Hai semua.  Tahukan anda fesyen yang diwujudkan itu akan lain dari yang lain pada setiap tahun dan masa.  Fesyen tidak kira dari aspek wanita mahupun lelaki mempunyai banyak daya tarikan tersendiri.  Jadinya, tidak pelik apabila semakin lama fesyen akan menjadi perkara yang sangat penting untuk semua orang.  Oleh itu, di blog ini akan dilampirkan untuk para pembaca semua tentang  Best fesyen baju popular 2018 ini.  Untuk anda semua Selamat membaca ya semua!

 

Okay, perkara yang pertama sekali ialah fesyen yang ada di Malaysia ini  semakin hari sangat berkembang maju.  Tidak kira dari segi rekaan mahupun kualiti dan cantik, fesyen dari yang lapuk sehingga ke hari ini amatlah diminati oleh para wanita dari kalangan remaja sehingga dewasa dan juga tidak kurangnya lelaki.  Wau! mesti banyak fesyen yang terhangat pada waktu sekarang ini.

Kebaya Saloma Moden

cikpuangojes.com

 

Ya, inilah fesyen baju popular pada 2018 ini !  Ramai tahu yang mencari fesyen baju kebaya ini.  Ala- ala saloma zaman dulu-dulu.  Huhuhu cantik betul baju kebaya tu.  Ianya sangat sesuai untuk dipakai pada Hari Raya tahun ini.  Ha cuba dapatkan segera fesyen baju kebaya ni.  Sangat simple tetapi sangat menakjubkan.  Wanita yang diluar sana pasti akan berebut mendapatkan baju kebaya saloma ini.  Kain yang berlipat depan akan membuatkan sesorang itu nampak santu dan cantik.  Apa tunggu lagi.  Dapatkan cepat rekaan baju ini sekarang!  Anda pasti puas hati.

 

 

cikpuangojes.com

 

Ha ini pula selain dari warna peach diatas sana.  Warna coklat juga mempunyai kegemaran untuk wanita ya semua!  kerana warna tersebut sangat menarik hati.  Eah! pasti menawan apabila si perempuan memakainya. Huhuhu.  Apa yang ditunggu lagi semua wanita? Ayuh dapatkan koleksi fesyen baju kebaya saloma boom boom ini.

 

Fesyen Kasual Dan Santai

 

Bagi Hijabista sekarang pasti ramai yang menggayakan fesyen yang loose dan santai tetapi nampak feminin.  Ya, untuk zaman sekarang yang popular dengan imej fesyen masing-masing adalah seperti gambar dibawah ini.

 

 

beautynesia.id

 

Nah!  simple dan cantik memang sebati dalam diri wanita.  Anda diluar sana haruslah berani menggayakan apa- apa fesyen yang popular sekarang ini.  Ambillah pembaharuan dalam fesyen sekarang yang popular.

 

 

Stail Tuck-In 

 

 

modelmuslims.com

 

Untuk wanita yang sangat menggemari penggayaan tuck in ini sangat sesuai apabila memadan kan fesyen seperti dalam gambar.   Fesyen tuck in ini sangat sesuai untuk ke pejabat dan juga ke kelas harian.   Malah fesyen tuck-in ini boleh digayakan dengan skirt labuh tau.  Memang sangat cantik.

 

 

pinterest.com

 

Aduhai! lawa sungguh fesyen moden sekarang ni ya.  Tuck in yang telah ada dari zaman dahulu lagi kini di perkenalkan semula oleh generasi  baru, lalu menjadi sangat cantik. Huhuhu! jika anda semua mahukan fesyen feminin ini.  Cuba lah, pasti puas hati.  Imej yang santai tetapi menawan sangatlah digilai oleh ramai kaum wanita.

 

Padanan Jaket Denim

 

Mesti ramai sangkakan untuk mengenakan fesyen jaket ini adalah untuk ke pejabat sahaja.  Ya ke ni?

Semestinya lah ada sahaja yang menggenakan fesyen seperti jaket ini ketika bersiar-siar dan ke kelas.  Huhuhu, zaman sekarang ini sangatlah maju deras mengenai fesyen.  Apa salahnya jika anda menggenakan sut berjaket.  Lebih nampak ranggi dan eksklusif.

 

bukalapak.com

 

 

Padanan jaket denim sudah menjadi stail yang sangat popular untuk hijabister.  Selalunya jaket denim sesuai untuk para lelaki sahaja.   Ha! sekarang ni perempuan juga sudah menggayakan juga tau.  Huhuhu.  Jaket denim akan membuatkan para wanita nampak unggul dan santai.  Pelbagai seluar juga dapat dipadankan.

 

miamiamine.com

 

Ha! cantik kan.  Nampak ranggi dan moden.  Walaupun fesyen jaket denim ini sudah lama di fesyenkan  dan nampak lapuk tetapi wanita pada zaman maju ini sangat kreatif apabila menggayakan jaket denim.  Cantik !

 

Jaket Denim juga sangatlah sesuai untuk para lelaki memakainya.  Penggayaan Jaket denim ini agak santai dan bersahaja.  Fesyen denim ini juga boleh membuatkan si lelaki nampak macho.

 

 

 

zara.com

 

Malahan selain daripada dijadikan jaket, Denim juga  ada rekaan yang dijadikan sebagai kemeja.  Wah! pelbagai rekaan menarik untuk berfesyen. Lelaki dan Perempuan semuanya sangat sesuai untuk bergaya dengan denim ini.

 

 

zara.com

 

Haa.  Selepas ini apakata tampilkan diri anda dengan fesyen denim.  Walaupun sudah lapuk ditelan zaman, tetapi fesyen ini di keluarkan semua atas gayaan lelaki dan perempuan diwaktu kini.  Malah sangat popular!

 

Jumpsuit

 

Fesyen Jumpsuit ini sangatlah diminati ramai sebenarnya.  Tetapi tiada keberanian dalam memakainya.  Apa kata anda cuba dahulu fesyen Jumpsuit ini. pasti sangat berlainan.   Huhuhu!

 

dhgate.com

 

Jumpsuit juga ada pelbagai jenis fesyen tersendiri tau.  Boleh juga digayakan dengan jaket labuh.  Wau nampak sangat menarik.  Selepas ini pasti ramai juga yang menggayakan fesyen jumpsuit.  Fesyen ini juga boleh digayakan ketika ke pejabat ya wanita semua.  Kelas harian juga sangat sesuai.

 

 

simplycovered.blogspot

 

 

aliexpress.com

 

Bagi anda yang meminati fesyen denim jumpsuit pula. Jangan segan untuk menggayakannya. Ianya nampak sangat simple dan santai. denim jumpsuit ini sangat sesuai tau kalau untuk ke pantai dan bersiar-siar.  Cuma diri sendiri sahaja yang mahu atau tidak untuk menggayakannya. hehehe.

Okaylah . Kita sudah di penghujung blog.  Semoga perkongsian ini berguna dan menceriakan hari anda. Jangan lupa ya semua, Fesyen ibu sangat istimewa. Hehehe!  Semoga berjumpa lagi di episod blog seterusnya.  Bye!