Benarkah perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah? Melalui perkahwinan dapat wujudnya displin rumah tangga dalam pengagihan tugas antara suami isteri, ibu dan bapa yang meneraju kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga. Bukan itu sahaja, malah perkahwinan seseorang itu mampu menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatan dan maruah kesopanan diri seseorang.
Kebiasaannya, untuk perkahwinan terdapat 3 jenis majlis yang menjadi budaya masyarakat Malaysia dalam meraikannya. Majlis-majlis ini telah menjadi sinonim dan trend di kalangan pasangan yang ingin berkahwin. Antara majlis yang diraikan dan trend pemakaian pasangan pengantin pada majlis tersebut adalah seperti berikut :
- Majlis Malam Berinai
- Majlis malam berinai ini sebenarnya adalah budaya masyarakat india dan kini telah menjadi trend di kalangan setiap masyarakat di Malaysia. apakah maksud malam berinai ini? Malam berinai adalah sebah majlis persediaan untuk pasangan pengantin sebelum keesokan harinya diijabkabulkan/ dinikahkan. Pada majlis ini, selalu akan ditetapkan tema tertentu seperti tema Bollywood, Puteri Raja, tradisonal kain batik pelikat dan sebagainya. Sudah tentu bagi bakal pengantin mereka akan mengenakan pakaian yang sedondon bersesuaian dengan tema dan seterusnya akan mengenakan inai di jari, tangan dan boleh juga di bahagian kaki mengikut permintaan pengantin. Malah bukan hanya pasangan pengantin tetapi juga, rakan , sahabat handai dan keluarga rapat akan turut serta bersama berinai.
- Contoh-contoh pakaian pasangan pengatin yang menjadi trend pada majlis berinai masa kini dapat dilihat seperti di bawah ;
- Majlis Pernikahan
- Majlis pernikahanan dimaksudkan dengan majlis dimana pasangan pengantin diijabkabulkan menjadi suami dan isteri. Pada kebiasaannya, majlis ini dapat diadakan di 3 tempat iaitu samada di rumah pengantin perempuan, dewan pilihan pengantin ataupun di masjid. Pada majlis pernikahan, pasangan pengantin melayu akan mengenakan pakaian yang lebih sopan dan lebih tradisional berbanding majlin persandingan/ bertandang. Menjadi sinonim bagi pengantin lelaki mengenakan baju melayu samada tradisional ataupun kontemporari. Manakala bagi pengantin perempuan pula akan mengenakan baju kurung moden ataupun dress labuh dipadankan bersama “veil”. Untuk majlis pernikahan, warna putih lebih banyak digunakan kerana menampakkan kesucian pasangan dalam memulakan sebuah kehidupan bersama yang baru. Selain pilihan warna putih, warna-warna lain yang lembut juga adalah pilihan pasangan pengantin masa kini seperti rona biru cair, krim, dan lain-lain. Antara koleksi pakaian untuk majlis pernikahan terkini yang popular dapat dilihat seperti berikut ;
- Majlis Persandingan/ Bertandang
- Majlis persandingan atau bertandang merupakan majlis dimana pasangan pengantin menghebahkan berita perkawinan mereka kepada umum seperti rakan-rakan dan sanak saudara. Di majlis ini pasangan pengantin akan berarak dari sesebuah tempat ke majlis itu bagi meraikan hubungan suami dan isteri yang baru dibina. Selalunya, pada majlis persandingan, jumlah tetamu yang hadir adalah lebih ramai berbanding di majlis pernikahan kerna majlis nikah lebih tertumpu untuk kenalan rapat dan keluarga terdekat. Pada majlis persandingan/bertandang ini pasangan pengantin akan berpakaian seperti Raja dan Ratu. Wana pakaian pasangan pengantin pulak adalah lebih menyerlah, dan boleh memlih apa sahaja warna asalkan ianya sesuai bagi fizikal paras pasangan. Contoh-contoh pakaian yang sedang hangat kini dapat dilihat seperti dibawah :
Terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian pengantin yang semakin popular di Malaysia dan mampu memikat hati semua kerana perincian yang sangat kemas dan cantik. Malah, pakaian pengantin di Malaysia menjadi kegilaan dan popular di seluruh dunia serta menjadi ikutan negara lain. Peluang untuk pakaian pengantin ini dikomersialkan dengan lebih gah di luar negara adalah sangat tinggi. Insyallah, dengan wujudkan platform yang baik bagi tukang jahit baju/ pakaian pengantin di Malaysia mampu dijulang diperingkat antarabangsa.
Setakat ini dulu untuk perkongsian pada kali ini, kita jumpa lagi di ruangan seterusnya dengan topik yang lebih hangat! Terima kasih sudi meluangkan membaca! Terus ikuti admin ya, till then!
Comments are closed.