Walaupun Hari Raya masih jauh mahu tiba, tetapi sudah rancak nampaknya iklan-iklan dan promosi kain baju kurung lelaki dan perempuan dikeluarkan. Jika si empunya baju kurung wanita di padankan dengan tudung mahupun shawl, Sudah semestinya baju kurung lelaki digayakan dengan Sampin. Kerana, lelaki akan tampak lebih ‘macho’ apabila dipakai. Tambahan lagi, itulah ciri-ciri lengkap berbaju kurung lelaki.

Sampin Batik Songket Sarawak

Sememangnyalah sangat terkenal apatah lagi pada zaman moden sekarang ni. Sampin yang popular diberi nama Sampin Songket Sarawak supaya ramai para jejaka di bumi kita ini menggayakannya. Kerana, Sampin Songket Sarawak ini mempunyai corak yang baru serta warna padanan yang sesuai. Oleh kerana itu, tidak peliklah Sampin  ini  banyak dimiliki dan laris dijual dengan cepat sehingga susah untuk mendapatkannya. Malah, ada juga corak yang si lelaki ini tidak gemarinya. Jika masalah dengan itu pula, tidak perlu lah anda si jejaka semua risau, kerana anda semua boleh mencari tailor di  my-baju.net untuk menempah Sampin Songket Sarawak mengikut citarasa anda sendiri.  Gayakan fesyen sampin kalini dengan citarasa yang terbaru.  Nah! Ini lah dia corak Sampin Batik Songket Sarawak yang sangat terlaris pada waktu kini.

 

rahimahmemories.blogspot.my

 

Sampin Songket

Tidak kira sama ada di Hari Raya mahupun acara rumah terbuka, Sampin Songket juga adalah salah satu  Sampin yang popular untuk digayakan oleh para jejaka. Hal ini disebabkan, Songket semestinya kain yang agak eksklusif, benang yang sekata membuatkan corak pada sampin nampak menawan dan bergaya. Justeru itu, Sampin Songket juga ada menjadi pilihan untuk digayakan pada majlis pernikahan. Sudah pastilah kerana kilauan benang dan keunikan corak yang disulamkan dengan teliti pada atas sampin itu. Kan! Bahkan juga Sampin Songket ini turut dipakai pada wanita yang membuat persembahan seperti zapin, tarian inang dan selainnya lagi. Kerana cuma dengan satu hal sahaja Sampin Songket ini digemari ramai iaitu unik. Ha! ini lah Sampin Songket yang popular. Unik kan !

 

profhariz.com

 

Sampin Moden

Waa ramai betu yang memakai Sampin Moden popular sekarang ni.  Ya! walau tetapi nampak unik dan cantik bagi mereka para jejaka yang ingin tampak kelainan.  Nama nya saja pun sudah semestinya canggih apatah lagi rekaan dan warna campuran untuk nampak lebih kontra. Nah! itulah dia namanya Sampin Moden. Hal ini disebabkan asyik saja dengan sampin biasa, Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru dan belum dicuba pakai oleh lelaki yang lain. Justeru itu, Sampin Moden ini juga sesuai digayakan dengan kurung lelaki cekak musang pada Hari Raya mahupun kenduri kendara. Ya! itu lah dia populariti Sampin padanan kepada lelaki. Ha! jika wanita dipadankan dan dilengkapi dengan tudung, Sampin juga adalah padanan bagi baju kurung mereka supaya lengkap dengan nama fesyen baju melayu lelaki.

 

airinaqaisara.wordpress.com

 

Sampin Tenun Kelantan

Pasti sukar para jejaka mahu meilih sampin yang sesuai untuk digayakan dimana-mana majlis tertentu. Namun, ada juga yang sanggup menempah dengan harga yang tinggi di tailor masing masing dengan kepuasan hati diberi. Seperti kebanyakan lelaki, ada juga sama cerewet spesies dengan wanita yang mahukan kecantikan pakaian, selesa dan cantik. Jadinya, Lelaki juga akan mengambil masa yang lama untuk memilih ketepatan kepuasan hati mereka. Sampin terkini yang menjadi bualan hangat diperkatakan oleh ramai orang iaitu Sampin Tenun Kelantan.  Sudah namanya Sampin Tenun Kelantan, semestinyalah dari negeri Kelantan. Sampin Tenun ini sangat digemari oleh para lelaki yang agak mendahuluikan kecantikan fesyen.  Bahkan sampai langsung susah mahu dicari kerana selalu direbuti oleh orang lelaki yang lain.  Dengan penghasilan tenunan yang halus, kemas dan lawa, Ia nya dapat menarik perhatian ramai lelaki sehingga ke satu Malaysia.  Jadinya, tidak hairanlah apabila dalam masa raya ataupun majlis yang tertentu, Sampin Tenun Kelantan ini menjadi pilihan untuk di sarungkan walaupun pada hari bahagia mereka sendiri.

 

muzli4444.blogspot.my

 

Okay! Itu lah dia kepelbagaian Sampin yang popular pada masa kini. Pasti raya tahun ini juga akan nampak para lelaki menggayakan sampin- sampin yang klasik, moden dan sebagainya. okay, jumpa di blog seterusnya ya.  bye!