Kaum Iban, seperti apa yang kita tahu , kaum iban adalah kaum yang tinggal di negeri Sarawak. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah – rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan

Setiap negeri ada baju traditional. Tak kurang juga dengan negeri enggang iaitu Sarawak. Ada sesiapa belum pernah pergi sarawak? Kalau belum , dah boleh plan dah dari sekarang. Heheh..

Pakaian tradisional lelaki Iban dipanggil ‘Baju Burung’ manakala pakaian tradisional wanita pula dipanggil ‘Ngepan Iban’.

 

 rimbunanrantingsarawak.weebly.com

 

Sirat

ikanlundu.com

Sirat ini senang di sebut sebagai ‘ kain cawat ‘ seperti mana orang semenanjung mudah fahami. Sesetengah kain sirat ini pada bahagian hujung kainnya dihiasi bulu bulu, manik manik atau juga kulit siput untuk menampak kan lebih cantik. Disamping itu juga ianya dihiasi sulaman dan tenunan yang begitu unik.

 

Ketapu

 

twinangelsgetaway.blogspot.my

Ketapu iPostni adalah sebuah topi yang dipakai di atas kepala , selalunya dipakai oleh kaum iban lelaki sahaja. Seperti apa yang diketahui ketapu ini diperbuat dari rotan dan di anyam menjadi bentuk yang diiginankan oleh masing masing. Setelah itu ianya  dicat sebelum memasang bulu burung kenyalang atasnya. Jika diletakkan lagi banyak bulu burung, maka ketapu akan nampak lebih gah dan cantik.

 

Baju gagong

 thebestever4u.blogspot.my

Baju gagung ataupun juga dikenali sebagai baju burung sejenis baju yang tebal dan keras ianya diperbuat dari kulit haiwan kulit beruang., tetapi dihujung baju tersebut tidak dijahit, pada kiri dan kanannya. Baju Burung adalah  pakaian tradisional  lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju burung dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang kuat  dan berani. Lelaki yang menggunakan pakaian ini akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang kepada kaum Iban yang membawa maksud seorang lelaki yang kaut, gagah dan kacak. Baju burung ini ada juga beberapa jenis juga seperti baju burung begagong dan juga baju burong skrang

 

Baju traditional kaum wanita iban dipanggil ngepan iban. Uniknya baju wanita hampir seluruh bajunya di tenun dan ianya penuh dengan corak corak yang sangat menarik bahkan unik.

 

                                rimbunanrantingsarawak.weebly.com

 

Tango

 houseofngepandayak.blogspot.my

Tango atau marek empang  ini adalah yang diperbuat daripada manik dan dihiasi bebola kain bagi tujuan menutup dada atau baju kecil dan juga kemban. Gubahan Marik Empang telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Iban di Sarawak.  Corak tango ini dihiasi corak corak mengikut kemahuan masing masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Iban dari etnik lain dengan mudah. Ianya juga nampak seperti rantai yang besar menutupi dada dan dipakai pada leher.

 

Sugu Tinggi

pinterest.co.uk

Sugu tinggi ini dipakai di kepala , ianya juga dikenali “talls combs” iaitu perhiasan yang berwarna perak atau silver yang memberi keunikan sendiri dan kilauan yang menarik. Sugu tinggi ialah kraftangan yang diperbuat dari corak berbunga bungaan.

Pada zaman dahulu, sugu tinggi ini diperbuat betul dari perak , tapi sekarang sugu tinggi diperbuat daripada aluminium yang bersalut perak. Dalam pada masa yang sama, Ensuga tisir ialah perhiasan yang diletakkan bersama dengan sugu tinggi dengan bercorakkan bunga bungaan.

Selain itu Sugu tinggi ini juga disokong oleh Sugu Pupung supaya tidak longgar yang menyebabkan jatuh dari kepala si pemakai.

 

Sementing ringgit

simmawarni.blogspot.my

Sementing ringgit merupakan lingkaran tali pinggang atau juga dikenali sebagai gobeng. Ianya berjuraian ibarat tali pinggang wang. Duit syiling tersebut dicantumkan penuh dan dirapatkan.Pada bahagian atas sekali , duit syiling 50 sen akan dicantum rapat dengan duit syiling yang lain.

Manakala yang bawah pula duit syilingnya merupakan duit syilingg 20 sen atau 10 sen di cantum dan akan terbentuk tali yang berjuraian dari atas sampai ke bawah. Kebanyakannya sementing ini akan berwarna perak. Pada waktu majlis keramaian atau tarian mereka akan memakainya dan lebih memukau tarian tersebut apabila sementing ini akan bergoyang mengikut lenggok tarian tersebut.

Kalau anda semua nak tahu pelancong pun suka menggayakan baju tadisional iban ini apabila mereka pergi ke sana sebabnya baju iban ini ad auniknya tersendiri. Kalau anada semua ad arancang untuk bercuti ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba baju tradisional mereka!