JUBAH OH JUBAH

jubah1

 

Assalamualaikum semua..Hari ni saya excited nak citer pasal baju jubah yakni baju kegemaran kaum Hawa masa kini..Memandangkan fb dan whatsapp saya telah dipenuhi dengan iklan-iklan baju terutamanya jubah, jadi datanglah semangat saya nak bercerita pasal jubah ni..So,brapa ramai yang suka pakai jubah sila angkat tangan..(ni lah akibatnya bila cita-cita nak jadi cikgu tapi tak kesampaian..haha) Rasanya ramai kot yang angkat tangan kiri kanan..ye tak?tapi jangan sampai angkat kaki pulak ye..hehe.. Kalau tak silap saya trend jubah ni semakin popular sejak 2014..Asalnya jubah ni dah lama dipakai sejak zaman dulu lagi tetapi lebih dipraktikkan oleh orang Arab..Kat Malaysia pada era 80 an ke 90 an ni ada segelintir je yg pakai jubah..Masa tu jubah bukanlah ‘in trend’ dan tak menjadi feveret bagi pereka fesyen pun..Namun kini trend jubah ni semakin bertambah peminatnya tanpa mengira usia..boleh dikatakan setiap waktu atau sebarang acara dapat dilihat pamakai-pemakai jubah atau yang kadang-kala lebih disebut sebagai dress muslimah..Jubah menjadi pakaian wajib untuk ke tempat kerja, bershopping atau ke sebarang majlis pun..Bakal-bakal pengantin pun ramai yang menyukai jubah sebagai busana pengantin mereka..Ianya tak terbatas kepada hari raya sahaja..Hebat tak penangan jubah ni..hehe.. Mana tidaknya,fesyen jubah sekarang sudah  semakin moden dan trendy..Banyak rekaan yang cantik hingga rambang mata di buatnya..Bertebanganlah duit gaji bagaikan kelkatu yang berterbangan di lampu..haha..apa pulak kaitannya gaji ngan kelkatu..

Bagaimana pun, mengikut pandangan dari beberapa pemerhati fesyen, tahun 2016 bakal menjadi tahun kegilaan fesyen jubah terutamanya untuk pemakaian di hari raya..Jadi butik-butik pakaian Muslimah mengambil kesempatan ini mempromosikan design-design terkini dari butik mereka hingga juling mata melihatnya..huhu..Begitu hebatnya letusan trend jubah ni sehinggakan syarikat-syarikat online terbesar di Malaysia seperti Zalora turut memasukkan jubah sebagai sebahagian dari koleksi mereka..

Suatu ketika dahulu,jubah tak mendapat tempat dia hati kebanyakan orang kerana rekaan dan warna yang agak membosankan..Saya pernah tersalah beli jubah..Nampak cantik je bila patung pakai tapi bila saya pakai je terus nmpk macam pakai guni..huwaaaaa…rasa down satu hari..itu lah..sapa suruh tertipu dengan patung tu..huhu..nasib badan la labu…

Apa pun, terima kasih pada pereka-pereka pakaian muslimah yang telah berjaya mencetuskan fenomena jubah dengan rekaan yang super cantik dan menarik..Memang tabik spring pada pereka-pereka ni..Jubah moden ni bukan sekadar cantik pada potongan tetapi juga penataan warna yang sangat bersesuaian dengan keperluan jiwa wanita kini..yang paling best sekali bila ada jubah yang menggunakan fabrik lembut dan berkualiti pada harga yang berpatutan..bila pakai je,jubah tu jatuh terletak elok di badan..bila angin datang,kain  jubah tu terbang-terbang terbuai mengikut tiupan angin..time tu la rasa cun abis..feeling macam tengah wat photoshoot gitu..haha.

 

jubah2

https://www.pinterest.com/pin/418764465328125218/

jubah3

https://www.pinterest.com/pin/326370304220512553/

 

Turut terkena tempias trend jubah ni adalah artis-artis tempatan kita..Ramai juga artis-astis yang telah berjubah dan kelihatan cantik menawan..Antara yang saya kagumi ialah Heliza Helmi,Wawa Zainal,Yat Hamzah, Diana Amir dan beberapa artis lain lagi..Mereka tak segan silu mengenakan jubah pada kebanyakan masa walaupun menghadiri anugerah-anugerah berprestij juga..Artis-artis sebegini layak dijadikan ikon Muslimah kerana mereka bukan sahaja beusaha untuk menjaga diri dengan pemakaian yang baik tetapi juga menyedarkan kita bahawa jubah bukanlah fesyen yang lapuk serta membosankan malahan ia boleh dijadikan fesyen kelas atasan dengan design-design yang moden dan elegan..

jubah4         http://www.murai.com.my/stailista/buletin/article/articleid/615617/koleksi-jubah-liyana-jasmay-untuk-aidiladha-ini

jubah5

https://puyubuntal.files.wordpress.com/2013/07/b86f5-dianaamirvshelizahelmi3.jpg

jubah6

https://3.bp.blogspot.com/-5fWFVuNqgCM/VCkvF9Y5RLI/AAAAAAAA-SQ/NK_5WPxOkms/s1600/rozita+dan+ayu+raudhah.jpg

 

Tetapi perlu diingat juga dalam pemakaian jubah ada do’s and dont’s..Dalam nk memelihara kesucian jubah ni,perlulah jaga batasan pemakaian..Paling tension bila tengok perempun yang pakai jubah lycra yg ketat melekat kat badan tu..dah macam balut nangka..nangka pun lagi longgar balutannya..huhu..nampak abis segala bonjolan lemak-lemak yang diternak..adui..Jadi berhati-hati ye semua..Jangan biarkan gambar ternakan lemak anda menjadi viral di fb..huhu..ngeri kot…Kan sekarang banyak jubah dengan potongan princess tu..cun kot..boleh la berangan-angan jadi si Elsa dalam citer Frozen tu..bila pusing je bukan main kembang kain dia..hehe..Ok la..Jaga diri semua..Jumpa lagi dalam artikel seterusnya..