Pasti anda semua mempunyai seluar jeans yang menjadi kegemaran anda kan? Ia adalah satu-satunya jeans yang anda boleh memakainya berulang kali, tidak kiralah sama ada ketika anda dress up habis atau pakainya secara kasual dan ia tidak pernah mengecewakan anda! Tetapi saya juga yakin bahawa anda semua mencari alternatif lain untuk memakai seluar selain seluar jeans sekali-sekala.

 

justtrendygirls.com

 

Jadi, jika anda nak berehat daripada asyik memakai seluar jeans atau ingin menukar seluar kegemaran anda menjadi seluar yang lain, berikut adalah 10 jenis seluar berbeza yang boleh anda pakai untuk menggayakannya dengan gaya fesyen muslimah anda yang sentiasa tampil cantik dan bergaya. Dari seluar culotte bergaya ke seluar tailored klasik dan banyak lagi, scroll ke bawah untuk melihat 10 gaya seluar untuk mengemas kini fesyen pakaian muslimah anda.

 

Palazzo Pants

Seluar palazzo adalah seluar panjang wanita yang longgar dan sangat lebar serta kembang sehingga ke bahagian bawah. Seluar palazzo yang popular sebagai gaya untuk para wanita muslimah di Malaysia yang bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun kerana ia longgar dan cenderung menjadi menyanjung dalam cahaya, kain yang sesuai untuk cuaca panas. Silk crepe, jersey dan tekstil benang semulajadi yang lain adalah kain yang popular untuk design seluar palazzo ini. Terdapat banyak seluar palazzo dijual di kedai, butik dan juga di internet untuk anda dapatkannya.

 

leeyanarahman.com.my

 

beautynesia.id

 

Culotte Pants

Seluar culotte adalah seluar longgar yang kelihatan lebih seperti skirt ketika anda memakainya. Culottes menggambarkan skirt yang berpecah atau bercabang dua atau apa-apa pakaian yang digantung seperti skirt tetapi sebenarnya ia seluar. Skirt berbelah ini juga telah digunakan untuk memberikan wanita lebih banyak kebebasan dan kesenangan untuk melakukan aktiviti lain seperti berkebun, membersih, menunggang basikal dan sebagainya dan masih kelihatan seperti seseorang memakai skirt. Culottes secara rasminya menjadi seluar baru yang mesti dimiliki untuk para wanita dalam fesyen muslimah terkini. Seluar ini juga boleh dipakai secara formal ataupun kasual.

 

hijabenka.com

 

instagram.com

 

Drawstring High-waist Pants

Seluar high-waist drawstring adalah seluar yang direka tinggi atau di atas pinggang pemakai, biasanya sekurang-kurangnya 8 sentimeter atau 3 inci lebih tinggi daripada pusat. Seluar pinggang tinggi drawstring ini cenderung mempunyai tali di pinggang yang boleh ditarik ketat atau longgar untuk dipadankan sama dengan pinggang. Seluar panjang pinggang tinggi biasanya panjang 10 inci atau lebih panjang. Seluar ini juga telah dipakai oleh para wanita muslimah pada masa kini. Jadi, jika anda mahu tukar citarasa seluar anda daripada hanya memakai jeans, anda boleh dapatkan seluar ini di kedai pakaian ataupun di internet.

 

justtrendygirls.com

 

pinterest.com

 

Tailored Pants

Seluar tailored ini adalah seluar yang dijahit mengikut saiz kaki seseorang individu. Setiap orang mempunyai citarasa dan saiz kaki masing-masing. Jadi, jika anda ada masalah dalam mencari seluar yang betul-betul sesuai dengan anda, anda boleh membeli kain yang sesuai untuk dibuat seluar dan buat tempahan pada tukang jahit yang profesional dalam membuat seluar mengikut saiz kaki sendiri. Atau anda boleh membeli sahaja seluar yang ada dan alternya mengikut saiz anda. Ianya terpulang pada anda untuk mendapatkan seluar yang anda impikan.

