Apabila bercuti atau bersiar-siar,  setiap diri wanita pasti berasa malas hendak berdandan atau berfesyen seperti selalu.  Mereka selalunya suka perkara yang mudah tetapi disisi lain mahu kelihatan sentiasa cantik sahaja.  Tapi apakah fesyen yang sesuai dan sering menjadi ikutan wanita yang mahukan fesyen mudah tetapi sentiasa anggun?  Ha! jum kita menelaah perlahan lahan untuk mendapatkan cara fesyen yang simple tapi nampak anggun sentiasa!

 

Untuk wanita yang sukakan aktiviti pengembaraan, mereka semestinya akan memilih pakian seperti t-shirt, jeans dan tudung yang paling simple contohnya tudung syria.  Ha tinggal sarung saja tudung jenis syria ni. hahaha.  Tetapi macam mana mahu kelihatan cantik walaupun pemakaian yang biasa-biasa?

 

bacaterus.net

 

Ha, inilah salah satu fesyen yang simple untuk kemana-mana sahaja.  Bercuti juga boleh memakai fesyen seperti ni.  Mudah dan simple tetapi sentiasa cantik apabila menggayakannya.  Besertakan dengan kasut yang bersepatu leper  serta aksesori lain seperti kaca mata hitam, tudung bawal dan juga rantai akan menyerlahkan lagi diri anda untuk berfesyen yang simple.

 

 

3id.co

 

Ini pula bagi mereka yang ingin mengenakan cardigan untuk pengembaraan mereka.  Para wanita juga boleh memakai fesyen seperti itu kerana nampak simple dan bersahaja.  Kasut putih sememangnya menyerlahkan lagi diri anda.  Tambahan pula seluar jeans putin akan membuatkan anda tampak lebih mempesona dan menarik.  Huhuhu, kombinasi warna fesyen juga amat penting tau awak semua.

 

hyzab.blogspot.my

 

Fesyen ini juga bleh digayakan oleh wanita yang mahukan simple.  Walaupun fesyen ini mudah tetapi amat bergaya sekali apabila bersesuaian dengan kombinasi warna.  Jika baju dan seluar sudah berwarna seakan malap, tudung haruslah dipakai dengan warna yang agak cerah untuk tonjolan keserlahan fesyen tersebut.  Bergayakan!  memang sesuai untuk bercuti.  Tetapi jangan lah dipakai untuk kekerja dan ke kelas, kerana tidak bersesuaian.

 

 

gambarbusanamuslim.com

 

Jika anda mahu ke pejabat tetapi malas mahu berfesyen keterlaluan.  Ha cuba sahaja fesyen casual seperti diatas.  Simple tetapi elegen itulah yang para wanita suka untuk bergaya.  Seluar palazo juga adalah seluar yang simple untuk dipakai oleh wanita ke pejabat tau.

 

wanista.com

 

Contoh diatas adalah pakaian simple yang menarik untuk wanita bekerjaya.  Walaupun simple, kepesonaan untuk wanita ketika ke pejabat sentiasa menjadi keutamaan.   Kebiasaannya warna yang sesuai untuk wanita ke pejabatadalah speti kecerahan atau sedikit malap. Bergaya yang tidak keterlaluan itu menjadikan diri wanita nampak menawan dan lembut.

 

ohfesyen.com

 

Tudia,  anggun betul apabila pakaian dan fesyen yang simple digayakan ketika ke pejabat.  Apabila memakai baju dan seluar yang agak cerah, tudung haruslah berwarna gelap untuk menampakkan kecerahan wajah dan juga keserasian berfesyen.   Mahukah anda meniru fesyen yang serba minimalis untuk ke sesuatu yang dituju?  Ha ini dia!

 

pinterest.se

 

Blouse yang berwarna putih semestinya wajib untuk dimiliki oleh setiap wanita.  Dengan padanan warna seluar yang gelap dan aksesori lain seperti bag dan rantai sangat menyerikan diri kerana tampak anggun.  Jenis kasut juga haruslah di pilih dengan baik supaya tidak kelihatan simple dan biasa.

 

withloveleena.com

 

Bagi wanita yang mahu ke majlis keramaian. Mereka terkadang mahukan outfit yang simple tetapi mahukan keanggunan yang kekal untuk berfesyen.  Wahh macam mana tu?

 

hijabtuts.com

 

Haa. ini lah dia kalau wanita mahu mengenakan outfit yang agak versatil walaupun simple.   ‘Simple make perfect’ untuk moto bagi diri wanita. Hahaha.  Dress juga boleh mengubah penampilan seseorang menjadi cantik walaupun jenis pakaian nya sangat mudah.  Gabungan dengan bag yang leper serta jaket yang berlainan warna membuatkan seseorang itu nampak anggun sahaja kan.

 

 

pinterest.com

 

Untuk gabungan beg yang terkini pula tentu banyak jenis beg yang menjadi pilihan para wanita.  Nampak simple tetapi tetap kekal dengan penggayaan yang moden dan cantik.

 

beautynesia.id

 

 

Bagi mereka yang inin mengenakan fesyen berskirt.  Jangan lah berasa gusar mahupun tidak yakin.  Fesyen berskirt mampu membuatkan anda kelihatan menawan dan sopan. Yaa siapa saja tidak mahu sopan kan apabila berfesyen. hahaha. Contoh seperti fesyen ini.

 

 

pesonahijab.net

 

Amboi, lawa betul model diatas ni mengenakan fesyen simple serta skirt pilihannya.  Anda semua tidak ingin ke mencubanya?  Sangat loose cara berfesyennya.  Cumalah anda juga bertukar citarasa untuk berfesyen simple tetapi nampak anggun sentiasa.

 

 

qlapa.com

 

Ini pula dipadankan dengan boots tinggi tau. Keserlahan yang ditonjolkan oleh skirt merah akan menunjukkan wanita itu nampak mempesonakan.  Baiklah sampai disini sahaja perkongsian untuk Outfit yang simple.  Mencuba akan memuaskan hati.  Setiap fesyen pasti akan mempunyai perkara tersendiri.  Bagaimana dengan anda wahai wanita semua? Jadikan sesuatu perkara itu mudah dan tidak memberatkan anda.  Berfesyenlah selagi mampu.  Berjumpa lagi di artikel seterusnya ya!  daaaa.