Pada zaman kini, budaya pemakaian Baju Melayu oleh kaum lelaki semakin berkurangan dan di dalam memupuk kaum lelaki untuk terus mengekalkan budaya pemakaian ini semakin ramai pereka baju tempatan tampil mengolah dan mencetuskan idea-idea yang menarik dan mampu menonjolkan gaya yang tertarik bagi seseorang lelaki itu. Pada kebiasaannya Baju Melayu akan dipakai oleh lelaki pada masa-masa yang tertentu seperti untuk ke masjid, Hari Raya pertama, dan juga pada waktu akad nikah dan pada majlis-majlis lain yang tertentu. Baju Melayu juga adalah merupakan baju kebangsaan Malaysia.

Bagi kaum lelaki yang sukar untuk memilih Baju Melayu, berikut adalah fesyen Baju Melayu lelaki terkini yang boleh anda jadikan sebagai rujukan untuk bergaya dengannya!

 

  • BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Sudah tentu sekali Baju Melayu dengan fesyen leher cekak musang merupakan Baju Melayu paling popular di kalangan kaum lelaki. Ini adalah kerana cirinya yang dapat menimbulkan kekemasan dan mampu memperlihatkan gaya “macho” bagi individu yang mengenakannya. Kini, Baju Melayu cekak musang di modenkan lagi designnya dengan adanya potongan badan yang fit sesuai dengan saiz individu.

 

qiyasaad.com

 

shawlpublika.com

 

  • BAJU MELAYU KURTA

Baju Melayu kurta adalah Baju Melayu dengan design kurta pada bahagian badan. Baju Melayu ini dapat membuat sang jejaka kelihatan lebih santai iaitu lebih casual tetapi masih kekal bergaya. Baju Melayu kurta juga sesuai digayakan ke pelbagai acara dan aneka majis. Terdapat pelbagai jenis fesyen kurta yang boleh didapati di pasaran pada masa kini, ada kurta yang pendek dan ada yang labuh juga.

 

bm.cari.com.my

 

 

zalora.com.my

 

 

  • JUBAH MODEN

Jubah lelaki kini tampil lebih moden berbeza dengan satu masa dahulu jubah adalah simple dan kebanyakkannya adalah berwarna putih dan hitam. Mengikuti peredaran masa seiring perkembangan fesyen di Malaysia, jubah lelaki juga tidak ketinggalan di modenkan dengan wujudnya pelbagai variasi warna dan patern pada jubah tersebut. di samping itu jubah juga mempunyai banyak design kolar antaranya leher bulat, cekak musang, cheongsam , juga potongan v.

 

darwishrichdesign.com

 

 

amaramran.my

 

 

  • BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Walaupun sangat simple dan design yang mudah, Baju Melayu teluk belanga atau juga lebih dikenali sebagai Baju Melayu johor ini cukup mendapat tempat di hati kalangan lelaki. Bagi mereka yang suka memakai baju fit pada badan, kini tidak menjadi masalah lagi kerana terdapat Baju Melayu teluk belanga ini yang di design mengikut potongan badan. Dan sekiranya anda masih tidak jumpa baju yang sesuai dengan saiz anda, mudah sahaja cari tailor di laman kami dan tempah!

 

jelita.com.my

 

 

says.com

 

  • BAJU MELAYU MODEN

Baju Melayu moden adalah baju untuk lelaki yang ingin kekal trendy mengikut peredaran masa dunia fesyen. Pakaian ini merupakan salah satu baju yang cukup mendapat sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi bagi generasi muda dan para jejaka masa kini. Selain itu, baju ini juga sesuai digayakan oleh pelbagai golongan usia kerana cirinya yang cukup fleksibel. Baju Melayu moden mempunyai reka bentu dan pola pakaian yang lebih moden berbanding Baju Melayu biasa. Terdapat pelbagai patern, corak dan cara yang terkini di olah pada pakaian untuk memastikan baju ini dapat memenuhi citarasa penggayanya.

 

www.11street.my

 

www.11street.my

 

Uniknya tentang Baju Melayu ini adalah kerana ia dapat menyerlahkan lagi ketampanan seseorang lelaki melayu itu. Jadi, mana satukan Baju Melayu yang menjadi pilihan anda?

Sekian untuk perkongsian pada kali ini, jumpa lagi di entri seterusnya!