Mesti anda semua pernah mengalami susah yang pilih baju untuk dipakai setiap hari kan? Banyak baju stail yang sama sahaja? Setiap tahun pereka baju akan mencuba design baju yang berlainan atau seakan sama. Takkan lah stail yang sama sahaja setiap tahun kan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan blaus. Sebabnya ramai para wanita semestinya mempunyai blaus untuk dipakai setiap hari. Blaus adalah pakaian asas yang anda boleh sentiasa harapkan ketika menghadiri semua jenis majlis serta sesuai dengan ciri-ciri seorang muslimah. Blaus sesuai dipakai bersama dengan seluar dan ianya semi formal bergantung kepada agenda anda untuk hari tersebut.

 

cattleyacouture.com

 

Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki blaus. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan.

 

aqeela-muslimah.com

 

Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah bergantung pada fabrik yang dipilih. Fabrik yang biasa digunakan dalam membuat blaus adalah cotton, crepe, chiffon, polyester dan banyak lagi. Pemilihan fabrik ini kerana fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan biasanya agak keras serta cepat berkedut.  Fabrik cotton yang digunakan juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos blaus. Begitu juga dengan fabrik yang lain. Ada kelebihan masing-masing yang boleh digunakan untuk blaus.

Antara koleksi baju labuh moden adalah seperti gambar dibawah:-

Blaus Kemeja Labuh

Ianya boleh dipakai untuk kasual mahupun formal. Bagi wanita yang sukakan baju yang labuh boleh menggayakannya. Anda akan kelihatan cantik dan manis. Baju ini adalah salah satu contoh stail yang sesuai digayakan untuk para wanita muslimah. Fabrik yang digunakan bagi blaus dibawah ialah chiffon. Kain chiffon adalah kain yang lembut dan sejuk apabila dipakai. Ianya sesuai dengan cuaca panas.

 

aliexpress.com

 

Blaus Labuh Moden

Rekaan baru yang sesuai untuk para wanita yang menyukai stail yang moden tetapi labuh. Pelbagai warna yang popular dan menarik digunakan untuk blaus moden ini. Penggunaan kain fabriknya ialah kain cotton polyester. Seperti yang dinyatakan diatas, cotton adalah fabrik yang selalu digunakan dalam pemakaian termasuklah blaus. Ianya lembut dan selesa malah ia juga menyerap peluh dan tak kelihatan peluh dipermukaan baju.

 

radiusite.com.my

 

Blaus Labuh Moss Crepe

Moss crepe adalah salah satu jenis kain crepe. Ianya seperti kain crepe cuma bezanya lebih lembut atau lebih ringan. Kain jenis crepe juga sesuai digunakan untuk pakaian. Ianya jenis kain yang lebih ringan daripada kain yang lain.

 

mulpix.com

 

Blaus Moden Belah Tepi

Stail ini popular pada masa kini. Ianya sangat labuh sehingga ke bahagian buku lali seperti jubah. Boleh dikatakan stail yang terbaru juga lah. Kebiasaan fabrik yang digunakan ialah cotton ataupun crepe. Pelbagai corak dan warna boleh didapati di pasaran untuk stail ini.

 

lookinsta.com

 

Okay tak artikel yang saya sampaikan tentang koleksi blaus labuh diatas? Sebenarnya banyak lagi stail dan rekaan yang boleh didapati di luar sana. Anda boleh pilih stail-stail yang anda inginkan untuk dipakai kemana-mana sahaja dengan bergayanya. Tak kira peringkat umur tua ataupun muda boleh memakai pakaian moden yang terbaru mengikut kehendak masing-masing. Disini sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca.