TREND WARNA BAJU 2016..
Tahun 2015 baru je melabuhkan tirainya..kejap je masa berlalu pergi..tup-tup dah masuk tahun 2016..Rasa macam baru je berhari raya dah nak raya balik..(Sebenarnya dalam hati melonjak keriangan..ye la..sapa yang tak suka hari raya kan..hehe..) Anyway,bila sebut hari raya,pastilah berkait rapat dengan baju raya..bila sebut baju raya, keluar la pula topik warna baju raya.. So,topik feveret setiap awal tahun ialah trend warna yang bakal meletup kebaboom untuk tahun tersebut..Last year,tema warna feveret ialah warna-warna terang dan banyak menggunakan konsep ‘blocking color’..Bukan setakat pakaian perempuan je yang menggunakan pendekatan warna-warna tersebut tetapi pakaian lelaki juga turut mendapat tempiasnya ..Al-maklumlah tahun 2015 heboh dengan fesyen-fesyen yang mengetengahkan konsep hipster di mana rekaan yang luar biasa,berani dan menonjol digunakan..Kalau setakat baju gegel je yang warna-warni boleh juga diterima tapi baju-baju lelaki pun diberi sentuhan yang sama..Paling saya susah nak terima ialah fesyen jubah lelaki yang berwarna-warni..memang la nampak menarik dan berjiwa remaja bila berpakaian begitu tapi rasanya tak sesuai untuk padanan semua usia dan juga fizikal kebanyakan orang..Rasanya jubah-jubah begini sesuai utk remaja sahaja..Korang rasa camne?
http://www.lelong.com.my/jubah-lelaki-elrah-exclusive-phinixstore-167657367-2015-11-Sale-P.htm
Bagi saya,kalau nak mereka pakaian lelaki yang menggunakan pelbagai warna,rasanya baju melayu adalah yang paling tepat..Ini kerana baju Melayu lebih nampak kasual dan bersahaja..Jubah untuk lelaki pula lebih menonjolkan kesederhanaan seorang individu..Apabila disebut kesederhanaan,warna putih atau warna lembut seperti coklat muda,biru lembut mungkin warna yang sesuai..Kalau nak jadikan jubah lebih trendy,warna hitam atau biru tua mungkin akan jadi warna yang bagus kalu kena pada rekaannya..nampak lebih macho dan kemas..haha..tapi ni pandangan saya je la..#janganmarahsaya
Berbalik pada trend warna 2016, dengan hati yang berkobar-kobar,saya mula membuat research tentang warna-warna yang bakal menjadi trend pada tahun ni..Lepas dah research sikit-sikit (sikit ke?berjam-jam la jugak..huhu) apa tema warna yang best utk tahun ni,ini la hasilnya..korang rasa ok tak nak dijadikan warna untuk baju raya? Rasanya warna-warna jangkaan ni memang best dan tersangatlah menarik especially kalau dijadikan jubah untuk kaum perempuan..kalau nak buat baju kurung ke baju kebaya pun boleh..sure terpikat mata-mata yang memandang..warna-warna ni nampak lembut dan menarik..tak terlalu daring..Untuk kaum lelaki pula, warna-warna jangkaan ni memang cantik kiranya dijadikan baju melayu apatah lagi bagi yang bergelar suami..pastinya nak sedondon dengan si isteri..sure nampak sweet sangat..sampai semut pun tergoda..haha..Kat bawah ni saya pastekan warna-warna tersebut untuk dijadikan sebagai panduan untuk korang cari idea warna baju raya untuk tahun ni..
https://www.pinterest.com/pin/304485624786743157/
https://www.pinterest.com/pin/363454632408485901/
Pendapat peribadi saya, saya tersangatlah suka warna peach echo, limpet shell, rose quartz, lilac grey dan iced coffee..Warna-warna tersebut nampak elegan,lembut dan juga moden..bestnya kalo dapat wat baju raya dengan semua warna-warna tu..hehe..5 warna bersamaan dengan 5 pasang baju..amboi..beraya sakan..hehe..apa salahnya berangan..free of charge.. 🙂
Jika diteliti pada pertunjukan fesyen atau majalah yang ada si pasaran, sudah ada designer yang mula membuat rekaan pakaian menggunakan warna-warna tersebut..Nampak menarik dan juga moden..Warna-warna ni menyerlahkan kelembutan seseorang pemakai..Ni antara contoh yang dapat saya cari..baik tak saya?haha..
http://www.capitalfm.com.my/lifestyle/trends-to-look-out-for-this-hari-raya/
str2_nadineinnairaya_nadine_innaired1.jpg
http://www.capitalfm.com.my/lifestyle/trends-to-look-out-for-this-hari-raya/
str2_nadineraya2015_nadine_azuraazwa1-e1435719939913.jpg
Warna-warna trend 2016 ni juga dikatakan akan menjadi trend warna yang menarik kerana kombinasi-kombinasi warna antara satu sama lain..paling hot diperkatakan ialah kombinasi warna rose quartz dan serenity..kombinasi warna ni dikatakan akan menjadi ‘color of the year 2016’..nampak seakan-akan kontra tapi serasi bersama..chewah..macam tajuk rancangan tv pulak..haha..Saya pun tak pasti betul atau tidak statement tu..setiap orang berbeza citarasa..Rasanya apa saja warna di atas boleh di kombinasikan asalkan bijak dan kreatif..jangan terlalu berlebih-lebihan sampai nampak macam badut sarkas..biarlah bersederhana..kreatif itu bagus tapi biarlah kena pada tempatnya..huhu..dah panjang lebar saya bercerita..So, macam mana?dah dapat idea utk warna baju raya korang..share la dengan saya ye..
https://www.pinterest.com/pin/483222234998620828/
(Nota kaki-Warna-warna trend 2016 ni takde la tertakluk untuk hari raya je..hehe..jangan salah paham ye..warna-warna ni adalah warna sepanjang tahun..semua jenis majlis pun boleh..bukan setakat untuk hari raya je..baju wedding, baju kerja,baju untuk ke majlis-majlis keraian atau baju ke anugerah pun boleh gunakan konsep warna in trend ni..so,no worry ya!!just keep being creative guys.. 🙂 )
Comments are closed.