Hai para pembaca yang dikasihi.  Sudahkah anda semua mencari busana yang anggun untuk digayakan pada tahun 2018 ini?  Ya kita masih lagi di ambang tahun baharu.  Oleh itu, tentu banyak fesyen yang baharu juga ditunjukkan dan digayakan.  Fesyen zaman sekarang seperti baju kurung amatlah disukai ramai wanita diluarsana.  Tetapi, tidak kurang juga seangkatan dengan baju kurung iaitu Kebaya yang popular untuk wanita semua.  Ayuh membaca perkongsian saya dengan khusyuk. Hahahah , selamat membaca semua!

 

Kebaya Songket Moden

Siapa suka songket?  Pasti ramai yang menyukai songket kan?  Songket boleh dipelbagaikan cara berfesyen.  Ada yang membuat kain sarung untuk songket, baju kurung songket , selendang songket, dan lain-lain lagi.  Kebaya songket pun ada!  Kebaya songket sudah lama diwujudkan trendnya.  Tetapi ianya sangt memuncak populariti pada zaman teknologi ini.  Contoh yang boleh didapati :

 

shopprapp.com

 

Inilah kebaya moden songket yang popular.  Songket sememangnya adalah sesuatu perkara yang tradisional pada ketika dahulu.  Tetapi telah dimodenkan lalu baju yang dari kain songket menjadi pilihan ramai sehingga tertunggu-tunggu untuk menggayakannya pada hari raya.   Oleh kerana songket adalah kain yang sangat cantik dan anggun. Sipemakainya pasti akan kelihatan segak juga.

 

Ini pula adalah kebaya songket pendek yang moden.  Sangat menarik warnanya dan kain material yang jenis satin separa licin sangat memuaskan hati si pemakai.  Baju nya sahaja juga mempunyai corak embroidery yang halus.  Anda si wanita boleh menggayakannya ke tempat kerja  mahupun pergi kelas harian.

 

 dyana.com

 

 

trend-fashion.info

 

Wah! cantikkan.  Bermacam warna yang ada untuk kebaya moden yang bersongket ini.  Anda semua tidak mahukah mencuba lagi kebaya moden seperti ini. Sangat cantik dan menarik.

 

Kebaya labuh  

Lain daripada kebaya pendek yang moden.  Kebaya labuh juga menjadi fesyen yang diminati oleh ramai golongan wanita.  Tidak kira dari sudut umur semua.  Kebaya labuh sangat sesuai untuk dipakai ke majlis keramaian mahupun ke mana sahaja yang sesuai.   Jika mahu menempah baju kebaya labuh, pastikan anda menempah awal dari yang disangka.  Kerana pembuatan baju kebaya amatlah rumit sedikit bagi mereka yang menginginkannya.

 

pinterest.com

 

Wau, ada juga kebaya labuh songket ini.  Cantik dan halus sahaja seni jahitan sulam songket ini.  Untuk para ibu mengandung juga digalakkan memakai kebaya labuh ini.  Ada juga padanan kainnya bersama kain jenis songket.  Material untuk kebaya sememangnya selalu cotton atau pun Japanese silk .

 

 

maqillakualalumpur.com

 

Sungguh menakjubkan fesyen kebaya untuk wanita sekarang ni.  Sememangnya tradisi pakaian wanita adalah berasal dari kebaya labuh.  Jadinya tidak hairan lah jika kebaya menjadi trend terhangat untuk fesyen 2018.   Untuk wanita muslimah yang sangat menjaga uarat juga tidak perlu risau kerana kebaya labuh sangat mematuhi syariat tentang aurat.  Cuma diri kita sahaja yang perlu berani mencuba pakaian kebaya ini.  Tidak kira dimana pun majlis. Kebaya tetap menjadi pakaian yang dipakai ramai dan popular.

