Mengapa popularnya tentang pleated ini? Apa itu pleats? Pleats memang terkenal dalam fesyen antarabangsa, anda tahu. Model ini unik dan berwarna-warni membuat kain pleated adalah permintaan oleh ramai orang. Bukan hanya para remaja dan ibu yang suka pleats, kanak-kanak kecil kelihatan comel ketika memakainya.

Fabrik pleats ini boleh menjadi seperti, seperti kapas, satin, chiffon, seluar jeans denim pada dasarnya mudah dibuat lipatan dengan menggunakan mesin dan pisau panas jika tidak salah jadi lipatan menjadi kekal.

 

justanotherella.blogspot.my

 

Kain Pleated adalah sejenis lipitan yang terkandung dalam reka bentuk fesyen. Bermula untuk digunakan sejak zaman Victoria, bahkan salah satu cirinya adalah “Box Pleats”. Pelbagai jenis pleats yang berkembang sehingga kini adalah accordion, box, inverted, cartridge, fluted, fortuny honeycomb, knife, organ, plisse, rolled, dan watteau. Tetapi selalunya digunakan adalah top stitched, box atau knife, accordion, kick and inverted pleats. Pleats biasanya digunakan untuk bahagian bawah seperti skirt berlipat atau pakaian dengan bahagian bawah pleated. Tetapi juga untuk bahagian atas berlipat di depan dada. Jika lipatan yang dipakai memberi kesan feminin dan cantik. Di samping itu, pleats juga boleh memberikan kesan yang panjang pada bahagian badan yang dipakai.

 

pinterest.com

 

blessworth.com

 

pinterest.com

 

Pakaian dengan tekstur pleats yang merupakan trend, bermula dari pleated skirt, pleated dress, pleated shirt, tudung hingga pleated pants tentu saja menjadi kegemaran untuk diperagakan oleh semua orang. Pelbagai stail dan potongan kain pleated boleh digayakan dan direka untuk pemakaian harian. Pengunaan pleated untuk baju kurung juga telah digunakan dan menjadi popular serta diminati ramai. Antara contoh dan jenis stail yang boleh digayakan ialah seperti gambar dibawah:

Pleated Blouse

Blaus boleh digayakan dengan pleated di mana-mana bahagian mengikut stail masing-masing yang anda suka. Boleh diletakkan di bahagian lengan, badan, belakang ataupun dada.

 

shopprapp.com

 

Pleated Pants

Pelbagai jenis seluar menggunakan stail pleated yang ada dipasaran sekarang boleh dimiliki oleh semua orang. Antara seluar biasa dan seluar palazzo seperti gambar dibawah.

 

hijabenka.com

 

Pleated Palazzo 

 

apricusfashion.my

 

Pleated Skirt

Skirt juga sangat cantik digayakan bersama apa-apa blaus yang sesuai megikut citarasa anda. Lebih lagi kalau angin datang, keserlahan pleated pada skirt boleh menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan dan alunan yang seragam. Pelbagai warna dan panjang skirt boleh didapati di pasaran.

 

pomelofashion.com

 

Pleated Shawl

Bukan hanya baju dan seluar digayakan dengan pleated, shawl juga boleh dijadikan stail yang menggunakan kain pleated. Ianya tidak akan nampak kedut dan senang dipakai. Bagi sesiapa yang malas gosok itu, gantungkan sahaja pakaian yang ada pleated tu di dalam almari. Tak perlu gosok lagi.

 

wtarc.co.uk

 

Pleated Dress

Pelbagai stail gaun yang terdapat dipasaran yang boleh anda gayakan dan direka dengan kain berbentuk pleated. Sama ada ianya menggunakan keseluruhan gaun ataupun sebahagian yang perlu sahaja. Anda hanya perlu tahu stail mana yang anda inginkan.

 

studiofrost.net

 

Kurung Pleated 

Penggunakan pleated untuk baju kurung juga boleh direka dan digayakan. Tak perlu risau kalau ianya nampak pelik. Sebabnya sangat sesuai untuk dipakai tak kira majlis apa ataupun ingin mengenakannya di hari perayaan. Bukan hanya baju kurung biasa sahaja boleh direka bersama pleated, kurung jenis peplum juga sesuai digayakan dengan kain pleated. Dah banyak dikeluarkan rekaannya di butik-butik dan internet.

 

radiusite.com.my

 

ziyibeauty.blogspot.my

 

Bagi mereka yang menyukai pleated, elakkan menggunakan kain pleated untuk semua pakaian dalam satu masa. Ia akan nampak pelik. Hanya satu jenis sahaja yang pleated. Tak perlu sampai baju, seluar dan tudung berpleated. Okay, macam mana? Pilihlah antara stail-stail kain berbentuk pleated yang anda suka untuk digayakan. Tak salah untuk mencuba design jenis pleated ini. Anda akan kelihatan cantik dan bergaya dimana pun anda berada. Ini sahaja daripada saya. Bertemu lagi di artikel lain yang lebih menarik.