Assalamualaikum Readers kesayangan semua! Macam mana anda sudah mula membuat persediaan untuk Pakaian Hari Lebaran 2017 ini ke? Admin dengar banyak tailor sudah tutup tempahan jahitan berikutan terlampau banyak permintaan tempatan?

 

Sekiranya anda belum lagi membuat tempahan, cepat-cepat buat tempahan sekarang ya ! boleh juga menghantarkan permintaan sebut harga di MyBaju insyallah admin cuba dapatkan tailor terbaik untuk anda. Okay sebenarnya bukan itu yang admin nak ceita harini tapi bolehlah masuk kan sikit iklan sebelum kita kepada pengisian tajuk sebenarnya kan =)

 

pinterest.com

 


pinterest.com

 

Seperti yang diketahui umum, satin adalah fabrik yang paling popular selepas kain kapas ( cotton). Mana taknya, sebut sahaja satin anda semua mesti akan terbayang tentang kemewahan yang dapat dilihat dari fabrik ini. Admin sendiri sangat menggemari fabric satin ini kerana permukaannya yang licin dan kelihatan kemas. Apatah lagi sekiranya gigosok dengan baik ia akan kelihatan sangat berseri pada si pemakai.
Iya, sebut sahaja satin anda semua mesti tahu dan kenal tetapi adakah anda tahu bahawa kain satin mempunyai pelbagai jenis. Antara jenis-jenis kain satin adalah seperti yang berikut :

 

1) Satin Polyester
– Satin polyester adalah satin yang mempunyai harga yang relative yang murah atau rendah, mudah dibasuh/ dicuci tetapi fabrik ini agak licin semasa dijahit. Satin jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna dan ianya tahan terhadap sinar ultra violet.
2) Satin Sutra
– Permukaan satin ini terdapat pada satu sisi fabrik ini sahaja, manakala pada satu sisi lagi adalah tekstur crepe. Satin ini tidak selicin satin sintesis kerana kandungan organic yang terdapat pada satin ini lebih dominasi. Bagi harganya pula, satin sutra ini adalah lebih mahal berbanding dengan satin jenis yang lain.
3) Satin Acetate
– Satin jenis ini mempunyai permukaan jenis yang licin sehingga menyebabkan satin ini sukar dijahit. Satin ini boleh dicuci dengan cara dry clean. Satin Acetate ini hendaklah di seterika/iron menggunkan suhu yang rendah kerana satin jenis ini mudah renyuk.
4) Satin Crepe
– Satin crepe adalah jenis satin yang mempunyai dua permukaan di bahagian depan dan belakang fabric ,mempunyai tekstur benang yang sangat rapat pada bahagian belakang kain satin crepe ini. Kain ini adalah sangat lembut dan berkilat.
5) Satin Embroidery
– Satin jenis ini tidak jauh berbeza dengan satin sutra, dan terdapat pelbagai jenis satin jenis ini dan ianya sangat popular dalam pembuatan gaun pengantin.
6) Satin Genu
– Satin jenis ini mempunyai harga yang lebih murah berbanding satin yang lain kerana kandungan organic sintetik yang terdapat pada kain ini adalah lebih banyak berbanding satin yang lain.
7) Satin Shantung
– Untuk satin jenis ia mempunyai banyak ciri-ciri mewah sutera dupioni, satinnya agak kurang menonjol dan lebih seragam dalam tekstur. Mesin tenunan, lebar benang daripada Shantung adalah lebih nipis berbanding dengan dupioni tenunan tangan. Terdapat dalam pelbagai variasi warna, satin Shantung sering berkilau dalam penampilan dan mempunyai crispness cahaya dan badan, yang menjadikan ia pilihan yang tepat dalam sesebuah hiasan dalaman dan sesuai untuk reka bentuk couture, pakaian petang yang elegan dan gaun pengantin.
8) Satin Wrinkled
– Satin ini dibuat dalam bentuk lipatan-lipatan yang kecil, dengan teknik pembuatan seperti kain jumputan dan ianya kemudian dibentangkan.
9) Satin Drill
– Satin jenis ini kebiasaannya dibuat seluar yang ketat atau stretch dengan kesan kuat, tetapi fabrik jenis ini tidak panas kerana mengangungi bahan drill.
10) Satin Lycra
-satin jenis lycra mempunyai sifat yang lebih kukuh kerana lycra adalah lebih elastic iaitu bergetah dan senang terbentuk pada badan.

 


pinterest.com

 

pinterest.com

 

Ya seperti kain kapas(cotton), kain jenis satin juga sememangnya mempunyai pelbagai jenis bentuk dan tekstur. Ha sedikit sebanyak dapat tambah ilmu tentnag jenis satin yang wujud kan. Ini adalah beberapa jenis satin yang admin serba sedikit dapat selidik dan mungkin terdapat pelbagai lagi variasi dan jenis satin diluar sana yang tidak ada dalam senarai admin.

 

Pada admin sendiri, satin adalah kain yang semestinya semua wanita miliki kerana sifatnya yang sangat elegan dan boleh menampakkan kemewahan terhadap seseorang individu. Untuk tema raya kali ini, admin pilih satin! Anda pula bagaimana? =) setakat ini sahaja untuk perkongsian pada kali ini, insyallah next artikel kita bercerita tentang topik lain pula ya!
Till then, take care readers!