Teringin menggenakan baju selain dari baju kurung untuk raya?  Tetapi tidak tahu stail yang seperti apa untuk kelihatan bergaya ketika beraya nanti. Cubalah ikuti perkembangan Stail Peplum ini. Jangan risau! Zaman sekarang ni zaman kemajuan semua perkara termasuk stail-stail baju terkini. Nah! apa kata tukar citarasa anda semua untuk yang terbaru.

Peplum Satin Horse Hair

Fesyen yang kian memuncak populariti ini selalu dipilih oleh wanita yang berkeinginan untuk kelihatan berlainan dari yang lain. Yelah, wanita mana ingin ditandingi kecantikannya, nanti bertarik tudung pula! Haha! bergurau je. Ok serius! Peplum Satin Horse Hair yang popular ini menarik perhatian para wanita yang ingin menggayakannya.  Kain yang sangat berkilau dan licin akan menyerlahkan diri si pemakai. Pasti ada setengah wanita yang ingin tahu kenapa Peplum ini dinamakan Horse Hair. Ya! kerana dengan kain yang gerbang sedikit dan beralun ibarat ekor kuda itulah yang para pereka meletakkannya dengan nama Peplum Satin Horse Hair. Dengan material kain satin ini yang mudah di Iron menjadikan pilihan para wanita untuk memakai busana ini. Biar mudah dipakai yang pastinya cantik digayakan.

 

 

carousell.com

 

Peplum Kebaya 

Selalunya kita hanya mendengar jenis busana popular seperti kebaya labuh, kebaya songket, kebaya moden, kebaya kimono dan lain lain kebaya yang popular. Tapi ada dengar kebaya selain daripada itu? Ha! mestilah ada.  Contoh seperti Kebaya Peplum. Unik bukan? tetapi jangan pelik kerana Kebaya Peplum ini sangat cantik , comel dan sesuai untuk digayakan ke majlis perkahwinan dan kenduri kendara. Mudah digosok adalah salah satu kemudahan untuk semua wanita yang berasa ralat mahu menggosoknya. Ha! best kan, tidak perlu susah- susah menekan iron diatas board. Dengan kain yang lembut tambak lebih selesa dan tidak panas apabila dipakai. Ya! inilah dia contoh Peplum Kebaya yang terkini.

 

carousell.com

 

Peplum Blouse

Peplum hanya boleh digayakan dengan kain sahaja baru cantik. Yang lain tu tak cantik. Nanti nampak pelik. Ha! siapa kata begitu semamangnya mereka kurang tahu apa itu fesyen. Peplum yang sebenarnya boleh sahaja dipadankan dengan seluar tidak kira dari seluar jeans mahupun seluar slack. Cubalah kalau tidak pernah mencubanya. pasti para wanita akan berasa asyik sahaja mahu pakainya. Malah entah-entah hari hari pergi ke sesuatu tempat memakai peplum  dengan berseluar agaknya. Ya lah, Fesyen yang cantik siapa sahaja yang tidak mahu. Banyak sudah pereka dan tailor yang menerima tempahan untuk menjahit Peplum Blouse ini. Wanita bekerjaya juga ada yang memakai casual Blouse Peplum ini. Jadinya, Cuba dulu fesyen seperti ini kerana ianya sangat popular pada masa kini.

 

blouse.taiqihotel.com

 

Peplum Lace Moden

Mahukan busana peplum yang moden tetapi tidak tahu untuk memakai yang mana. Yang belum pernah mencuba juga teringin mahu memakainya kerana melihat kecantikan seseorang wanita memakainya. Apa kata gayakan  diri anda dengan Peplum Lace Moden. Ha! barulah cantik. Hari Raya pasti meletop kalau digayakan Peplum Lace kan. Sudahlah terhangat pada masa kini. Sesiapa wanita yang teringin kelihatan anggun janganlah tunggu lama. Jika tiada stok atau citarasa yang ingin diminati sendiri, apa kata tempah sahaja di tailor yang anda inginkan. Contonhnya dapatkan tailor di my-baju.net . Mereka pihak di MyBaju pasti akan mencarikan anda tailor yang sesuai. Untuk para wanita yang mahukan kelainan yang menarik dan cantik, jangan berasa malu untuk mencuba busana termoden ya! Nanti menyesal kerana tidak membuat keputusan yang tepat. Cantik itu pasti buat wanita. Yang penting selesa dan berkeyakinan apabila memakainya.

 

my.fashionvalet.com

 

Ha! itulah dia Stail Peplum Terbaru 2018 yang selalu digayakan oleh wanita zaman kini. Sampaikan yang tidak minat dengan gaya Peplum juga terasa ingin menggayakannya. Kerana Stail Peplum yang cantik dengan pelbagai jenis kain yang selesa membuatkan para wanita tidak keruan untuk mencubanya pada hari yang penting mahupun majlis-majlis lain.