 

withloveleena.com

 

withloveleena.com

 

Cargo Pants

Seluar kargo, kadang-kadang dipanggil seluar tempur kerana pada asalnya untuk tujuan ketenteraan, adalah seluar panjang dipotong yang direka bentuk untuk aktiviti lasak, luar dan reka bentuknya dibezakan oleh satu atau lebih poket kargo. Seluar kargo telah menjadi terkenal di kawasan bandar juga kerana mereka mudah untuk membawa barang semasa perjalanan dengan berjalan kaki. Seluar ini juga telah dipakai oleh para muslimah yang ingin berfesyen dan tampil berbeza apabila keluar berjalan.

 

pinterest.ph

 

pinterest.ph

 

Flared or Ruffled Pants

Seluar flared ruffled atau dikenali sebagai seluar bell bottom adalah gaya seluar yang menjadi lebih lebar dan kembang dari lutut ke bawah, membentuk seperti bentuk loceng di seluar. Sepasang seluar tenunan yang bercirikan seluar high-waist, tiada zip atau mempunyai zip yang tersembunyi. Seluar ini juga ada yang hanya kembang dibawah sahaja dan ada juga yang mempunyai ruffle sekali. Jika anda masih tidak mempunyai seluar ini, anda boleh dapatkannya sekarang.

 

leeyanarahman.com.my

 

instagram.com

 

Floral Pants

Seluar floral pula adalah seluar yang mempunyai corak dan semestinya ianya corak bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga yang berlainan corak dan juga warna yang anda boleh lihat dan dapatkannya. Tidak kira jenis seluar apapun ada yang mempunyai corak bunga bungaan. Antaranya ialah palazzo, culotte, bell bottom, high waist dan banyak lagi. Jadi, pada anda yang bosan asyik pakai seluar tanpa corak, anda boleh mula gayakan seluar floral ini.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Striped Pants

Seluar striped adalah seluar yang bercorak jalur dan mempunyai berlainan warna. Ada banyak jenis jalur yang anda boleh dapati di pasaran dan jalur yang popular pada masa kini ialah jalur-jalur menegak dan melintang. Seluar ini mempunyai jalur berulang-ulang yang selari dan ada juga yang mempunyai corak jalur yang berlainan dan berbeza dari banyak segi. Seperti seluar floral dan corak lain, seluar striped ini juga mempunyai jenis seluarnya, antaranya ialah palazzo, bell bottom atau flared, culotte, high-waist dan lain-lain seluar.

 

instagram.com

 

justtrendygirls.com

 

Track Pants

Seluar track adalah sejenis seluar kasual yang lembut untuk tujuan keselesaan atau bersukan, walaupun mereka kini dipakai dalam banyak situasi yang berbeza. Seluar track ini ada yang jenis untuk bergaya dengan gaya moden atau dikenali sebagai gaya fesyen sportwear dan ia telah menjadi seluar fesyen terkini. Seluar ini sering dibuat dari pelbagai bahan seperti velvet atau satin dan dalam banyak kombinasi atau corak warna. Satu ciri yang membezakan adalah bahawa seluar track fesyen biasanya tidak mempunyai getah elastik di pergelangan kaki dan seluar trak fesyen popular dengan jalurnya di bahagian tepi seluar.

 

muslimgirl.com

 

biutifa.com

 

Harem Pants

Seluar harem adalah seluar fit longgar yang diperbuat daripada kain lembut yang mempunyai cekak di pergelangan kaki atau buku lali dan biasanya dipakai oleh wanita. Seluar harem yang dipanggil asalnya diperkenalkan kepada fesyen Barat oleh para pereka seperti Paul Poiret sekitar 1910, walaupun mereka sendiri diilhami oleh gaya Timur Tengah dan daripada salvar iaitu seluar Turki. Jadi, jika anda nak bergaya dengan gaya baru dan tampil berfesyen, anda boleh memakai seluar ini ketika keluar berjalan dan sebagainya.

 

fashion.popbela.com

 

pinterest.com

 

Jadi, macam mana? Menarik kan? Saya harap anda semua terhibur dan moga artikel yang saya kongsikan pada anda ini dapat memberi idea untuk anda gayakan seluar yang berlainan dalam kehidupan harian. Baiklah, sampai disini sahaja artikel pada kali ini. Jumpa anda lagi pada artikel seterusnya. Dadaa~