kreatif dan pemilihan gambar-gambar cover photo dan produk-produk adalah amat penting dan perlu di titik beratkan juga.

 

MyBaju menyenaraikan perbagai produk untuk ditempah dan kesemua produk ini adalah produk-produk yang telah disenaraikan atau diiklankan oleh tailor-tailor sendiri di laman masing-masing…atau dengan ertikata lain, MyBaju menyediakan platform di internet bagi tailor-tailor untuk mengiklankan perniagaan, brand dan produk-produk masing-masing.  Setiap tailor boleh menulis tentang promosi produk-produk atau servis di laman tailor untuk dipaparkan.

 

Kesemua yang disebutkan di atas adalah ciri-ciri Starter Plan, dan setiap tailor yang baru dan yang telah mendaftar dengan MyBaju memiliki Starter Plan dan ianya percuma.  Semua ahli Starter Plan tidak dibenarkan untuk menuliskan contact details atau pautan di dalam laman mereka samada nombor telefon, email, pautan laman web, social media dan sebagainya.  Di bawah Starter Plan yang percuma ini, MyBaju bertindak sebagai penghubung atau consultant di antara pengguna yang memohon sebutharga dari tailor yang dipilihnya. Sementara tempahan masih belum confirm, consultant di MyBaju tidak boleh beritahu contact details pada kedua-dua pengguna dan tailor.

 

Namun, apabila pelanggan sudah setuju untuk tempah dan pelanggan setuju untuk membayar deposit 20% dari jumlah tempahan, MyBaju akan benarkan kedua-dua pihak berhubung.

 

Deposit 20% tersebut adalah komisen kepada MyBaju kerana MyBaju telah memperkenalkan, memberi consultation, menghubungkan dan memantau progress tempahan itu. Selepas itu, kemungkinan pelanggan dan tailor akan bertemu untuk menghantar kain atau buat bayaran. MyBaju mewakili kedua belah pihak dalam perbincangan harga, kuantiti dan lain-lain, dan juga memantau pembuatan baju sehinggalah mendapatkan komen-komen atau feedback dari pelanggan.  Sekiranya komen-komen pelanggan positif, ia akan meningkatkan lagi keyakinan pengguna-pengguna terhadap tailor.

 

 

Perkhidmatan consultancy oleh MyBaju adalah percuma hanya jika tailor upgrade atau naik taraf ke GOLD PLAN.  Namun ia bergantung juga kepada kapasiti MyBaju di masa hadapan.  Di dalam GOLD PLAN, nama, nombor telefon, email, alamat akan dipaparkan dengan kemas di laman tailor.  Maklumat ini adalah dalam bentuk imej dan terlindung.

 

 

Design atau rekabentuk laman telah diperbaharui dan lebih kemas.  Ciri-ciri ini akan membolehkan pengguna-pengguna yang berminat untuk menempah berhubung secara terus dengan tailor!  Dengan nombor telefon juga, pengguna mungkin boleh berhubung menggunakan aplikasi Whatsapp dan menghantar pesanan teks jika ingin bertanya mengenai design atau harga dan sebagainya. Tailor boleh menetapkan maklumat manakah yang ingin dipaparkan, sesetengah tailor mungkin hanya ingin berurusan melalui email misalnya.  Perhubungan yang direct tanpa MyBaju consultation bermakna tiadalah perlu membayar komisen 20% lagi!

 

Akan tetapi, hanya dengan memaparkan nombor telefon mungkin tidak cukup untuk menggandakan bilangan pelanggan.  Ahli-ahli GOLD PLAN bakal mendapat consultation dari MyBaju mengenai kandungan laman tailor supaya dapat meningkatkan lagi ranking dan menarik di pandang oleh pengguna-pengguna.  Design cover page lebih menarik, pilihan photo produk dan susunannya serta deskripsi produk akan menjadi skop consultation oleh staf MyBaju yang mengetahui citarasa atau trend terkini dalam fashion dan grafik.

 

weforum.org

Bagaimana pula dengan bilangan pengguna yang melawati laman tailor?  Tidakkah bagus sekiranya tailor yang menjadi ahli GOLD PLAN mendapat maklumat tentang bilangan pelawat ke laman mereka?  Sudah tentu bagus kerana tailor boleh tahu status sekarang dan berusaha untuk meningkatkan prestasi laman tailor supaya lebih ramai pengguna ingin menempah darinya.  Oleh yang demikian, ahli-ahli GOLD PLAN akan dihubungi oleh MyBaju staf untuk berbincang mengenai users traffic ke laman tailor dan memulakan kempen meningkatkan prestasi.

 

Di samping itu, MyBaju juga akan memberikan komen terhadap tailor dan dipaparkan di laman tailor. Komen MyBaju akan berdasarkan perkara yang MyBaju tahu mengenai Tailor.  Komen dari MyBaju ini akan menimbulkan rasa lebih yakin pengguna-pengguna.

 

GOLD PLAN adalah satu kempen dengan matlamat untuk memajukan dan memaksimakan peluang untuk mendapatkan tempahan.  MyBaju akan memulakan kempen ini sejurus selepas tailor naik taraf ke GOLD PLAN dan kempen ialah selama setahun. MyBaju akan pastikan peningkatan dalam daya tarikan, relevan dan penampilan brand tailor.

 

Mari kita lihat semula penambahan ciri-ciri istimewa di dalam Gold Plan:

Starter Plan

  • Komisen MyBaju 20%
  • Laman Tailor & Pengurusan
  • Paparan Komen dari Pelanggan
  • Servis dan Kemahiran Tailor
  • Paparan Foto Utama (Cover Photo)
  • Paparan Foto Produk

 

Upgrade Gold Plan

Ciri-ciri istimewa Gold Plan…

  • Paparan Nama Tailor atau Jenama
  • Paparan Nombor Telefon Tailor
  • Paparan Alamat Tailor
  • Tiada Komisen MyBaju
  • Permohonan Sebutharga Terus Dari Pelanggan
  • Nama dan Nombor Telefon Pelanggan yang hantar borang permohonan
  • Paparan Komen dari MyBaju
  • Rundingan atas kunjungan pelawat ke laman tailor
  • Kedudukan lebih tinggi di dalam senarai Tailor

 

 

Cara untuk naik taraf?  Mudah sahaja, log masuk ke laman tailor anda dan klik Gold Plan banner yang tertera.  Anda akan dibawa ke laman Gold Plan.  Klik Get Started dan pilih bayaran bulanan atau tahunan.  Ikut arahan oleh Paypal dan buat pembayaran dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit.

 

Setelah pembayaran disahkan, serta-merta akaun tailor akan naik taraf ke Gold Plan.   Staf MyBaju akan hubungi tailor dalam masa 24 jam untuk consultation.

 

Oh ye, ingin juga kami ingatkan semua tailor bahawa promosi yuran  RM120 sebulan akan tutup pada 18hb Ogos 2017,  selepas itu akan jadi RM200 pula, jadi cepat-cepatlah naik taraf ke GOLD PLAN ye!  Kepada yang belum mendaftar sebagai Tailor, boleh daftar dulu bawah Starter Plan dan kemudian naik taraf ke Gold Plan. 

 

Selamat naik taraf ke GOLD PLAN dan selamat maju jaya!

 

 

>>Log Masuk ke Laman Tailor anda

>>Baca Laman GOLD PLAN

>>Call/Whatsapp MyBaju support: 012-330 8536