 

 

madamsurianie.blogspot

 

Kebaya Batik Popular

Batik adalah sesuatu pakaian dan rekaan yang tradisional untuk orang melayu.  Lebih yang memakainya adalah wanita.  Tetapi, batik juga boleh diguna pakai oleh selain dari melayu tau.  Walaupun ianya pakaian yang tradisional dan sudah lama diwujudkan,  Batik tetap kian popular sehingga zaman yang moden ini.  Salah satu rekaan yang klasik adalah kebaya batik.  Ha!  hebatkan kebaya batik, unik dan menawan apabila seseorang wanita memakainya.  Kebaya ditambah lagi dengan batik menunjukkan sifat kesantunan dan tatasusila seseorang.

 

modelbajuterbaru2018

 

Kebaya batik diatas ini selalunya dipakai oleh mereka yang mahu ke majlis perkahwinan.  Sungguh elegen apabila melihatnya.  Kebaya lace dengan kain berbatik menonjolkan sifat kewanitaan seseorang.  Untuk kebaya yang sepasang warna pula menyerlahkan lagi seseorang itu kepada penggemar kebaya jenis batik.  Huh! klasik sungguh jika seseorang tampil memakai pakaian batik ni kan.

 

habra.com

 

Ya! inilah dia kebaya batik yang sama corak diantara kain dan baju.  Kain bawah pulak jenis yang lipat depan membuatkan lagi seseorang seperti menyarung kain batik tradisional.  Klasiknya!  Agak-agak nya siapalah yang berani mengenakan pakaian tradisional yang kini menjadi popular ini kan.  Anda semua tidak mahukah mencubanya?  apa salahnya, hahaha berfesyen itu dapat memuaskan hati tau.

 

 

habra.com

 

Ini pula pakaian yang sama dengan kebaya merah diatas dan cuma warna sahaja yang lain.  Ha tengoklah, warna juga mempunyai pelbagai gaya dan corak tau. huhuhu.

 

Kebarung

 

Kebarung.  Singkatan bagi kebaya dan kurung.  Pakaian tradisional yang dari nenek moyang kita juga tau semua.  Kebarung sangat klasik dan versatil.   Ramai wanita yang sangat meminati kebarung.  Di pasaran juga harga untuk pakaian kebarung boleh mencecah harga yang tinggi tau. Huh! tapi memang sangat cantik.  Ditambah pula dengan songket pada kain yang untuk dibuat kebarung. Fuh!  lagi bertambah anggunlah jawabnya. hahahaha.

 

 

inhanna.com

 

 

inhanna.com

 

 

Kebaya songket diatas ini sedang hangat dipasaran tau.  Bagi wanita yang mahu menempah, dapatkan sekarang  tau sebelum terlambat. huhuhu .  Dunia fesyen ini kita kenalah menjadi deras.  Berfesyen ini boleh menjadi saingan untuk semua wanita. Ha, berfesyen lah sepuasnya. Hahaha.  Kebarung ini juga agak popular .

 

 

dyana.com

 

Kebarung diatas adalah jenis kain satin.  Satin adalah kain yang cantik dan loose apabila dipakai.  Banyak fesyen yang dibuat dari kain satin.  Jangan pula menganggap wanita didalam gambar adalah seorang model dan hanya dia sahaja yang cantik.  Tidak! bangkang lah peranggapan anda.  Sememangnya wanita semua dilahirkan cantik.  Huhuhu.  Lebih lagi apabila menggayakan busana yang disukai dan trend yang terkini.

 

 

bymadeeha.com

 

Apabila seseorang menggayakan kebarung, pasti yang melihatnya akan tertanya dimana siwanita ini membeli kerana kebarung membuatkan para wanita ini sangat berminat dan mahu memilikinya.  Jadinya ayuhlah kita bergaya dihari hari yang baru dengan busana kebarung ini tau.

 

Okaylah semua.  Itulah dia beberapa fesyen kebaya yang popular dan diingini ramai wanita.  Tak menang tangan tau para tailor menjahit tempahan kebaya.   Kecantikan, keselesaan dan keanggunan  adalah sesuatu rutin wajib bagi wanita.   Semoga berjumpa lagi artikel blog akan datang ya semua.  Salam dari saya!