Sememangnya, bagi wanita yang berkaca mata terkadang susah untuk mereka menggayakan tudung mahupun shawl.  Ada yang mudah kerana memiliki bentuk muka yang sesuai dengan berkaca mata.  Tetapi bagi mereka yang tidak sesuai pula bagaimana?   lainlah jika seorang wanita itu tidak memakai shawl atau tudung untuk berkaca mata.  Haa, itu pula mudah sahaja tau.  Oleh itu, di blog ini akan dikongsikan dengan anda semua stail hijab yang sesuai khas bagi wanita yang berkaca mata tau!  Tunggu dan baca ya semua.

 

Stail Tudung Pleated

 

Oh ya, untuk wanita yang tampil selalu berkaca mata semestinya mahukan kelainan untuk imej diri sendiri.  Apa kata cuba sahaja stail seperti tudung pleated ini.  Pasti akan membuatkan anda nampak sangat comel dan kemas.  Stail seperti ini amat simple dan tidak perlu melilit sebanyak mana pun.  Cuma letakkan sahaja tudung lebihan yang bawah itu menghala kebelakang.   Untuk bentuk muka yang agak oval dan bulat sangat sesuai tau stail tudung seperti ini. Kaca mata anda juga tidak terganggu dan terletak dengan kemas sahaja.

 

 

inspirasihijab.com

 

Ha, ini pula cara yang sedikit berlainan tau untuk wanita yang memiliki bentuk muka bulat dan berkaca mata.  Janganlah anda berfikir tiada apa yang sesuai untuk memakai hijab bagi mereka yang diibarat bermata empat. Huhuhu.

 

 

life.idntimes.com

Tadaa,  untuk yang ini pula lebihan shawl tersebut sengaja diletakkan diposisi bahu tepi.  Stail yang simple tetapi tetap bergaya ini sangat diikuti ramai dan popular.  Lelebih lagi bagi mereka yang berkaca mata tau.

 

Bagi mereka yang gemar memakai kaca mata sinaran lutsinar atau kaca mata gelap.  Anda haruslah memilih bingkai yang tidak terlalu tebal untuk mengenakan shawl dan tudung anda.  Oleh itu,  kaca mata yang berbingkai halus menjadi kebiasaan dipilih oleh wanita berhijab untuk sesi penggayaan.

 

duniahore.com

 

Stail seperti ini adalah dari jenis shawl yang dijadikan sebagai tudung.  Untuk awning dikepala, shawl yang panjang akan lipat dua dalam keadaan melintang untuk menjadikan shawl tersebut panjang dan mempunyai awning seperti tudung biasa.  Trend stail seperti ini juga boleh digayakan ketika hari raya menjelma nanti tau semua.

 

Stail Tudung Bawal

 

Untuk wanita yang memakai tudung bawal pasti terkadang rasa geram dan hilanng mood apabila memakai kaca mata.  Mana tidaknya, ada yang tudung nya sudah menjadi pelik dek kerana bentuk muka yang tidak sesuai dengan kaca mata lalu menyebabkan tudung mereka nampak tidak betul.  Nah, ni contoh stail yang dipakai oleh wanita yang memakai tudung bawal berserta kaca mata.

Stail yang moden sekarang ni tau!

 

 

ohfesyen.com

 

Haa, lawa nya cara wanita ni pakai tudung bawal.  Eh kenapa anda tidak mencuba dahulu sebelum tiada keyakinan diri?  Jenis pemakaian tudung bawal dan kaca mata, ada juga yang memakai tudung bawal dengan stail bersahaja.  Ianya ada yang tidak perlu pin.  Wah hebat betulkan stil trending sekarang ni.

 

 

pinterest.com

 

Haa, inilah yang dimaksudkan stail tudung bawal tanpa mengenakan sebarang pin atai jarum.  Jika anda tidak selera dan tudung asyik sahaja meleret.  Anda boleh sahaja meletakkan beberapa jarum untuk ketepatan posisi tudung.  Cantikkan!  stail seperti ini membuatkan seorang wanita itu kelihatan versatil dan anggun.

 

 

terbaek.net

 

i1os.com

 

 

Yang ini juga amat sesuai dengan cermin mata yang besar bagi wanita yang memakai tudung jenis bawal.  nampak sangat bershaja dan simple tetapi sangat cantik.  Anda tidak mahukah mencuba cara yang efektik untuk berfesyen dengan tudung bagi yang berkaca mata tu. Huhuhu belum cuba belum lagi tahu tau.

