Tudung sinonim dengan penggayaan untuk muslimah.  Kini, Penggayaan tudung juga tidak asing lagi digayakan juga oleh kanak-kanak yang diajar untuk bertudung ketika mereka kecil. Ya! Tudung kanak-kanak juga kini sangat banyak dipopularkan tidak kira dari segi selendang, Tudung Sarung mahupun jenis tudung yang mudah untuk mereka sicilik.

 

Tudung Sarung Kids

Kanak-kanak adakalanya tidak gemar dengan Tudung yang memberatkan kepala mereka dan akan beraa rimas. Tetapi mereka boleh sahaja menggayakan Tudung Sarung Kids yang sangat mudah dipakai dan simple untuk sicilik. Kerana dengan mereka yang masih kecil dan ingin mengikuti fesyen tudung seperti wanita dewasa, mereka juga boleh untuk menggayakan stail yang simple dan tampak sangat comel. Ibu bapa yang ingin mempersiapkan pakaian buat Hari Raya bagi sicilik juga boleh memilihkan fesyen tudung yang popular masa kini dan yang paling pentingnya mudah, senang dibasuh dan dengan sekali iron sahaja. Asalkan dengan gayaan yang mudah dan tidak terlalu meleret buat sikecil ini, jadinya Tudung Sarung sangat digemari ramai buat ibu bapa untuk difesyenkan kepadan anak-anak perempuan mereka.

 

 

tudung2u.com

 

Shawl Kanak-Kanak 

Pasti terkadang cantiknya sicilik menggenakan Shawl seperti orang dewasa. Tetapi takut pula tergelebeh mahupun besar ke kan. Jadinya sekarang ni ramai sungguh tailor mahupun online shop menjual kepelbagaian stail tudung dan shawl bagi kanak-kanak yang ingin memulakan pemakaian tudung. Wah! bagusnya kecil-kecil sudah memakai tudung ya. Ha! Terkini terdapat Shawl kanak-kanak yang trend untuk kemudahan fesyen sicilik. Shawl yang direka mudah dan sejuk kainnya menjadi ketepatan citarasa si ibu untuk kesesuaian anak anak mereka menggayakan fesyen tudung dan shawl. Apa salahnya sicilik ini memakai gaya Shawl untuk hari raya mahupun kemajlis yang lainnya. Jika sikecil tidak ingin membukanya itu adalah sangat baik kerana menunjukkan Shawl yang mereka pakai itu selesa. Shawl juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif bermain. Nah! contoh Shawl yang menjadi trend dan ikutan ramai ibu bapa untuk menggayakannya pada si anak kecil.

 

 

himayya.com

 

Shawl instant Teja

Kemudahan sangat  penting untuk kekemasan bagi sikecil yang ingin bertudung atau di didik bertudung dari mereka kecil. Antara kemudahan fesyen tudung untuk kanak-kanak seperti Instant Shawl adalah sangat popular pada masa kini. Ramai kanak-kanak yang sudah semakain mencantikkan diri memilih penggayaan Shawl seperti ini. Jadinya Instant Shawl ini sangat popular dan laris fesyennya sehingga menandingi fesyen pelbagai Shawl yang ada dinegara kita. Pastinya sikecil yang mengikut jejak para wanita dewasa yang anggun akan kelihatan comel apabila memakainya pada harihari tertentu. Dimana wanita sekarang selalu ingin kelihatan bergaya dan moden apa salahnya kanak-kanak juga dapat kelihatan comel dan sejuk para ibu mereka memandangnya kerana kecil-kecil lagi sudah belajar menutup aurat dan  lawa menggayakan Tudung terkini.

 

 

tudungsicomel.com

 

Tudung Labuh Kanak-Kanak

Bagi keluarga yang islamik pasti teringin melihat anak-anak memakai Tudung Labuh yang cantik dan mudah. Tetapi apa tudung yang sesuai dan selesa untuk dikenankan buat nak-anak kecil mereka? Nah! pasti ada. Seperti Tudung Labuh Kanak-kanak seperti gambar dibawah ini. Tudung yang lembut, selesa dan sejuk akan menjadikan sicilik tidak mahu membukanya. Pelbagai warna ada untuk Si ibu memilih untuk tudung cantik buat puteri kecil mereka. Ha! hebatkan. Dengan zaman yang moden dengan fashionista ini. Pasti saingan untuk Tudung juga banyak dijualkan dan digayakan tidak kira yg sikecil, remaja mahupun wanita dewasa. Kerana Cantik dengan manusia itu tidak dapat dipisahkan.

 

 

pinkierthanblue.com

 

Ya! itulah dia sebahagian Stail si cilik menggayakan Tudung atau pun Shawl untuk kelihatan bergaya. Jangan pelik ya! Kanak-kanak sekarang pun tahu apa itu Cantik. Okay, jika  si ibu mahukan kecantikan pada  puteri masing-masing apa salah menggayakannya dengan fesyen sekarang. Pasti cun!