Semua sudah sedia maklum bahawa Hari Raya Aidil Adha merupakan satu perayaan yang dirayakan di seluruh dunia dan perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri.  Di samping itu, Aidil Adha juga telah diberi gelaran sebagai hari raya haji dan hari Raya Korban. Aidil Adha adalah suatu perayaan yang cukup istimewa kerana ia merupakan hari untuk kita umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dalam kesibukan umat Islam menghadapi kehidupan seharian, sudah pastinya kita tidak ketinggalan untuk membuat persediaan merayakan Hari yang istimewa ini. Adakah anda masih tidak tahu apa yang sesuai untuk dipakai atau digayakan pada hari raya Aidil Adha?

Berikut adalah antara beberapa jenis pakaian yang sesuai digayakan pada Aidil Adha ini :

LELAKI

  • JUBAH
  • Jubah adalah pakaian yang sesuai dipakai pada hari raya Aidil Adha bersesuaian dengan sambutan meraikan kejayaan kaum muslim mengerjakan salah satu rukun islam iaitu ibadah Haji. Ia juga tampak lebih sopan tetapi masih mengekalkan gaya maskulin pada si pemakai.

 

terbaek.net

 

  • BAJU MELAYU TELUK BELANGA
  • Baju melayu teluk belanga atau lebih dikenali sebagai baju melayu leher bulat dan baju melayu johor adalah pakaian yang sesuai untuk Hari Raya Aidil Adha kerana lebih santai dan juga membuatkan si pemakai dapat bergerak dengan lebih mudah lebih-lebih lagi dalam turut serta dengan acara persembelihan binatang Korban.

 

imgrum.org

  • KURTA
  • Kurta adalah lebih ringkas tapi masih melihatkan ciri-ciri lelaki muslim dan ianya sangat sesuai untuk digayakan pada hari raya Aidil Adha kera selesa dan mudah. Kebanyakan lelaki akan memilih untuk menggayakan kurta pada perayaan ini.

 

twitter.com

 

  • BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
  • Tidak juga ketinggalan baju melayu cekak musang turut menjadi salah satu pilihan kaum lelaki pada Hari Raya Aidil Adha dan kebiasaannya ia dipakai ketika menziarahi sanak saudara mereka.

 

komuniti.gempakz.org

 

WANITA

  • JUBAH

Pada kebiasaannya, jubah akan menjadi pilihan kaum hawa untuk digayakan pada hari raya ini kerana ia dapat menimbulkan ciri yang sopan santun pada pemakai dan ia tampak lebih santai berbanding baju-baju fesyen moden. Jubah A-Line atau princess cut kebiasaannya akan dikenakan. Selain itu, padanan warna yang tidak terlalu menyerlah atau terang dielakkan kerana tidak mahu kelihatan keterlaluan dan menghormati perayaan. Motif flora atau “plain” selalu menjadi pilihan mereka.

 

zalora.com.my

 

  • BAJU KURUNG PAHANG
  • Baju kurung Pahang adalah baju kurung yang sopan dengan adanya pesak pada badan justeru potongan badan tidak akan kelihatan terlampau menonjol. Baju ini menjadi pilihan kerana ia tampak lebih bergaya walaupun potongan badan tidak diserlahkan.

 

www.zalora.com.my

lelong.com.my

 

  • BAJU KURUNG KEDAH
  • Sama seperti baju kurung Pahang, baju kurung ini juga tidak menyerlahkan potongan badan dengan keterlaluan Cuma pada bahagian baju sedikit pendek ke paras peha pemakai. “loose dan mengekalkan keayuan pada pemakai.

 

inhanna.com

 

makcunmart.com.my

 

  • BAJU KURUNG TRADISIONAL/ BAJU KURUNG BIASA
  • Kebanyakan wanita dan juga gadis melayu lebih gemar memilih baju kurung biasa kerna lebih mudah, sopan serta boleh tampil anggun walaupun berbaju kurung biasa. Baju ini dapat menimbulkan dan menyerlahkan lagi aura gadis melayu serta cukup sopan digayakan pada hari raya Aidiladha.

 

zalora.com.my

 

Walau apa baju sekalipun yang digayakan pada hari raya Aidiladha, hendaklah kita sama-sama menyambut perayaan ini secara bersederhana dan apa yang terpenting menjelang hari raya adalah kesepaduan dan permuafakatan kita sesama muslim. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan diterima dan di redhai yang Maha Esa. Insya-Allah. Sehingga bertemu di ruangan seterusnya ya!