Busana Jubah tidak asing lagi dengan wanita mahupun lelaki pada masa kini. Ada sahaja lelaki memakai gayaan jubah untuk ke masjid, hari raya mahupun majlis yang selain. Sememangnya jubah adalah pakaian yang Rasulullah pakai ketika zaman dahulu. Ha! jadinya tidak lain pandangan lah jika fesyen Jubah lelaki turut menjadi popular untuk masa kini dan mendapat reputasi yang tinggi di Malaysia.

 

Jubah cotton Lembut

Kain cotton yang lembut sangat selesa unruk dipakai, Malah jika suasana yang sejuk pasti terasa nyaman dipakai. Kebanyakkan baju Jubah juga daripada kain cotton. Seperti wanita, lelaki juga mempunyai fesyen terkini iaitu seprti fesyen  Jubah Cotton lembut yang bersifat selesa, tidak panas dan mudah digosok. Rekaan Jubah Cotton ini juga sangat Eksklusif dan ringkas. Dengan kain yang menyenangkan membolehkan Jubah ini dipakai ke masjid serta kuliah agama taupun majlis kenduri kendara. Ha! hebat kan fesyen Jubah terkini. Dengan kain yang berkualiti juga sangat lah memuaskan hati para pemakainya. Kini! Jubah eksklusif ini sangatlah diminta ramai oleh para penggaya yang lain. Tidak cuma lelaki , Jubah wanita juga ada kainnya seperti cotton. Kain yang boleh menutupi aurat dengan sempurna.

 

haqqi.com.my

 

Jubah Cotton untuk wanita juga tidak kurangnya dengan kain yang selesa dan cantik ketika memakainya.  Wanita yang sangat teliti dalam jenis kain akan berpuas hati dengan kualiti Jubah cotton ini kerana tidak menampakkan bentuk badan dan sangat senang digosok.

 

butikzaidas.com

 

Jubah satin Popular

Jubah yang berkilau dengan kain yang licin ini sangat tinggi permintaan yang diminta oleh pelanggan di tailor mahupun dikedai butik yang lain. Kain Satin sememangnya sangat senang digosok serta kain yang semangnya sesuai untuk dipakai oleh lelaki mahupun wanita. Wau! mesti ramai lepasni yang mahukan Jubah eksklusif satin ini. Jadinya cuba lah menukar citarasa anda untuk memakai Jubah pula selepas ini. Pasti sangat berpuas hati dengan kualiti yang ada pada Jubah Satin ini.Jubah satin ini juga sangat sesuai dipakai untuk ke masjid dan juga ke majlis agama ataupun majlis kahwin. Ha! menarikkan, Tidak mudah ronyok tau kalau menggayakannya.

 

mytrend.online

 

Selain itu pula, Para wanita pasti mencari Jubah yang mudah juga untuk mengambil wudu’ . Yela siapa saja yang mahu pakaiannya terkena sesuatu yang tidak dimahukan. Contoh seperti Jubah Satin wanita ini yang membolehkan wudu’ senang diambil kerana mempunyai zip di bahagian pergelangan dan sebanyak yang ada.  Ha! bestkan Jubah sekarang. Semuanya terletak pada kemahuan sendiri jika mahu memiliki sesuatu fesyen yang baru. Tada! Jubah Satin yang berkualiti seperti ini yang dimahukan oleh wanita sekarang. Anggun sahaja bila memakainya. kan!

 

ezzacouture.com

 

Jubah Lelaki dan Wanita Sedondon 

Bagi mereka yang mahukan warna yang sedondon untuk beraya bersama mahupun kemana-mana majlis, si wanita dan si lelaki akan mula mencari disini sana untuk menggayakan busana jubah yang sama warna. Ya kan? Sememangnya selalu ada sahaja butik yang dikunjungi pasangan yang ingin warna dan material kain yang selesa dan sejuk. Jika disedondonkan pada hari raya mahupun kenduri kendara pasti sangat padan dan cantik. Ha! cubalah membuat persiapan baju raya sedondon seperti Jubah yang sedondon  wahai lelaki dan perempuan. Kalian pasti akan dipandang kerana sangat serasi dan baju Jubah yang Sedondon akan sangat popular dan kualiti baju juga akan tetap dengan material yang baik seperti selesa, sejuk, dan mudah digosok. Sesekali cuba busana yang berlainan. Ye kan!

 

bajusedondon.com

 

eyzamiel.com

 

 

Jubah Lace

Jubah Pleated  dua dalam satu dengan material kain jenis pleated ini sangat digemari oleh para wanita yng menggayakannya sejak kini. Hal ini kerana material yang sangat berkualiti membuatkan permintaan terhadap Jubah Lace ini sangat diminta ramai oleh para wanita semua. Ya! sememangnya sangat lah popular tau. Jubah ini juga boleh dibawa ke tempat kerja sekalipun. Ha! jangan terkejut tahu. Kain yang sangat lembut, kelihatan kemas serta tinggi akan membuatkan para wanita tidak melepaskan peluang untuk menggayakannya. Yang diluarsana apa tunggu lagi. Ayuh menggayakannya dengan yakin. Kerana kualiti yang sangat bagus akan membuatkan para wanita berpuas hati memilikinya. Nah! ini lah dia gaya Jubah dua dalam satu pleated ini.

 

beibeidardar.com.my

 

Jubah Teluk Belanga Lelaki

Teluk Belanga semestinya daripada fesyen baju kurung wanita teluk belanga dan baju kurung lelaki teluk belanga. Tetapi jangan terkejut ya! Ada juga tahu Jubah lelaki  jenis Teluk belanga. Ha! kain yang jenis pelbagai juga boleh dibuat rekaan seperti Teluk Belanga. Ianya nampak unik bukan? Itulah fesyen Jubah zaman moden tau. Cantik, material kain yang sejuk, mudah digosok tau. Apa tunggu lagi para lelaki diluarsana. Cubalah menggayakan Jubah Teluk Belanga ini pada hari raya mahupu pelbagai majlis. Ianya simple tetapi tampak macho bila digayakannya.

 

pgmall.my

 

Ya! itulah dia ya Jubah Muslim dan Jubah Muslimah yang berkualiti baik. Jadinya, tunggu apalagi . Milikinya lah secepat mungkin supaya tidak menyesal kerana Jubah Fesyen terkini semua semakin hangat dilariskan. Jadikan Tahun ini raya dengan menggayakannya dengan busana Jubah yang baru dan anggun bagi wanita serta kacak untuk si lelaki. Selamat menggayakannya ya!