Hai semua pembaca.  Bertemu lagi kita di blog yang dinantikan.  Musim sekarang yang masih lagi di ambang tahun baru pasti akan mencari fesyen yang baru juga untuk dipakai.  Selain itu, anda semua mestilah juga merancang pakaian apa yang mahu dipakai untuk  hari raya pada tahun 2018 kan.  Huhuhu biar awal merancang kerana cepat merancang senang mengatur.  Okay semua, di blog ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan pilihan fesyen bercorak terkini ditahun 2018.  Selamat menelaah ya!

 

Baju Kurung Moden Bercorak 

 

Untuk hari raya yang akan datang sudah kan anda semua mempunyai rencana memakai busana apa ? Huhu semestinya wanita yang merancang terlebih dahulu untuk perkara yang penting ini.  Untuk hari raya ini sudah tentulah kita akan memakai pakaian kurung.  Salah satunya adalah  pakaian kurung bercorak.  Fesyen yang bercorak sangatlah popular untuk digayakan dimasa kini.

 

wanitahijab.com

 

Baju kurung yang mempunyai corak lace yang simple ini sangat digemari oleh para wanita sekarang ni tau!  apakata tahun ini anda semua mencubakan fesyen yang terbaru ini.  Sememangnya sangat cantik dan elegen.

 

 

bajukurungmoden321.blogspot.my

 

Baju kurung seperti diatas ini pula seperti kebaya moden. Tetapi ia masih dikatakan kurung moden.  Corak yang cuma dibahagian bawah baju dan dihujung lengan  membuatkan baju kurung tersebut nampak mahal dengan aksesori corak daripada manik.  Pasti meletup punya jika wanita semua menggayakannya.  Kain yang kelihatan sedikit kembang dibawah ini menampakkan si pemakai kelihatan tinggi dan langsing.

 

 

dyana.com.my

 

Baju kurung seperti diatas ini pula sangat menarik coraknya.  Bugaan yang kecil dan ade sedikit corak yang direkakan di hujung pergelangan membuatkan baju kurung itu kelihatan femini.  Wah! sangat ideal betul rekaan baju kurung moden 2018 ini.  Anda semua patut mencuba menggayakannya.  Bagi suami dan lelaki boleh juga menghadiahkan pasangan ada dengan rekaan baju kurung moden ini.  Pasti mereka suka.  Kerana wanita amatlah menyukai fesyen bercorak.

 

Kemeja dan Blouse Bercorak 

 

Untuk fesyen  terkini yang popular,  kemeja bercorak juga menjadi ikutan ramai sehingga sangat popular di tahun 2018.  Ada yang mengatakan kemeja bercorak ini adalah fesyen lapuk ditelan zaman dan mengistilahkan cuma warga tua sahaja yang memakainya.  Nah! sekarang ini jangan terkejut ya semua. Kemeja bercoraklah yang semakin popular sehingga tular menjadi kemeja bercorak yang terhangat.

 

fashionsmodern.com

 

Ha! cantik betul kemeja dihiasi corak yang nampak bersahaja.  Para lelaki sememangnya boleh memakai kemeja bercorak ini.  Tidak kira kemana pun pergi.  Ia nya umum amat sesuai untuk digayakan.

 

Jaket berbunga juga boleh digayakan oleh para lelaki ketika ke pejabat mahupun hadir jamuan makan malam.  Oleh hal demikian, pastilah ada jaket bercorak yang menarik untuk dipakai.  Kebiasaannya padanan kemeja didalam jaket adalah warna putih atau berwana kecerahan.  Cuma berani dengan tidak sahajalah diri kita ni kan. Huhuhu.

 

 

bm.cari.com.

 

Unik sungguh jaket bercorak ini.  wahh! memang berlainan dah fesyen zaman moden ini kan.  Apakata anda mencubanya.  Pasti akan kelihatan berlainan. Huhuhu.  Tetapi bukan cuma lelaki sahaja yang mempunyai fesyen kemeja bercorak.  Malah perempuan juga ada fesyen blouse bercorak. Haa trend yang kian popular tau pada tahun ni.  Nampak sangat feminin.

