Pernah dengar tentang kain jenis bubble? Mestilah pernah kan. Sejak kebelakangan ini ramai telah menggunakan tudung jenis kain bubble dan menjadi trend terkini. Macam mana nak kenal tekstur kainnya? Material ini kalau dilihat secara dekat atau disentuh mempunyai tekstur seperti berbiji biji tapi materialnya masih kualiti.  Lepas ini tak perlu risau lagi sebab pentingnya awak tahu tentang material tudung sebelum membeli.

 

sg.carousell.com

 

Pada mereka yang ada masalah tak suka gosok tudung, tak sempat bersiap, nak cepat ataupun dah terlambat tak payah susah-susah nak fikir. Dengan adanya tudung kain bubble selesai masalah anda semua. Sekiranya pernah ke pasar malam dan kedai tudung, boleh intai intai material chiffon bubble.

Adakah kainnya jarang? Jangan risau, kainnya tak jarang dan tak perlu pakai inner pun boleh.  Materialnya yang tahan lasak dan tak mudah kedut sangat disyorkan bagi mereka yang suka aktiviti luar tapi masih mahu menggayakan diri dengan stail-stail shawl bubble. Ia juga sangat selesa dan flowy ketika dipakai, tak ada masalah lagi kalau shawl jatuh kedepan lebih-lebih lagi ketika makan. Jenis kain bubble ini juga tidak kembang, mempunyai design dan warna yang menarik. Bagi anda yang suka shawl labuh kain bubble ini juga mempunyai banyak saiz seperti jenis shawl material lain. Jadi anda boleh menggayakan shawl bubble ini  dengan labuh sehingga menutupi bahagian dada dan juga belakang.

Seperti shawl jenis kain dan material lain, shawl bubble ini juga dapat digayakan dengan kepelbagaian stail dan corak dari gaya yang simple mahupun gaya yang trendy. Antara stail dan corak-corak yang biasa di pasaran:

Shawl Bubble Plain

Bagi mereka yang meminati shawl plain, terdapat pelbagai warna yang cantik dan menarik perhatian anda lebih-lebih lagi warna-warna pastel seperti soft pink, light blue, light brown dan warna-warna lembut yang lain.

 

zolace.com

 

Shawl Bubble Instant

Tudung instant senang digayakan kerana tak memerlukan sebarang pin ataupun jarum. Ianya juga bagi mereka yang tak tahu macam mana cara memakai tudung menggunakan pin dan jarum. Walaupun shawl sejenis instant ini susah untuk di gosok tapi ia mengambil masa singkat untuk dipakai berbanding shawl biasa.

 

qasreena.my

 

 

Shawl Bubble Chiffon Floral Printed 

Pada mereka yang meminati shawl bercorak, anda boleh dapat banyak corak-corak yang tampak simple dan jelita apabila para wanita menggayakannya. Corak juga memberikan suasana meriah dan feminin dalam penggayaan shawl. Selain corak bunga, terdapat beberapa lagi contoh corak yang popular ialah corak sulaman, polka dot, striped, abstrak dan pelbagai lagi yang boleh didapati di pasaran.

 

ayuapparels.com

 

ayuapparels.com

 

Daripada gambar-gambar shawl bubble di atas , kain materialnya berkualiti tinggi dan harganya berpatutan untuk anda miliki. Ada juga yang harganya murah tapi kualitinya boleh dinilai.  Tak kira murah ataupun mahal shawl bubble itu, ianya tetap lembut dan selesa dipakai. Terutamanya bagi mereka khasnya para wanita di luar sana yang sangat sibuk dengan urusan harian dan urusan kerja, anda dapat menggayakan shawl dengan bergayanya tanpa mengambil masa untuk menggosoknya. Ia juga dapat mengurangkan tenaga dan masa anda semua berbanding jenis kain shawl yang senang kedut.

Ha, macam mana? adakah maklumat yang saya sampaikan ini boleh terjawab rasa ingin tahu anda semua tentang shawl bubble terkini? Mesti ramai yang minat shawl kain bubble ini kan? Lebih-lebih lagi setelah membaca kelebihan dan kesenangan dalam penggayaannya. Tunggu apa lagi, dapatkan shawl jenis bubble di pasaran sekarang. Akhir kata, semoga ada manfaat yang boleh anda peroleh setelah membaca artikel ini. Semoga kita berjumpa lagi di artikel seterusnya!