Hijab ataupun dikenali sebagai Tudung adalah salah satu pelengkap pakaian wanita khususnya bagi kaum muslimah. Pada masa kini, mereka sangat bertuah meskipun mempunyai batas dalam syariat bergaya namun dalam peredaran dan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin menular membolehkan mereka untuk tampil lebih anggun, cantik dan “trendy”.
- TUDUNG BAWAL
Walaupun dunia hijab/ tudung kini semakin pesat, terdapat ramai wanita di Malaysia khususnya memilih fesyen yang lebih konvensional dan mudah apabila bertudung. Majoritinya menjadikan tudung bawal sebagai tudung kegemaran mereka dalam tampil pada setiap hari meskipun terdapat lambakan fesyen tudung dari masa ke semasa.
Terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran baik dari jenis cotton, satin, sutera dan terbaru penggunaan kain crepe. Baik dari segi bawal kosong, bercorak sehinggalah kepada tudung bawal yang mempunyai taburan batu Swarovski juga menjadi pilihan. Apa yang pasti, tudung bawal digemari dan disukai ramai kerana sangat praktikal untuk digayakan baik untuk ke tempat kerja ataupun di pakai ke mana sahaja.
- SHAWL/ PASHMINA
Tidak dapat disangkal lagi bahawa, shawl/pashmina ataupun nama melayunya selendang adalah diantara hijab yang menjadi pilihan hati kaum wanita. Shawl dapat menimbulkan ciri-ciri kemas pada seseorang individu dan yang menariknya lagi dapat dipakai dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai. Terdapat banyak tutorial juga boleh dijumpai di social media seperti Instagram, facebook, Youtube dan pelbagai medium lain bagi memudahkan si wanita untuk tampil cantik seiring masa kini.
Shawl kebiasaannya dihasilkan daripada kain cotton, chiffon, sutera, satin dan juga kain crepe. Salah satu sebab individu menggemari shawl adalah kerana boleh dipakai dengan kemas walaupun tidak digosok khususnya design pashmina, chiffon dan shawl arab.
- TUDUNG SARUNG (JENIS AWNING LEMBUT & KERAS)
Tudung sarung adalah tudung yang paling mudah dipakai kerana hanya perlu sarung tanpa di pin kan. Kebanyakan yang menggunakan tudung jenis ini adalah golongan wanita yang sedikit berumur seperti ibu-ibu, dan yang lebih berusia. Ini adalah kerana lebih mudah digayakan dengan cepat.
Terdapat pelbagai jenis tudung sarung yang boleh dijumpai. Terdapat tudung sarung yang mempunyai awning lembut pada bahagian muka dan juga ada yang keras. Selain itu, designnya ada pelbagai seperti tudung sarung 1 layer, 2layer, 3 layer dan lain-lain.
- TUDUNG ORGANZA.
Tudung organza adalah tudung yang kini telah trending di Malaysia baru-baru ini. ia mulai popular setelah digayakan oleh seorang selebriti di Indonesia pada majlis perkahwinannya.
Bukan sahaja sesuaian di pakai untuk majlis perkahwinan, malah ada jumpa kaun wanita yang mula menggayakannya ke majlis atau dipakai berjalan-jalan. Selalunya, dipakai bersama-sama “inner lace” pada bahagian anak rambut dan tudung organza di bahagian luar. Tudung ini mampu menampilkan seseorang wanita itu unutuk kelihatan sangat anggun, ayu dan menarik.
- TUDUNG RUFFLES.
Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan oleh seorang pereka dan pemilik sebuah butik tudung yang popular dan cantik dengan hasil rekaan tudungnya. Tudung ruffle atau dikenali sebgai tudung bulu-bulu adalah tudung yang mempunyai bulu ostrich pada bahagian kelilingnya. Ianya cukup trendy dan mendapat tempat di hati kebanyakan wanita kerana designnya yang unik.
- TUDUNG EYELASH HEM
Tudung dengan jahitan tepi eyelash hem telah diperkenalkan dari sebuah jenama Duck dan menjadi ikutan pelbagai butik dan kedai kerana designnya yang sangat kemas. Tudung dengan jahitan ini menjadi kegilaan pelbagai lapisan wanita baik dari yang muda sehingga yang berusia kerna mampu menimbulkan ciri kemewahan pada si pemakai.
Jadi, dalam banyak-banyak rekaan tudung yang ada di Malaysia, mana satukah pilihan anda? Yang pentingnya, haruslah memastikan tudung yang dipakai dapat memberikan keselesaan yang maksima meskipun cukup bergaya dan versatile ya. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini dan semoga berjumpa di ruangan seterusnya.
Comments are closed.