Sempena tahun baru ini, sebelum menjelang hari raya mesti anda semua membuat persiapan awal kan? Terutamanya berkenaan dengan baju rekaan dan warna apa yang terpilih untuk dipakai di hari bahagia bersama keluarga. Hari raya ini merupakan salah satu momen istimewa kerana hanya diadakan setahun sekali. Jadi, tak hairanlah kalau ramai yang menyambut hari raya mengenakan pakaian yang istimewa. Setiap tahun mestilah nak pakai baju yang menjadi trend dan bergaya kan. Baju hari raya baru merupakan satu keperluan yang hampir tak boleh lepas dari persiapan di bulan ramadan.

 

 

lovelysuri.com

 

Kalau anda semua mengikut perkembangan trend sekarang, trend fesyen yang popular untuk baju raya masa kini ialah busana muslim yang mempunyai tema simple tapi anggun atau dikenali sebagai minimalis dan tetap muncul dengan kesan moden, elegan dan mewah. Antara fesyen baju yang menjadi pilihan ramai ialah baju kurung moden yang berlainan kainnya seperti penggunaan lace, kurung peplum dan jubah. Pemilihan design terkini mengikut warna yang lembut menampakkan lagi seri dan kecantikan seseorang. Jadi, tidak perlu fikirkan jenis kain apa atau corak design yang pelik-pelik, pilih sahaja gaya minimalis untuk baju kurung, kurung peplum mahupun jubah.

 

pinterest.se

 

Anda bolehlah buat rujukan jikalau mahu mencari idea trend terkini untuk baju hari raya nanti. Biar cari idea sekarang, nanti senanglah buat persiapan awal untuk menempah pakaian di kedai jahitan ataupun anda semua boleh menempah baju di laman web kami MyBaju.

Terdapat baju-baju trend terkini yang boleh anda gayakan untuk hari raya nanti bersama seisi keluarga. Antara fesyen muslimah hari raya terkini ialah:

 Baju Kurung Moden Minimalis 

Trend baju yang selalu diminati ramai terutamanya para wanita merupakan baju kurung moden yang minimalis. Ianya memberikan kemewahan semata-mata untuk musim perayaan yang akan datang dengan nampak lebih elegan dan mewah. Stail lain minimalis yang juga menjadi pilihan ramai ialah kurung peplum, kurung bercorak seperti marble, floral dan abstrak, kurung lace dan pelbagai rekaan dan design yang terkini boleh didapati di internet dan butik-butik berhampiran.

 

bajukurungmoden.net

 

pinterest.com

 

Jubah Moden Abaya dan Kaftan

Abaya berkait rapat dengan pakaian orang Islam. Itulah sebabnya mengapa abaya tradisional dibuat dalam warna hitam, tanpa selangka, sulaman tanpa, tidak ada motif dan warna-warna tidak terang. Abaya biasanya lurus, biasanya berpotongan di pinggang, dan sama dengan jubah. Palet abaya hitam minimalis adalah seperti kanvas putih untuk pereka hari ini yang mula bermain dengan siluet. Itulah sebabnya abaya kini kelihatan lebih cantik dihiasi dengan hiasan dan sulaman. Tetapi masih dengan wataknya berpotongan lurus, luas, longgar dan lebih mudah model. Sesetengah pereka juga menambah hoodie atau penutup kepala dan juga aplikasi cape sebagai aksen.

 

abayabuth.com

 

Berbeza dengan kaftan yang merupakan variasi jenis tunik. Pakaian bergaya Timur Tengah pada umumnya kelihatan lebih berwarna-warni dan glamor melalui hiasan atau sulaman di dada atau pinggang dan juga garisan tangan. Potongan kaftan pada dasarnya berbentuk kotak, tetapi kini terdapat lebih banyak variasi. Sebagai tambahan kepada berbentuk kotak, terdapat juga kesan kerutan atau drapery dan siluet di pinggang sebagai pilihan hari ini. Biasanya dibuat dengan bahan ringan seperti sutera, chiffon atau kapas, dan lengan melebar.

 

muslimodern.com

 

Gaun Labuh Maxi Moden

Design gaun labuh moden yang juga menjadi pilihan ramai wanita terlihat lebih mewah dan elegan jika menggayakannya. Ada pelbagai rekaan dan bentuk yang terdapat di pasaran jikalah anda berminat untuk mengenakannya di hari perayaan nanti. Bagi sesiapa yang ingin tampil bergaya dengan gaun di hari raya ala-ala puteri bolehlah memakai gaun labuh moden yang kebanyakan dari negara arab. Antara contoh-contoh designnya seperti gambar dibawah.

 

modalata.com

 

osraexclusive.com

 

Kebaya dan Kebarung

Tradisi melayu kebaya dan kebarung juga menjadi pilihan ramai untuk bergaya di hari raya. Pelbagai corak dan rekaan terbaru boleh dipakai bersama ahli keluarga yang lain. Anda semua akan kelihatan anggun dan ayu ketika menggayakannya.

 

theloft.my

 

wanzar.com.my

 

Macam mana dengan fesyen-fesyen yang telah saya nyatakan diatas? Menarik kan! Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan sekarang stail-stail yang anda minat untuk digayakan di hari raya akan datang tak lama lagi. Boleh juga kalau nak sedondon dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Disini sahaja artikel kali ini, saya harap ianya dapat membantu serba sedikit tentang fesyen yang akan digayakan pada hari raya nanti untuk anda semua.