 

Stail shawl chiffon

 

Bagi wanita yang sangat dominan dengan shawl chiffon pasti tertanya – tanya stail yang mudah untuk shawl mereka nampak statik apabila memakai spec.  Ha, ada sahaja jalan penyelesaiannya tau semua.  Wanita yang mahukan kecantikan dan anggun haruslah berusaha untuk mencuba beberapa fesyen dan stail tudung dan shawl supaya tidak nampak pelik ketika memakai kaca mata.

 

 

celotehsaje.com

 

Inilah dia contoh stail yang trending bagi wanita yang memakai kaca mata ni tau.  Asalkan mematuhi syariat ianya boleh.  Bingkai kaca mata juga haruslah kecil dan leper untuk wanita yag memakai shawl chiffon ini.   Takut kembang pulakan. hahahaa

 

 

ohfesyen.com

 

Bercermin mata yang halus bingkainya amat sesuai dengan pemakain shawl chiffon.  Ini kerana shawl chiffon adalah shawl yang mudah untuk membentuk gayakan.   Stail bagi wnaita yang berkaca mata pula amatlah senang kerana tidak perlulah seserorang itu kengetatkan di posisi muka mereka bila memakai shawl  chiffon ini. huhuhuhu.

 

Penggayaan shawl chiffon ini boleh dibuat dari pelbagai cara lagi.  Wah cantiknya siwanita dalam gambar ni memakai.  Shawl ataupun tudung bawal ni ya?  Haa, ni dalah shawl chiffon tau.  Boleh digayakan dengan cara membuatkan awning di bahagian muka.  Untuk menutupi leher pula akan dikenakan dengan inner neck pula.  Haa cantikkan!

 

 

hudabanny.blogspot

 

Huh , hebat betul trendy untuk berkaca mata dalam stail shawl ni kan.  Semakin lama semakin banyak perubahan trend yang popular.  Anda haruslah mempunyai keberanian apabila mempergayakan stail tudung seperti ini tau.

 

Stail Turban 

 

Turban adalah asalnya dari kain tudung mahupun shawl untuk digayakan si pemberani wanita.  Stail turban sememangnya sangat popular.  Tidak cuma di Malaysia tetapi diluar negara juga sangat suka menggayakan turban.  Malah wanita yang memakai cermin mata juga kebanyakkan memilih memakai turban berbanding dengan yang lain.

 

wolipop.detik.com

 

Stail turban diatas ini adalah semi turban.  Haa, sangat sesuai untuk  memakai kaca mata.  Kebanyakan wanita yang mahu ke sesuatu majlis mahupun bersiar akan memilih stail turban seperti ini tau.  Stail seperti ini adalah menggunakan pin dibawah dagu dan yang lebihan sebelah dililitkan ke atas kepala membuatkan tudung tersebut seperti tuban.  Menyarungkan kaca mata juga tidak akan membuatkan turban anda berpetak mahupun pelik.

 

 

lazada.co

Ini pula adalah Instan Turban yang sangat sesuai apabila dipakai dengan kaca mata.  Boleh sahaja tau dipakai kaca mata yang berbingkai besar.  Haa, wanita yang memakai turban seperti ini pasti akan kelihatan lembut dan bersahaja.  Anda semua tidak mahukah mencuba sesuatu yang berlainan.  Cuma keberanian diri sahaja yang ada untuk menojolkan keperibadian menawan seseorang wanita itu.

 

 

bukalapak.com

 

Turban yang berlainan warna juga mampu dikombinasikan dengan spec yang gelap.  Alangkah penyayi antarabangsa Malaysia iaitu Yuna juga adalah seorang penggemar turban.  Jadinya apa salahnya wanita yang memakai kaca mata mengenakan kaca mata disamping memakai stail turban ini.  Sememangnya pasti menampakkan kelainan dan keserlahan dalam memakai turban ini kan.

 

Baiklah semua sampai disini sahaja coretan mengenai stail hijab bagi wanita yang brkaca mata.  Apa tunggu lagi wanita yang berkaca mata, ubahlah penampilan mu ke arah yang lebih menawan. Ingatlah , kuasa wanita adalah kuasa berfesyen! huhuhu. Jumpa lagi di blog seterusnya ya.  Selamat menunggu.