Assalamualaikum Reader kesayangan! topik kita pada kali ini adalah mengenai aksesori pada pakaian. Sudah tentu yang paling popular sekali di Malaysia ialah jahitan manik dan labuci di baju. Siapa tak suka kan?
Seperti yang diketahui ramai, manik merupakan aksesori yang paling popular di kalangan pengguna pakaian terutama pakaian tradisional Malaysia seperti baju kurung dan Jubah. Manik bukan sahaja boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada pakaian, malah boleh digunakan untuk membuat beberapa item yang lain seperti gelang tangan, rantai manik dan juga turut digunakan untuk menghasilkan gelang kaki.

 

Manik merupakan bentuk umum dari perhiasan untuk kaum perempuan, dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza atau fesyen gaya bersesuai dengan keinginan individu. Untuk mencorakkan jahitan manik sememangnya memerlukan kreativiti seseorang penyulam bagi mengkombinasikan manik-manik yang ada berdasarkan bentuk, warna dan saiznya yang tertentu. Aksesori/ manik ini sudah menjadi suatu kemestian bagi setiap wanita, khususnya. Mari kita lihat beberapa jenis aksesori manik di pakaian dan keistimewaannya.

 

www.shein.com

 

pinterest

 

Antara kategori manik yang boleh dijumpai adalah seperti berikut:
a) Manik Beras/Manik Padi( rice beads)
– manik jenis ini adalah sesuai bagi semua jahitan manik mengikut kesesuaian pakaian. Pada kebiasaannya, corak yang dijahit mengunakan manik jenis ini ialah bunga teratai, kekwa, corak 3 dimensi dan sebagainya. Manik ini mempunyai beberapa saiz dan pelbagai jenis warna. Manik beras ang terdiri daripada jenis Glass/kaca adalah yang paling terbaik dan lebih berkilat berbanding jenis ABS yang diperbuat dari plastik dan kurang berkilat.

 

b) Manik silinder/ manik 2 cut.
– Bagi manik silinder, ia adalah bersesuaian dengan sesetengah jahitan manik . manik ini terdiri daripada beberapa saiz dan warna. Selain itu,

 

c) Manik bulat / round beads
– manik ini kebiasaananya dibuat di renjisan akhir dalam jahitan crumbles . ia bertepatan dengan semua jahitan manik. Mempunyai terdapat beberapa saiz dan warna. terdapat beberapa jenis yang lain iaitu manik bulat dari jepun, taiwan, korea, china. Antara yang manik yang sangat popular dan mendapat sambutan hangat adalah ialah manik Jepun. Antara nama manik yang dapat diperolehi di pasaran, seperti Mayuki, Mayuku, MGB, Apple, dan sebagainya.

 

d) Mutiara/ Pearl
– Mutiara/ pearl terdapat dalam pelbagai saiz dan warna. Mutiara ini boleh diperolehi daripada beberapa jenis iaitu ABS, Glass, dan Mutiara air masin/tawar. Selalunya mutiara ini di jahit manik manakala dari segi perhiasan ia dijadikan aksesori dalam membuat bunga telur, rantai dan macam-macam lagi.

 

e) Labuci
– Labuci adalah terdiri daripada macam-macam bentuk. Terdapat bentuk bunga,ada juga bentuk bulat serta segitiga. Labuci mempunyai pelbagai saiz dan warna. Untuk mengenal pasti kualiti manik labuci ini, kita boleh membuat penelitian dengan cara memfokuskan pada bentuk dan pancaran warna. Melalui langkah ini, kita boleh bezakan samada ianya merupakan manik mahal ataupun murah.

 


manikqueen.blogspot.my

 

pinterest

 

Untuk makluman pembaca, Kain atau pemilihan fabric yang tepat adalah penting dalam jahitan sesuatu manik. Fabric/ kain boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu cotton,chiffon, sutera, batik, viscose, satin dan sebagainya. Adalah paling penting untuk individu mengetahui ciri-ciri kain/ fabrik itu sendiri samada ianya jenis bermutu tinggi, tahan lasak, mudah renyuk, tidak mudah berbulu, pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.ini adalah kerana, melalui perbezaan ciri-ciri kain/ fabric ia akan dapat membantu memudahkan sulaman manik dan labuci dihasilkan. Jika nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan tapi skiranya tidak punya kain sokongan ia akan merosakkan fabrik / kain sesuatu kain itu.

 

Jadi, kepada anda yang sukakan jahitan manik atau mempunyai corak jahitan manik dan labuci yang anda suka tapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan tukang jahit/penyulam yang baik, senang sahaj, bolehlah membuat tempahan di Mybaju! Insyallah admin akan cuba carikan tukang jahit yang terbaik untuk anda! Sampai di sini sahaja untuk perkongsian kali ini sehingga berjumpa di ruangan seterusnya! =)