Hai semua!  berjumpa lagi kita di episod baru.  Sudahkah anda menempah pakaian baru anda untuk kelihatan cantik?  Jika tidak marilah mencari tailor anda di my-baju.net .  Terdapat banyak tukang jahit yang sangat berpengalaman tau.  Okaylah anda semua,  Ditahun 2018 ini, apa-apa sahaja semuanya baru.  Baik dari segi barangan, fesyen dan termasuk jugalah baju kurung terkini yang semakin ligat dan hangat corak dan rekaannya.  Mahu tahu lebih lanjut?  Okay teruskan membaca ya!

 

Salah satu design yang terbaru popular adalah baju kurung moden.  Mesti ramai tahu bahawa baju kurung moden ini sangat banyak rekaan yang cantik.  Tetapi sudahkah anda mempunyainya.  Apa yang ditunggu lagi.  Ayuh dapatkannya sebelum ketinggalan!

 

dyana.com.my

 

Wau, menyerlah sungguh rekaan terbaru ini kan.  Kain dan baju yang mempunyai padanan yang sangat sesuai kerana coraknya juga amatlah simple tetapi menarik.

Untuk sambutan raya tahun 2018 juga sangat bagus.  Baju seperti ini membuatkan kain tidak nampak jarang dan selesa dipakai.

 

wanitahijab.com

 

Baju kurung ini seperti kebaya pendek tetapi boleh juga dipanggil kurung pendek.  Rekaan yang simple ini membuatkan baju kelihatan mewah apabila memakainya.  Cantikkan loose baju ini.  Sangat popular untuk fesyen yang terkini.  Untuk wanita yang menginginkan kurung songket satin.  Tentulah ada fesyen tersebut.

 

caryazara.com

 

Kain yang senang digosok adalah salah satu kemudahan yang disukai oleh semua wanita.  Jadinya, dapatkanlah fesyen terkini untuk anda semua yang sangat mengimpikan gayaan yang terbaru untuk raya akan datang.  Huhuhu.  Lace yang lain juga ada dari seri rekaan yang berlainan tau!

 

 

shopperboard.com

 

Lace sememangnya popular daripada dahulu lagi tau.  Permintaan para wanita yang menginginkan lace ini sangat lah tinggi.  Tiap tahun raya pasti ada sahaja yang memakai kurung lace.  Kain lace mempunyai banyak fesyen dari aspek pelbagai baju.  Huhuhu. Sangat best tau kain ini.

 

 

wanitahijab.com

 

 

Anda tahu ke selain lace yang satin dan lace biasa?  Haa, fesyen terkini juga ada seperti lace embroidery.  Fesyen yang sangat popular.  Corak jenis embroidery ini ada dari kalangan bag, seluar dan tudung.  Untuk baju kurung juga ada.

 

 

 

11street.my

 

Tu dia fesyen baju kurung lace embroidery.  Sangat versatil.   Tidak cuma untuk raya sahaja yang boleh dipakai, tetapi untuk ke tempat kerja juga sangat digalakkan.  Pasti sekali memakainya tidak mahu tanggalkan lagi. Hahaha.

Seterusnya,

Adakah anda berminat dengan satin?  Kain yang licin dan berkilat yang menawan dan anggun apabila memakainya.  Satin adalah fabrik yang diminati ramai ketika musim raya menjelma.  Terdapat banyak bahagian yang dibuat dari kain satin.  Seperti baju kurung juga, fesyen baju kurung yang popular juga termasuk dalam diperbuat dari kain satin.

 

 

zalora.com.my

 

Ha! ni lah satin kurung yang popular untuk trend terkini tau semua.  Sangat cantik dan bergaya.  Corak bungaan pula sangat menarik. huhuhu anda tidak mahu ke mencuba pakai baju tren yang meletop macam ni.  Selain itu, ada juga yang coraknya seperti embroidery atau sulam. Huhuhu hebatnya tukang jahit zaman kini yang sangat kreatif dalam rekaan baju kurung.

 

pearlharbour.com

 

Menarikkan?  Sesuai jika mhu digayakan ke kelas harian mahupun ke temat kerja. huhuhu.  Trend terkini semuanya sangat cantik dan menawan.  Anda cubalah untuk menggayakan sesuatu yang nampak berlainan dan anggun.

 

Baju kurung pleated adalah kurung yang mempunyai lining berulang pada baju kurung.  Nampak susah digosok bagi orang yang tidak meminatinya. Tetapi  rekaan tersebut sangat dimajukan dan terhangat untuk dipasaran.  Wahh! cantik betul nampak gayakan baju pleated ini. Huhuhu!  Pasti ramai yang menempah dan membeli rekaan pleated ini.

 

caryazara.com

 

Tadaa,  baju kurung pleated yang menjadi trend terkini.  Anda semua bagaimana?  jangan ditunggu lama nanti menyesal kerana tidak dapat memakai baju pleated ini.  Warna yang loose dan kain lembut inu amatlah selesa apabila dipakai.  Cuba lah sesekali wanita semua memadankan pakaian ini kelak.  Pasti wajah ceria saja selalu.  Keselesaan dan kecantikan itu adalah moto penting bagi setiap wanita.

 

pixtame.com

 

wau,  ini pula adalah pleated yang dicampur dengan fesyen bunga-bunga soft color.  sangat cantik apabila fesyen tersebut digabungkan menjadi satu.  Material untuk pleated selalunya adalah chiffon ye semua.  Agak mudah digosok dan sangan senang digayakan.   Jenis kain yang sesuai pula adalah sejenis kain yang dipangil kembang duyung.  Ala-ala pengantin gitu tau! hehehe.

 

 

pixtame.com

  Ini pula adalah fesyen pleated bertingkat.  Jenis feysen seperti ini banyak digunakan dalam baju pengantin supaya nampak berseri dan menawan.  Tetapi apa salahnya digunakan dalam baju kurung moden yang berpleated.  Memang menakjubkan betul.  Sekali pakai pasti sangat menawan tau semua.  Tidak mahukah anda wahai wanita mencuba perkara baru untuk berfesyen.  Ingat lah feysen itu selamanya berseri.  Huhuhu!

 

Mahu lagi melihat fesyen kurung yang lagi menarik?  Ya, sudah tentulah ada.  Seperti yang anda semua tahu sememangnya baju kurung sangat banyak fesyen dan bahagian tersendiri.  Nah! ini lah salah satu yang lain.

 

 

putrisbelle.com

 

Haa, cantikkan gaya baju kurung saree ini.   Terasa ala-ala bollywood apabila memakainya nanti.  Trend sekarang ini amat dahsyat dengan pelbagai jenis baju kurung yang menarik dan anggun.

 

 

feedram.club

 

Untuk baju kurung saree ini.  Semestinya terdapat baju wanita dan juga saiz kecil untuk kanak-kanak.  Memang sangat padan dan cantik tau semua.  Saya juga tergugat apabila melihat fesyen yang meletup sekarang ni.  Sangat menawan hati.  Apalagi, cubalah dengan cepat mendapatkan baju kurung eksklusif ini.

 

Baklah semua, kita telah tiba dipenghujung blog.  Sampai disini sahaja perkongsian baju kurung rekaan yang boom sekarang ni. Hehehe! Ingatlah, kecantikan dan berfesyen itu tidak selalunya sama, semakin lama semakin dahsyat feyen cantik baju kurung yang ada.  Semoga anda semua dapat memiliki pakaian kurung yang terbaru dan menawan hati. Bye!