 

 

batikkerisonline.co

 

Nah! Ini lah gaya blouse bercorak batik ini.  Tahukah anda orang cina juga memakainya di hari perayaan tahun baru juga?  Ha semestinya mereka menggayakannya.  Blouse bercorak ini sangat menarik lebih lagi berwarna merah.  Sangat sesuai dipakai ke majlis keramaian mahupun ke pejabat.  Amatlah kasual.

Termasuklah fesyen kemeja wanita yang labuh ini.  Apabila mencubanya pasti berpuas hati.  Sesuai untuk golongan muslimah yang mementingkan aurat mereka.

elevenia.co

 

Ha ! Menarik kan.  Untuk wanita muslimah mereka sangat sesuai dengan fesyen ini.  Nampak sangat menawan.  Malah sesuai bagi mereka berbadan berisi mahupun kurus.  Huhuhu. Cubalah seperti ini, pasti sangat bergaya dan berlainan.

 

Skirt Bercorak 

 

Asyik sahaja dengan fesyen berseluar.  Tidak mahu mencuba fesyen berskirt pula?  rasa tidak yakin ke?  hehehe cuba sahajalah.  Kerana fesyen skirt ini sememangnya sangat popular dan menjadi ikutan ramai.  Skirt dari kosong dan seterusnya berbunga-bunga amatlah dipilih oleh para wanita dari sebaris umur yang umur sehingga dewasa.

 

 

akma81.blogspot

 

Skirt dengan corak berbunga kecil ini sangat sesuai apabila digayakan dengan baju yang kosong dan polos.  Kerana apabila skirt sudah dipenuhi corak, sangat lah sulit untuk fikir apa pakaian yg ingin dipakai.  Jadinya seperti blaus polos dan simple adalah paling sesuai untuk dipadankan.

 

aliexpress.com

 

Bagi mereka yang mahukan skirt separas lutut,  fesyen skirt seperti ini yang dicari dan terhangat dipasaran.  Mana tidaknya, alis corak yang simple dengan ton warna yang sekata sangat menarik hati sesuapa sahaja yang inginkannya.

 

Shawl Feminin 

 

Seringkali melihat para wanita muslimah suka dengan fesyen shawl yang nampak bercorak tetapi simple.  Ada juga sampai menempah rekaan sendiri. wahhh! maju betul fesyen shawl sekarang ni.  Semua peniaga berlumba-lumba untuk memuaskan hati wanita yang suka dengan fesyen shawl.  Bagaimana pula dengan anda diluarsana?  sudah jumpa shawl yang menarik hati?  Ha! apa tunggu lagi.  Hari raya semakin dekat jadinya dapatkan cepat shawl pilihan anda. Ikuti lah trend terkini seperti shawl bercorak.

 

razfira.blogspot.my

 

Wau! cantiknya shawl kekuningan emas tu.  Anda semua tidak mahu mencuba?  jangan tidak menggunakan masa yang ada untuk berfesyen wahai wanita.  Rugi juga nanti. hahaha.  Cubalah mencantikkan diri dengan penggayaan shawl untuk wanita muslimah.  Pasti akan nampak lebih menawan.

 

 

kekaboo.my

 

Selain dari shawl yang boleh digayakan dengan kreatif.  Trend yang memuncak ini dikatakan popular oleh tudung bawal bercorak ini.  Keselesaan tudung bawal ini sangatlah disukai para wanita yang dari kelompok bekerjaya dan juga surirumah.  Pelajar juga ada yang memakainya ke kelas harian.  Corak yang berselang seli itu sangat cantik dengan dihiasi sebentuk pin ketika menggayakannya.  Aihh! makin popular fesyen zaman kemajuan ini. Anda juga perlu mencuba fesyen terbaru kini.  Kerana fesyen adalah selamanya.

 

Okay. itulah dia beberapa perkongsian yang saya tunjukkan.  Ha! Menarik kan.  Fesyen adalah sesuatu hal paling penting untuk wanita dan lelaki.  Imej diri juga sangat mementingkan fesyen.  Kerana itulah fesyen akan kian popular dari aspek baju, tudung dan selainnya lagi.  Baiklah anda semua , nantikan saya di blog seterusnya. heheheh.  Selamat maju jaya dalam fesyen!